Dis 2016 :Hajat ke Rumah Rehat Kerajaan Negeri Sembilan tidak kesampaian. Full Booking hingga akhir tahun. Akhirnya terjah Hotel Mirage berhadapan kuarters tentera. Sebenarnya ke PD adalah untuk membawa Ikhwan bermandian di Pantai Tanjung Biru bagi proses pemulihan setelah berkhatan. Syukur alhamdulilah, proses pemukiman pemandian pemasinan mempercepatkan lagi hilang rasa ngilu selepas berkhatan...hahaha..
Kronologi bergambar Port Dickson 2016 :
|
Nostalgia 1989 : Platun 2 Kompeni Alpha |
|
3Hari 2malam : Mirage |
|
Pantai Tanjung Biru |
|
Syukur Alhamdulillah |
|
Ke PD : jgn lupa sarapan pagi Mee Kari Pasar Teluk Kemang |
|
Makan Tengahari di Nasi Kukus Ayam Panggang Koboi |
|
Minum Petang di Cendol Bakar Cwg PD |
|
Jangan lupa jengah Baden2Bundle kut terjumpa pakaian idaman |
|
1st time guna mesin ni...mudah bagi yg menginap di Mirage |
Bandar Port Dickson lesu sebelah petang, pusat membelibelah pun tidak menarik. The Ocean dalam proses pengubahsuaian...yang tinggal Billion..nampak gaya terpaksa terjah ke Seremban atau Seremban 2 dan jadikan bandar PD sebagai transit bermalam bagi tujuan bermandian sahaja...
Perjalanan pulang ke Melaka pastinya menjamu selera di DSawit Corner..Nasi Arab bajet dan Nasi Kukus Itik Gulai Kawah
|
NAB dan NGKI |
Selamat tinggal 2016 : Port Dickson Bandar Tentera Darat tetap kekal dalam ingatan...
Selamat Datang 2017 : semoga kita semua dikurnia kesihatan, dimurahkan rezeki dan dilimpahi kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat...Aamiin
No comments:
Post a Comment