25 October, 2017

Jom terjah SkyTower@The Shore Pinggiran Sg. Melaka

Bulan Ogos lepas telah dapat menerjah Menara Berkembar Petronas Tingkat 86 : melihat pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kali ini terjah pula SkyTower@The Shore Pinggiran Sungai Melaka : melihat Bandaraya Melaka dari Tingkat 42, pemandangan Bandar Hilir, Selat Melaka, Sungai Melaka dan tempat-tempat bersejarah dari atas puncak The Shore Pinggiran Sg Melaka.

Anda akan menaiki lif di Tingkat 2 hingga ke Tingkat 41 dan bertukar lif untuk ke Tingkat 42 atau boleh sahaja menaiki tangga untuk ke SkyTower. Beli tiket dan dapat poskad percuma, meniti laluan yang disediakan untuk ke puncak The Shore dan menikmati pemandangan indah Bandaraya Melaka Bersejarah.

Jom layan kronologi bergambar :

Tiket Dewasa RM 25 Knk-knk RM18


Boleh hilangkan trauma takut tempat tinggi

Tallest Peak : Layan view Bandaraya Melaka





Jom Makan @SG The Shore


Selamat berkunjung ke SkyTower@The Shore Melaka ..semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT...aamiin


No comments:

Post a Comment