25 Sept 2020 : #kitaJAGAkita
Jumaat : Tiada pemanduan ke BJB. Solat Jumaat : Tajuk khutbah 'Amar Makruf Nahi Mungkar' semoga kita semua dapat membendung segala bentuk kemaksiatan dan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
Cuaca panas hari ini. Petang bersama keluarga ke Kedai buku Thai Kuang Plaza Melaka, membeli buku Pendidikan Islam Tahun 6 (dah hilang buku teks) bertabahlah..juga buku teks Biologi dan Sains untuk rujukan tugas isteri. Kemudian menikmati makan petang di D'Retro muara sg Melaka. Pekena Bubur Daging, cekodok bilis, cekodok cokelat, barli lemon suam. Sebelum sempat menyinggah tempat baru di Pulau Melaka. Ada hotel penginapan, Kafe makan minum ...teringat gaya binaan di Bukit Tinggi/Berjaya Hill Pahang. Bertambah tempat menarik di Melaka untuk dikunjungi.
Sempat juga membungkus sate Penjara Bandar Hilir. JJCM
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin
No comments:
Post a Comment