Salam Syawal 1433H, sudah 16 Syawal hari ini..pantas masa berlalu. Kenangan di awal Syawal masih terasa. Bersalaman,bermaafan bersama ayah ibu, keluarga tercinta dan sanak saudara. Pertama kali aku dan keluarga meraikan Ramadhan dan Syawal di JB 275 setelah berpindah di Serkam, Melaka. Selamat Tinggal Negeri Sembilan. Nostalgia suka duka tetap terpahat di sanubari. Bahkan Qwan juga punya pertautan kukuh di Negeri Sembilan. Anak kelahiran di Hospital Tuanku Najihah...ermmm.
Apa pun selamat menempuh sisa-sisa Bulan Syawal. Selain menikmati suasana meriah Aidilfitri, bulan ini juga penuh memenuhi jemputan undangan perkahwinan. Berturutan tiap minggu di bulan September ini, bermula minggu lepas menikmati enaknya Beriani dan ayam panggang golek di rumah bapa saudara di Bukit Pasir , Muar. Melihat kad jemputan pada 8 Sep, 15 Sep dan 16 Sep pasti pelbagai menu di kenduri perkahwinan tersebut. Syukur atas nikmat rezeki melimpah ruah di bumi tercinta ini.
Apa pun berikut antara aktiviti menarik di sepanjang Bulan September :
Sarawak Regatta : 14 Sep - 16 Sep 2012 : Kuching Waterfront,Sarawak. Pengunjung boleh menyaksikan kecantikan bot yang menyusuri sungai di Kuching Waterfront dan turut menyaksikan keunikan budaya yang terdapat di Sarawak.
Sambutan Hari Malaysia : 16 Sep 2012 : Seluruh Negara. Saksikan kemeriahan sambutan Hari Malaysia. Khas buat rakyat sempena penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Malaysia Open ATP World Tour 2012 : 22 Sep - 30 Sep 2012 : Stadium Putra, Bukit Jalil, Selangor. Menyaksikan kehebatan pemain tenis antarabangsa dalam perlawanan menentang peserta lain.
Promosi Kraf Tekstil : 27 Sep - 8 Okt 2012 : Komplek Kraf Kuala Lumpur. Pelbagai jenis kain dipersembahkan dengan pelbagai adunan corak seperti batik dan warna-warna yang indah.
Festival Tanglung : 29 Sep 2012 : Pasar Seni, Kuala Lumpur. Hadirkan diri anda dengan melihat keindahan tanglung-tanglung pada waktu malam dengan pelbagai warna dan saiz.
Royal Pahang Bilfish Challenge : 28 Sep - 30 Sep 2012 : Pantai Bernas, Kuala Rompin, Pahang. Saksikan kehebatan peminat sukan joran ini dalam bertanding dan cuba memenangi hadiah lumayan dengan menangkap ikan layang di Pahang.
Selamat menempuh Bulan September/Syawal/Zulkaedah. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Selamat Berlibur ..menikmati indahnya suasana pemandangan di negara tercinta MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment