12 January, 2012

Bugis, Portugis dan Tun Teja

Alhamdulillah..hasrat hati sejak bergelar 'pesara' hendak menjejak kaki ke tempat bersejarah di Merlimau, tanah tumpah darahku..tercapai jua akhirnya. Misi yang tanpa dirancang...bersama isteri, Qwan merentas jalan tengah setelah selesai menziarahi kubur ibubapa mertua..terlihat papantanda Perigi Portugis disebelah kiri jalan antara Jalan Pengkalan Samak, Merlimau ke Sempang Pantai..Pertama kali sebenarnya ke kawasan tersebut, meskipun sebagai anak watan...hmmm..: Better Late Than Never..



Perigi yang dibina oleh pihak Portugis ketika berhadapan dengan orang-orang Bugis adalah untuk sumber bekalan air bagi minuman dan mandian bagi kuda-kuda, dibina dari batu laterit yang diambil dari pulau-pulau sekitar Melaka ..Pulau Upeh, Pulau Besar. Jika dilihat kawasan sekitar, dibina pondok rehat namun akibat sikap vandalisme, meter bekalan letrik pun turut dirosakkan..macam-macam kerenah..masih tidak mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap harta awam.

Pintu masuk Makam Tun Teja

Makam Tun Teja

Setelah menjenguk sendiri, merasa dinginnya air Perigi Portugis, kami bergerak ke Makam Tun Teja (lagenda putri rupawan yang jadi igauan Sultan Melaka)..pun buat pertama kali menjejaki ke kawasan tersebut, walhal dah 'beratus kali' gaknya melalui hadapan kawasan jalan utama. Terletak di tepi jalan, berjalan hampir 50 meter ke makam tersebut. Di sekitar makam, anda boleh membaca di papantanda yang disediakan tentang kronologi cerita lagenda Tun Teja. Teringat ketika bercuti ke Langkawi, kawasan Makam Mahsuri yang dilatari saujana sawah padi..begitu jugalah ketika di Makam Tun Teja...dikelilingi kawasan sawah padi...dingin angin sepoi-sepoi bahasa menjamah tubuh...hmmm..berhadapan makam turut ditanam Pokok Bunga Tanjung. Nama Saintifiknya Mimusops Elengi dalam Famili Sapotacae...selalu mendengar lagu...Bungaaaa Tanjunggg..pertama kali juga melihat pokok dan bunganya...harum mewangi baunya...

Pokok Bunga Tanjung

Daun dan Bunga Tanjung

Apapun sempat menjamah makanan/minuman di Seri Teja..warung di pintu masuk Makam. Jika dulu nampak seolah-olah lesu, alhamdulillah makin maju nampaknya gerai tersebut, penuh dengan pantun dan perumpamaan yang digantung di situ..orang Melaka ler katakan...kreatif,inovatif pemilik gerai..tahniah..budaya Melayu dilupa jangan.

Akhirkata..selamat menempuh Bulan Januari/Safar/RabiulAwal, semoga kita sentiasa dipayungi rahmat Allah swt..insyaallah. Selamat Berlibur.

04 January, 2012

Januari/Safar/RabiulAwal

Selamat Tahun Baru 2012 : Disember 2011 lepas penuh pelbagai cerita dalam diari kehidupan, menginjak umur, merai bersama keluarga di Muara Sg Duyung, merai majlis perkahwinan sepupu, merentas dua daerah berbeza Jasin vs Tongkang Pechah, melihat buat sekian kalinya Buah Mentega..hmm..pengakhiran tahun yang penuh suka duka..bersama anak-anak menikmati cuti persekolahan 2011.


Hari ini : bermula musim persekolahan. Semoga anak-anak akan dipermudahkan dalam menempuh alam pembelajaran. Aku seperti biasa menempuh dunia rutin baru seorang 'pesara'. Semoga dilapangkan rezeki, dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan,nikmat iman bagi menghadapi hari-hari mendatang agar menjadi insan seimbang dunia dan akhirat..bahagia disisi keluarga tercinta..insyaallah..


Berikut antara  aktiviti menarik sepanjang Januari 2012 :

Ekspo Pengantin Kuala Lumpur : 6 Jan - 8 Jan 2012 : Tempat : Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Bagi yang bakal berkahwin pada tahun 2012, pelbagai promosi dan pakej menarik disini. Terdapat banyak butik dan pertunjukan fesyen serta kecantikan diadakan dari pereka-pereka terkenal tanahair.

Malaysia International Jewellery Fair (MIFF) : 6 Jan - 9 Jan 2012 : Tempat : KLCC, Kuala Lumpur. Acara berprestij yang didedikasikan buat industri barang kemas. Pelbagai jenis dan barang kemas termahal turut dipamerkan.

Ekspo Pendidikan Kedah : 7 Jan - 9 Jan 2012 : Tempat : Village Mall, Sg. Petani, Kedah.  Bagi pelajar yang tercari-cari dimana mahu menyambung pelajaran, anda boleh datang ke sini dan pelbagai kolej IPTA dan IPTS datang mempromosikan pelbagai kursus buat anda semua.

Spring Fair - Malaysia : 12 Jan - 15 Jan 2012 : Tempat : Straits Quay Convention Centre (SQCC) Pulau Pinang. Sempena menyambut Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, pelbagai tawaran dengan harga murah dengan banyak aktiviti dijalankan disini.

De Pirates Treasure Hunt KL - Pangkor 2012 : 14 Jan - 15 Jan 2012 : Tempat : Lokasi Permainan . Flag Off : K.Lumpur : Last Point : Pulau Pangkor, Perak. Penganjuran pencarian harta karun - Treasure Hunt. Untuk semua penggiat rekreasi. Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara penggiat rekreasi dan juga mencungkil serta mencabar ketahanan mental anda semua. Boleh layari www.equipmanagement.worspress.com

Nuclear Power Asia : 31 Jan - 1 Feb 2012 : Tempat : Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Pembentangan tentang kuasa nuklear dari serata negara ASEAN ini akan diadakan selama 2 hari dan dihoskan oleh Vietnam Atomic.

Akhir kata, selamat menempuh Bulan Januari 2012/ Bulan Safar 1433H/ Bulan RabiulAwal 1433H. Semoga kita sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t.