Alhamdulillah...jenjalan ke Terengganu pada 9,10 dan 11 Feb 2013 seperti yang dirancang telah terlaksana. Konvoi 4 kereta berjaya melaksanakan misi tanpa sebarang kesulitan (terlajak tu biasalah sekurang-kurangnya dapat tengok laluan baru). Doa semoga dirahmati sepanjang percutian keluarga termakbul sudah. Meski pun beberapa lokasi pilihan gagal di'tawan' tapi sekurang-kurangnya lokasi berjaya dijejaki. Merentas laluan Felda Palong, Keratong, menghala ke Kuantan kami berehat sebentar di Hentian Rehat Gambang dan menyusuri LPT keluar melalui tol Jabor. Kesesakan cuma di Paka hanya kerana lampu isyarat yang begitu cepat merahnya, kemana ler perginya pihak PDRM...betul-betul berhampiran Kuarters IPD Paka, tak perihatin langsung, jika ada anggota trafik bertugas pasti laluan ke Kuala Terengganu berjalan lancar...ntah apa-apa slogan PDRM...
Bermalam di Homestay Assalam, Kg Tok Jiring : Lokasi lawatan adalah Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, ICT Teluk Ketapang, Pasar Payang, Keropok Lekor 008, Masjid Putih (Masjid Tengku Zaharah Tengah)
Suasana berbeza menikmati sarapan pagi nasi lemak manis sambalnya, nasi kerabu, nasi minyak,...
lain padang lain belalang...
|
Hadapan Taman Tamadun Islam |
|
Harga Tiket TTI |
|
Kemudahan dalam TTI |
|
Waktu Operasi TTI |
|
Paspot TTI |
|
Masjid Kristal |
|
Masjid Tengku Zaharah Tengah |
|
Lagun dekat Masjid Putih : boleh mandi manda |
|
Pasar Payang (Shopping Centre) |
|
Keropok Lekor Kelulut dkt ngan Marang |
|
Cenderahati wajib Terengganu |
Apapun hasrat Bonda hendak berkunjung ke Masjid Kristal dan 23 buah monument Islam akhirnya tercapai. Manakala hasrat kami menikmati Ikan Celup Tepung (ICT) Teluk Ketapang amat mengecewakan. Dengan tepung yang terasa kapurnya,banyak tepung dari sotong @ baik dinamakan tepung celup ikan...Jika berkunjung ke Teluk Ketapang, kedai makan Badrol ICT terletak pertama jika melalui Kg Teluk Ketapang, disyorkan baik jangan jengah...hehehe..mahal kosnya, jika dengan harga tersebut pasti terasa 'meriah' lauk pauk di Medan Ikan Bakar Serkam tak pun kos makan di Kuala Kemaman lebih murah dan lebih lazat...sabar je la...lain kali nak terjah ICT laluan UMT di Kg Pok Tho lak sebelah restoran mix fly...
Belibelah keropok di Kelulut 008, hampir dengan Bandar Marang : memang sedap keropok lekor goreng dan sosnya...
Melihat pesatnya membangun rekreasi waterfront Kuala Terengganu dan Kg Cina KT ala-ala Jonker walk Melaka...
Hasrat ke Kedai Kopitiam Haipeng Kemaman untuk pekena roti bakar kaya turut gagal setelah tiba lewat, kopitiam bukak hingga waktu petang jer, dapat lihat bangunannya saja..apapun lain kali kena plan one day trip ke Kemaman @ Cherating...insyaallah..
Selamat Menempuh Bulan Februari : semoga kehidupan kita semua sentiasa dipayungi rahmat Allah swt..
No comments:
Post a Comment