Pagi ini jam 0830 pagi dah menjengah Pejabat Pos Merlimau untuk membeli Sampul Surat Hari Pertama bertemakan Destinasi Pelancongan : Melaka Dan Sarawak. Dapat no. giliran 2005 tetapi rasa tidak puas hati apabila orang pertama ingin membeli kesemua FDC tersebut,sepatutnya penjualan perlu terhad kepada 3 Sampul Surat sahaja setiap seorang seperti yang dilaksanakan di Pejabat Pos Besar Melaka, pengagihan yang adil untuk semua.
Akhirnya dengan sikap bertoleransi staff Pos Merlimau berjaya juga mendapatkan 2 Sampul surat tersebut.
Bertambah lagi koleksi FDC, sekadar untuk hobi dan informasi sekeluarga.
Menariknya setem Rumah Demang Abdul Ghani yang terletak di Merlimau menjadi tema untuk Destinasi Pelancongan Melaka.
Brosur percuma
Selamat berhujung minggu, semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT. Aamiin.
No comments:
Post a Comment