Jom Semak Kiblat sempena Istiwa Azam. Fenomena ini berlaku 2 kali setahun. Istiwa Azam adalah peristiwa ketika matahari berada tepat diatas Kaabah, ketika itu semua bayang-bayang akan menghala
ke Kaabah.
Tatacara Penyemakan :
1. Pacakkan atau dirikan objek lurus seperti kayu atau tiang dan sebagainya ditempat yang tidak terlindung dari matahari.
2. Tepat pada tarikh dan berlaku fenomena Istiwa Azam bayang yang ditunjukkan oleh tiang akan menghala ke arah Kiblat. Tandakan garis mengikut bayang. Garis ini sebagai rujukan arah Kiblat.
Waktu Berlaku Di Malaysia.
Tahun Lompat
27 Mei : Jam 5.17 Petang
15 Julai : Jam 5.27 Petang
Tahun Biasa
28 Mei : Jam 5.16 Petang
16 Julai : Jam 5.28 Petang
Nota : 2012 adalah Tahun Lompat.
Sumber Info : Bhg Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Melaka.
Akhir kata selamat menempuh Bulan Ramadhan Al Mubarak dan semoga kehidupan kita semua akan sentiasa dipayungi dan mendapat rahmat dari Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment