Menjelajah Bukit Fraser : idea spontan untuk minggu ke tiga Bulan Mac 2014, setelah 2 minggu terisi dengan memenuhi jemputan walimatulurus..kali ini minggu penjelajahan merentas Melaka, N.Sembilan, Selangor dan Pahang. Buat isteri dan anak-anak kali pertama ke sana manakala aku pernah pada 2010 dulu bersama rakan-rakan. Perjalanan pergi balik hampir 606 km, pengalaman mengujakan jalan berliku-liku dari Kuala Kubu Baru membuatkan masing-masing pening kepala ...hmmm...memang sesuai untuk menguji kecekapan pemanduan, stress dan kesabaran..teringat merentas Pekan Mancis untuk menuju ke Karak hampir 15km penuh mengujakan,.Cuaca Fraser Hill cukup dingin sesuai untuk pasangan berHoneydewMoon cuma xtvt agak terbatas.
Kali ini bilik penginapan di Puncak Inn dan Shahzan Inn : Full House, ingatkan belum musim cuti sekolah takde orang namun ada syarikat jualan langsung telah menempah untuk aktiviti ahli mereka ..terpaksa ke Silverpeak Apartmen (2 bilik tapi boleh le memasak). Sempat menjengah Allan Water Park, Paddock, Ye OldeSmoke House cuma hasrat menjengah Air Terjun Jeriau tak kesampaian kerana jalan berliku dan ada kesan tanah runtuh, hujan turun di Bukit Fraser setelah hampir 2 bulan kekeringan.
Jika tahun 2010 dulu ada masa naik dan turun tapi pada kali ini tiada lagi, anda boleh terus memandu dari jalan bawah hampir 8 km untuk naik dan turun mengikut jalan yang berbeza.
No comments:
Post a Comment