04 February, 2019

Pulau Besar : Tunggu Aku Datang @Jeti Anjung Batu

nun kelihatan Pulau Besar

Petang semalam bersama isteri meronda ke medan selera Pantai Siring, menikmati roti arab berkuah kari kambing sambil pekena lempeng kelapa dan sambal bilis. 

Berdua, bermotor ...nostalgia lama dulu-dulu meredah Lebuhraya Seremban-Ayer Keroh dengan Y100. Kali ini dekat je menikmati bayu petang jalan-jalan ke Jeti Anjung Batu, Umbai menunggang SYM.

Salah satu jeti untuk ke Pulau Besar, Melaka. Lama benar tidak berkunjung ke sana. Sesaja menjengah ke Jeti Anjung Batu untuk mendapatkan maklumat tentang harga tambang feri.

Harga dan waktu Feri berlepas









Sayup kelihatan Pulau Besar


Jika menaiki feri dari Jeti Anjung Batu memakan masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke Jeti Pulau Besar.

Pulau Besar penuh sejarah dan misteri.

Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.


No comments:

Post a Comment