23 December, 2014

23 Disember : Selamat Hari Lahir Untuk Diri Sendiri...

23 Disember 2014 bersamaan 1 Rabiul Awal 1436H : Selamat Hari Lahir Untuk Diri sendiri. Terima kasih kepada semua yang mengutus ucapan melalui WhatsApp. Dah meningkat umur, semoga dikurniai kesihatan, dipanjang umur, dimurah rezeki, mendapat rahmat dan berkat dari Allah swt..

Ya Allah..berkatilah kehidupan kami sekeluarga..lapangkan rezeki kami sekeluarga..permudahkanlah urusan kami sekeluarga ..

Hari ini hadiah hari lahir untuk diri sendiri...membuat pemeriksaan kesihatan diri. Dan seperti yang dijangka akan mula menjalani rutin temujanji dengan Tuan Doktor... : positif diri 'Sayangi Diri Anda, Cegah Sebelum Parah'....huhuhu...


Kronologi 23 Dis 2014 :

Lapor Diri....230920H Dis 2014





Semangat2 dahhh...

Hujan di sebelah petang ..malam bersama keluarga tersayang menerjah Restoran Cina Muslim di Taman Limbongan Jaya...sesekali ingin merasai menu yang berbeza...Terima kasih isteri dan anak-anak tersayang. Satu lagi tarikan di Melaka, masakan berasaskan menu Cina Muslim :  Restoran Hj Shahrin Low.





Antara menu pilihan kami, banyak kena soal staf kat situ...1st time ma..

Hepi bday to Me


Siakap Kukus Masak Nyonya ; Pilihan Chef...hmm


Lemonlemon Chicken


Sotong bersalut telur asin...pun sedap

Dalam perjalanan pulang sempat menjengah satu lagi tarikan di Melaka...'Rumah Terbalik'..berhampiran Hotel Seri Costa, Bandar Hilir...dari luar sahaja dah malam ma..


Up Side Down House Melaka

Selamat menempuh Bulan Rabiul Awal 1436H, semoga kehidupan kita semua di berkati dan dirahmati Allah swt..


No comments:

Post a Comment