Hari ini bercerita tentang flora dan fauna, pagi tadi berkesempatan menerjah mendaki Bukit Beruang. Alhamdulillah sejuk suasana, berkabus pagi ini selepas hujan turun awal pagi tadi.
Balik dari Bkt Beruang, lajak ke Kedai Makan di Taman Bukit Tembakau. Pekena roti canai bawang, nasi lemak, kemudian ke kedai bakeri di deretan yang sama untuk membeli keropok ikan tamban rm10 sebungkus.
Saja nak bercerita tentang burung kelicap yang dah 2 kali aku terserempak terpandang, kelicap ini sering bertenggek, mematuk-matuk seolah-olah ingin masuk ke dalam kereta, bertenggek di wiper belakang apabila kereta berhenti dipersimpangan lampu isyarat AMJ Bukit Durian. Kali ini sempat merakam aksi kelicap tersebut.
Bila lampu isyarat merah, kereta berhenti maka kelicap itu pun akan menghinggapi wiper belakang. Mungkin secara kebetulan atau memang dah jadi tabiat kelicap tersebut untuk beraksi seketika ketika lampu isyarat bertukar merah.
Pernah dulu terlihat atas wiper kereta arah Paya Dalam - Bukit Durian.
Kali ini bertenggek atas wiper belakang kereta aku arah dari Bukit Durian nak menyusur ke Serkam. Agaknya kawasan persimpangan lampu isyarat AMJ Bkt Durian adalah kawasan takluknya...
#kelicapAMJBktDurian.
No comments:
Post a Comment