01 February, 2013

Februari 2013/RabiulAwal/RabiulAkhir 1434H

Salam Rabiulawal 1434H, bulan dalam meraikan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Biografi Nabi Muhammad bin Abdullah Edisi 2011 terbitan PTS hadiah staf SMK Pasir Besar  masih belum tamat pembacaannya...semoga semaian cinta tentang perjalanan hidup Nabi akan menambah kelazatan dalam beribadah...insyaallah..

Muncul Februari 2013 menggamit memori baru...Visit Terengganu bulan ini, insyaallah semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan dan dipermudahkan segala urusan olehNya.

Antara aktiviti menarik Bulan Februari 2013 :

Sultans of Science ( Islamic Science Rediscovered ) : 15 Dis 2012 - 15 Jun 2013 : Petrosains Suria KLCC : Pameran bertemakan 'Penemuan Semula Sains Islam' bagi meraikan cendekiawan muslim dalam bidang sains dan teknologi dalam kehidupan masyarakat moden. Anda boleh layari www.petrosains.com.my/sultansofscience/index.html untuk maklumat lanjut.

Tahun Baru Cina : 10 Feb - 11 Feb 2013 : Seluruh Negara : Raikan kemeriahan sambutan permulaan kalendar Lunar. Persembahan tarian singa serta naga yang menarik.

Konsert Paramore : 17 Feb 2013 : Bukit Kiara Indoor Arena : Saksikan kumpulan muzik Paramore yang akan membuat persembahan konsert kali kedua mereka. Kumpulan rock yang berasal dari Teenesee, USA.

Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013 : 20 Feb - 4 Mac 2013 : Kompleks Kraf K.Lumpur,Jln Conlay : Antara aktiviti termasuklah jualan dan pameran kraf, produk cenderamata korporat, dan pelbagai aktiviti menarik.

Ekspo Teknologi Malaysia : 21 Feb - 23 Feb 2013 : Pusat Dagangan Dunia Putera :Pameran yang menampilkan pelbagai inovasi dan rekaan terbaru peranti teknologi. Pameran disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Le Tour De Langkawi : 21 Feb - 2 Mac 2013 : Seluruh Malaysia : Perlumbaan basikal bertaraf antarabangsa pasti membangkitkan semangat adrenalin anda. Anda boleh layari http://www.ltdl.com.my/

Selamat menempuh Bulan Februari/RabiulAwal/RabiulAkhir..semoga kehidupan kita semua akan senantiasa dipayungi rahmat Allah swt.

 

No comments:

Post a Comment