Salam Sejahtera buat semua, semoga kehidupan kita akan sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t...Hari ini 1 Mei : Cuti umum sempena Hari Pekerja. Cuaca mendung disini, hujan rahmat turun lewat semalam. Demam PilihanRaya makin melanda. 5 Mei bakal menyaksikan Pilihanraya Umum ke 13. Alhamdulillah aku bakal mengundi pertama kali pada tarikh tersebut setelah beberapa kali bergelar 'pengundi pos'. Satu Undi untuk DUN dan satu Undi untuk Parlimen..dulu teringat slogan Satu Peluru Satu Musuh..Apapun didoakan Keamanan,Kemakmuran,Kesejahteraan Kekal milik rakyat Malaysia : Tanahair tercinta, Jangan dibiarkan anasir-anasir luar memporak-perandakan KEAMANAN sedia ada.
Melihat 3 kad undangan jemputan perkahwinan pada tarikh keramat 5 Mei 2013...hmm terpaksa keluar awal untuk mengundi dan pertama kali juga penggunaan dakwat kekal..pasti meriah tika menghadiri majlis perkahwinan dengan masing-masing menayangkan kuku jari telunjuk yang telah dicalit...hahaha..pengantin pun terpaksa elak berinai di jari telunjuk kiri gamaknya...
Berikut antara aktiviti menarik sepanjang Bulan Mei :
Hari Pekerja : 1 Mei : Seluruh Malaysia : Cuti umum hari ini. Mengikut sejarah, ia merupakan satu hari peringatan tentang kemenangan perjuangan pekerja untuk masa bekerja 8 jam sehari selepas berlakunya mogok besar-besaran yang dikenali sebagai Mogok Haymarket 1886. Untuk aku Selamat Hari Pesara.
Pesta Tanjung Balau : 1 Mei : Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor : Pesta bagi mempopularkan Pantai Tanjung Balau. Antara acara menarik : xplorace, pakaian beragam. Anda boleh layari http://www.johortourism.com.my
Sabah Fest 2013 : 3 Mei - 5 Mei 2013 : Kota Kinabalu,Sabah : Menampilkan pesona budaya dan tradisi kumpulan etnik yang pelbagai di Sabah. Anda boleh layari untuk info lanjut www. sabahtourism.com
1 Malaysia Motocross and Clubcross : 4 Mei - 5 Mei 2013 : Plaza Angsana, Johor Bahru : Acara penuh ekstrim ini mempamerkan aksi-aksi menarik penunggang motocross tempatan berlumba untuk merebut kejuaraan. Untuk maklumat lanjut sila layari : www.johortourism.com.my
PilihanRaya Umum Ke 13 : 5 Mei 2013 : Seluruh Malaysia : Tunaikan tanggungjawab anda selaku rakyat Malaysia untuk mengundi pada hari tersebut bagi peringkat DUN dan Parlimen. Semoga Keamanan, Kemakmuran, Kesejahteraan Kekal Milik Rakyat Malaysia.
Hari Hol Pahang 2013 : 7 Mei 2013 : Pahang : Hari Hol diisytihar cuti umum di Pahang bermula tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang ke 4 Sultan Abu Bakar iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah yang masih bertakhta pada hari ini.
It's All About Jazz : Borneo Jazz and Rainforest World Music Festival : 10 Mei - 11 Mei 2013 : Miri Parkcity Every Hotel, Sarawak : Miri International Jazz Festival telah diberi nafas baru. Acara kemuncak termasuk persembahan kumpulan tempatan dan antarabangsa, kraf bazaar, Jazz store Borneo dan kampung Mart. Sila layari www.jazzborneo.com
International Pahang River Rafting Expedition 2013 : 12 Mei - 18 Mei 2013 : Sungai Pahang : Pengalaman merentasi Sungai Pahang sambil menikmati panorama serta keindahan sepanjang tebing sungai. Sila layari http://www.kpkk.gov.my
Putrajaya Youth Festival 2013 : 23 Mei - 26 Mei 2013 : Boulevard Putrajaya, Presint 1 - 6,18 dan 20 : Sempena Tahun Sukarelawan Negara, perhimpunan belia terbesar di Malaysia kembali di Putrajaya. Kemuncak sambutan termasuklah pameran bot kuasa, selam skuba kolam, dan pertunjukan basikal yang besar. Acara ini diadakan dengan konsep membantu belia untuk mengembangkan potensi mereka, mengembangkan kreativiti dan membina perpaduan dalam kalangan mereka. Laman web : http://www.festivalbelia.gov.my/
Hari Wesak : 24 Mei 2013 : Seluruh Malaysia : Hari bagi penganut agama Buddha kerana melambangkan kelahiran, kesedaran dan kematian Gautama Buddha.
Citrawarna 1 Malaysia 2013 : 25 Mei 2013 : Dataran Merdeka : Acara tahunan yang cukup berwarna-warni ini mengumpulkan semua warisan dan budaya dari semua negeri serta makanan daripada pelbagai kumpulan etnik di Malaysia. Persembahan tradisional, perarakan warna-warni.
Tadau Kaamatan 2013 : 30 Mei - 31 Mei 2013 : Sabah dan Labuan : Tadau Kaamatan atau perayaan selepas menuai adalah satu peristiwa penting di Sabah. Ia kebanyakannya disambut oleh masyarakat Kadazan-Dusun untuk meraikan hasil tuaian mereka. Selain tarian tradisional dan persembahan muzik. Acara kemuncak ialah pertabalan Unduk Ngadau dan Sungdoi ( Kadazan Idol )
Akhir kata selamat menempuh Bulan Mei 2013/JamadilAkhir/Rejab 1434H..semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kehidupan kita semua...Selamat Berlibur dan Selamat Mengundi...
No comments:
Post a Comment