10 November 2020 - syukur alhamdulillah kerana hari ini merupakan Jubli Perak bagi perkahwinan kami. Semoga seisi keluarga sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan umur yang berkat, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipayungi rahmat kasih Sayang. Aamiin.
Isteri bercuti hari ini...pagi lagi menikmati sarapan di Warung Pokok Buloh kemudian ke Kedai Sup Pak Dollah - pekena Mee Rebus Jawa dan Bihun Sup Daging. Pelaksanaan PKPB maka berdualah sahaja hari ini, kemudian ke Baker Cottage, membungkus Nasi Ayam perisa black pepper untuk santapan bersama dirumah.
Sebenarnya setelah tahu pengumuman PKPB maka anak-anak telah memberi kejutan untuk diraikan bersama di Green Cafe BJB pada 8 Nov 2020 kerana pastinya sukar apabila PKPB dilaksanakan mulai 9 November. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Terimakasih jua buat isteri dan anak-anak atas bingkisan hadiah.
Syukur ke hadrat Allah SWT - semoga kami sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin
No comments:
Post a Comment