31 Ogos 2014 : Percutian bajet keluarga kali ini menuju ke Port Dickson (Bandar Tentera Darat), Negeri Sembilan. Sudah hampir setahun tidak berkunjung ke sana. Merentas Ayer Keroh, singgah minum sebentar di Restoran Ikan Bakar Malim, dalam perjalanan ke penginapan Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan, Apa pun aura tontonan filem Ninja Turtles di MBO Cineplex, Melaka Mall telah menambah rasa ingin tahu untuk berkunjung buat sekian kalinya ke Pusat Konservasi Penyu Melaka di Pantai Padang Kamunting... Better Late Than Never...Seronok anak-anak dapat info dan melihat lebih dekat spesis Penyu Karah (Hawksbill Turtle) Masuk adalah percuma. Di Melaka satu-satunya spesis Penyu Karah melakukan pendaratan di sepanjang pantai Melaka untuk bertelur, ikut info petugas, jumlah penyu mendarat di Melaka sebenarnya lebih banyak dari di Pantai Timur (Terengganu). Pertama kali melalui kawasan tersebut, rupa-rupanya terdapat banyak chalet di kawasan tersebut. Pasti akan kami kunjungi semula untuk meneroka dan melihat penyu di waktu malam..waktu pendaratan adalah dari bulan April - September.
Tapak penetasan Telur Penyu Karah |
Dari Pusat Konservasi Penyu tersebut, kami meneruskan perjalanan ke arah Port Dickson dan sempat singgah untuk mengambil gambar beberapa lokasi menarik di sepanjang perjalanan.
Hasrat untuk ke penginapan rumah tradisional Desa Balqis (artikel dalam Majalah Libur) di Kuala Linggi akhirnya tercapai :
Seterusnya kami ingin ke kawasan rekreasi Hutan Paya Bakau Kuala Linggi, tutup le pulak..entahlah sama ada tutup kerana cuti merdeka atau sebaliknya. Waktu untuk check in yang masih panjang menyebabkan kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di Kedai Kopi Pak Lang Port Dickson (pernah keluar artikel dlm Majalah Libur). Menu di sini lebih terarah Chinese Food...teruja untuk mencuba mi kicap serta kuah kari, sekurang-kurangnya telah menjejak dan mencuba menu di sini...tapi kenangan lama Kedai Pokok Buluh Pee Dee tetap dalam dalam lipatan memori.
Waktu untuk check in, bergerak semula ke arah Pasir Panjang dan terpaksa menempuh perjalanan yang cukup menyeksakan, ambil masa hampir 1 jam untuk perjalanan dari Bandar Port Dickson ke Rumah Peranginan Negeri Sembilan. Cuti Merdeka yang padat dengan kenderaan terutamanya di kawasan Teluk Kemang.
Menuju ke penginapan kami, kawasan jalan masih belum berturap kerana pembinaan baru projek mega The Hibiscus...entahlah pembinaan hotel yang berdekatan dengan kawasan singgahan helang migrasi di Tanjung Tuan..apakah masih ada ruang lagi untuk burung pemangsa tersebut untuk ke lokasi tersebut atau terpaksa mencari lokasi baru, bahkan dari kejauhan pantai Tanjung Biru telah ada penerokaan di hutan simpan tersebut...atas dasar pembangunan....??? maka hutan terus di teroka dan di telanjangi...Tunggu dan lihat apakah projek mega ini bakal pencetus aura Bandar Tentera Darat atau menjadi projek Gajah Putih, bahkan jika melalui Teluk Kemang ke bandar PD..terdapat 2 atau 3 projek pembinaan yang terbengkalai yang pastinya mencacatkan pemandangan...Selamat Datang Ke Port Dickson (Bandar Tentera Darat)..
Akhirnya kami sampai ke penginapan bajet Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan (nak booking 2 malam dah penuh apatah lagi menjelang cuti sekolah bulan 9, pun dah di tempah awal dengan peserta kursus) : dengan harga RM40 semalam : fasilitas 2 bilik berhawa dingin, kemudahan disediakan : pinggan mangkuk, cerek elektrik jadi pandai-pandailah bawa gas stove dan periuk nasi untuk memasak
Berikut memori indah di Port Dickson 2014 :
My Fav Beach |
Onie Mi Kari Pasar Teluk Kemang |
01 September 2014 : Semalam di Bandar Tentera Darat, cukup untuk melepas rindu...perjalanan balik pastinya singgah di Sawit Corner Sg. Udang Melaka untuk merasai Nasi Arab dan Nasi Kawah Gulai Itik...
Memori Port Dickson : (Ogos/Sept 2014)..selamat berlibur TMM 2014
No comments:
Post a Comment