Selamat Hari Pekerja..1 Mei 2014 bersamaan 1 Rejab 1435H. Macam-macam peristiwa lewat bulan lepas. Untuk Negeri Melaka : pasti pencarian harta karun di Pulau Nangka menjadi isu utama. Berakhir April, tamat misi pencarian syarikat pertama yang berakhir dengan kegagalan...jika benar ada harta karun tersebut pasti satu lagi trip pelancongan akan muncul..selain ke Pulau Besar boleh juga jengah ke Pulau Nangka..pulau misteri harta karun milik Kesultanan Melaka...hmmm
Berikut antara aktiviti menarik Bulan Mei 2014 :
IFMA Muaythai World Championship : 1 Mei - 10 Mei 2014 : Dewan Mahsuri, Pulau Langkawi :
Saksikan kehebatan para peninju Muay thai yang berentap bagi merebut gelaran jaguh sukan berprestij ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.ifmamuaythai.org
Sarawak World Harvest Festival 2014 : 2 Mei - 4 Mei 2014 : Sarawak Cultural Village :
Salah satu acara kemuncak perayaan Gawai Dayak, Sarawak World Harvest Festival 2014 adalah festival etnik yang memberikan gambaran yang menawan mengenai budaya, tradisi dan aspirasi masyarakat Dayak Sarawak. Anda boleh layari www.scv.com.my
Sabah Fest 2014 : A Cultural Extravaganza : 2 Mei - 4 Mei 2014 : Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Sabah (JKKNS) : Terokai keindahan Sabah sambil singgah meraikan sambutan seperti demonstrasi kraf, muzik dan kraf serta rasai keenakan makanan tradisi.
Langkawi Water Festival & Power Boat : 3 Mei - 5 Mei 2014 : Pulau Langkawi : Saksikan acara air yang meriah ketika berkunjung ke Pulau Langkawi. Pasti teruja melihat ketangkasan power boat dan pelbagai acara menarik yang diatur sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Jazz Harmony : 9 Mei - 10 Mei 2014 : Parkcity Everly Hotel, Miri, Sarawak : Borneo Jazz Festival 2014 dianjurkan untuk memberikan semua pencinta jazz pengalaman penuh keseronokan dan menghiburkan.
Anda boleh melayari www.jazzborneo.com
The Tidal Bore (Pesta Benak) Festival : 16 Mei - 18 Mei 2014 : Batang Sri Lupar, Sri Aman, Sarawak : Tonton bagaimana pelayar, pemain jetski dan kumpulan perahu mengharungi ombak Benak batang Lupar yang dikategorikan sebagai "Top Ten Tidal Bores" yang ke 4 terbesar di dunia. Anda boleh layari www.sriamanro.sarawak .gov.my
Red Bull Air Race World Championship Putrajaya 2014 : 17 Mei - 18 Mei 2014 : Tasik Putrajaya
(Precint 4-6) : Saksikan juruterbang terbaik dunia berjuang di udara menggunakan kapalterbang lumba paling tangkas dan ringan yang dikemudi pada kelajuan yang bahaya. Anda boleh layari www.redbullairrace.com untuk maklumat lanjut
Colours Of 1Malaysia 2014 : 24 Mei 2014 : Dataran Merdeka Kuala Lumpur : Citrawarna 1 Malaysia 2014 kembali untuk mengkagumkan penduduk tempatan dan pelancong dengan irama bunyi dan pemandangan warna-warni. Sila layari www.vmy2014.com
Kelantan International Kite Festival 2014 : 28 Mei - 31 Mei 2014 : Pantai Geting,Tumpat, Kelantan : Saksikan layang-layang berwarna-warni, wau tradisi menghiasi langit.
Tadau Kaamatan : 30 Mei - 31 Mei 2014 : KDCA Hall Penampang, Sabah : Sertai keriangan bersama penduduk tempatan menyanyi, menari dan bermain permainan tradisional. Festival merupakan juga pusingan akhir Unduk Ngadau (Ratu Menuai).
:Kredit Untuk Majalah Libur Mei 2014
Akhir kata selamat menempuh bulan Mei/Rejab/Syaaban : semoga kita semua dalam rahmat Allah swt dan selamat berlibur sempena cuti persekolahan hujung bulan Mei 2014.
No comments:
Post a Comment