14 February, 2013

Jenjalan Terengganu : Feb 2013

 

 
Alhamdulillah...jenjalan ke Terengganu pada 9,10 dan 11 Feb 2013 seperti yang dirancang telah terlaksana. Konvoi 4 kereta berjaya melaksanakan misi tanpa sebarang kesulitan (terlajak tu biasalah sekurang-kurangnya dapat tengok laluan baru). Doa semoga dirahmati sepanjang percutian keluarga termakbul sudah. Meski pun beberapa lokasi pilihan gagal di'tawan' tapi sekurang-kurangnya lokasi berjaya dijejaki. Merentas laluan Felda Palong, Keratong, menghala ke Kuantan kami berehat sebentar di Hentian Rehat Gambang dan menyusuri LPT keluar melalui tol Jabor. Kesesakan cuma di Paka hanya kerana lampu isyarat yang begitu cepat merahnya, kemana ler perginya pihak PDRM...betul-betul berhampiran Kuarters IPD Paka, tak perihatin langsung, jika ada anggota trafik bertugas pasti laluan ke Kuala Terengganu berjalan lancar...ntah apa-apa slogan PDRM...
 
Bermalam di Homestay Assalam, Kg Tok Jiring : Lokasi lawatan adalah Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, ICT Teluk Ketapang, Pasar Payang, Keropok Lekor 008, Masjid Putih (Masjid Tengku Zaharah Tengah)

Suasana berbeza menikmati sarapan pagi nasi lemak manis sambalnya, nasi kerabu, nasi minyak,...
lain padang lain belalang...


Hadapan Taman Tamadun Islam

Harga Tiket TTI
 
Kemudahan dalam TTI

Waktu Operasi TTI

Paspot TTI

Masjid Kristal

Masjid Tengku Zaharah Tengah

Lagun dekat Masjid Putih : boleh mandi manda

Pasar Payang (Shopping Centre)

Keropok Lekor Kelulut dkt ngan Marang

Cenderahati wajib Terengganu
 
 
Apapun hasrat Bonda hendak berkunjung ke Masjid Kristal dan 23 buah monument Islam akhirnya tercapai. Manakala hasrat kami menikmati Ikan Celup Tepung (ICT) Teluk Ketapang amat mengecewakan. Dengan tepung yang terasa kapurnya,banyak tepung dari sotong @ baik dinamakan tepung celup ikan...Jika berkunjung ke Teluk Ketapang, kedai makan Badrol ICT terletak pertama jika melalui Kg Teluk Ketapang, disyorkan baik jangan jengah...hehehe..mahal kosnya, jika dengan harga tersebut pasti terasa 'meriah' lauk pauk di Medan Ikan Bakar Serkam tak pun kos makan di Kuala Kemaman lebih murah dan lebih lazat...sabar je la...lain kali nak terjah ICT laluan UMT di Kg Pok Tho lak sebelah restoran mix fly...
 
Belibelah keropok di Kelulut 008, hampir dengan Bandar Marang : memang sedap keropok lekor goreng dan sosnya...
 
Melihat pesatnya membangun rekreasi waterfront Kuala Terengganu dan Kg Cina KT ala-ala Jonker walk Melaka...
 
Hasrat ke Kedai Kopitiam Haipeng Kemaman untuk pekena roti bakar kaya turut gagal setelah tiba lewat, kopitiam bukak hingga waktu petang jer, dapat lihat bangunannya saja..apapun lain kali kena plan one day trip ke Kemaman @ Cherating...insyaallah..
 
Selamat Menempuh Bulan Februari : semoga kehidupan kita semua sentiasa dipayungi rahmat Allah swt..
 
 
 



01 February, 2013

Februari 2013/RabiulAwal/RabiulAkhir 1434H

Salam Rabiulawal 1434H, bulan dalam meraikan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Biografi Nabi Muhammad bin Abdullah Edisi 2011 terbitan PTS hadiah staf SMK Pasir Besar  masih belum tamat pembacaannya...semoga semaian cinta tentang perjalanan hidup Nabi akan menambah kelazatan dalam beribadah...insyaallah..

Muncul Februari 2013 menggamit memori baru...Visit Terengganu bulan ini, insyaallah semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan dan dipermudahkan segala urusan olehNya.

Antara aktiviti menarik Bulan Februari 2013 :

Sultans of Science ( Islamic Science Rediscovered ) : 15 Dis 2012 - 15 Jun 2013 : Petrosains Suria KLCC : Pameran bertemakan 'Penemuan Semula Sains Islam' bagi meraikan cendekiawan muslim dalam bidang sains dan teknologi dalam kehidupan masyarakat moden. Anda boleh layari www.petrosains.com.my/sultansofscience/index.html untuk maklumat lanjut.

Tahun Baru Cina : 10 Feb - 11 Feb 2013 : Seluruh Negara : Raikan kemeriahan sambutan permulaan kalendar Lunar. Persembahan tarian singa serta naga yang menarik.

Konsert Paramore : 17 Feb 2013 : Bukit Kiara Indoor Arena : Saksikan kumpulan muzik Paramore yang akan membuat persembahan konsert kali kedua mereka. Kumpulan rock yang berasal dari Teenesee, USA.

Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013 : 20 Feb - 4 Mac 2013 : Kompleks Kraf K.Lumpur,Jln Conlay : Antara aktiviti termasuklah jualan dan pameran kraf, produk cenderamata korporat, dan pelbagai aktiviti menarik.

Ekspo Teknologi Malaysia : 21 Feb - 23 Feb 2013 : Pusat Dagangan Dunia Putera :Pameran yang menampilkan pelbagai inovasi dan rekaan terbaru peranti teknologi. Pameran disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Le Tour De Langkawi : 21 Feb - 2 Mac 2013 : Seluruh Malaysia : Perlumbaan basikal bertaraf antarabangsa pasti membangkitkan semangat adrenalin anda. Anda boleh layari http://www.ltdl.com.my/

Selamat menempuh Bulan Februari/RabiulAwal/RabiulAkhir..semoga kehidupan kita semua akan senantiasa dipayungi rahmat Allah swt.