19 March, 2012

Jenjalan Masa Cuti Sekolah : PeeDee Lagi..

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana dapat bersama keluarga tercinta 'meronda-ronda' menuju destinasi terpilih sepanjang cuti persekolahan yang lepas. Sempena 'Raptor Watch 2012' dari 10 - 11 Mac 2012  yang lepas, maka perancangan adalah menuju ke Port Dickson untuk  melihat acara tahunan tersebut yang diadakan di kawasan PNB Ilham Resort. Maka penginapan 3 hari 2 malam di Rumah Rehat Kerajaan Negeri Sembilan (Apartmen 2 bilik) ditempah awal..jimat wang ma. Semalam menginap dikenakan bayaran RM40 sahaja tapi kali ini nak memasak jadi masalah ler pulak. Dapur dgn tong gas telah disimpan oleh pihak pengurusan atas sebab-sebab keselamatan katanya...biasalah 'budak-budak' berkursus dgr citer, gas memasak pun tak ditutupnye, ketika keluar dari bilik..hmm..yang jadi mangsa pengunjung berkeluarga. Lain kali pihak pengurusan patut boleh  'menyewakan' sahaja peralatan tersebut untuk mereka yang datang berkunjung. Laluan ke Rumah Rehat pun dah mula sibuk dengan lori 'hantu' untuk satu lagi projek mega...kawasan pantai dikambus untuk projek hotel mega mirip penginapan berbentuk bunga raya...macam-macam..



Laluan percutian kali ini dari Pasir Besar, Gemas meredah Pekan Kota melalui beberapa tempat bersejarah seperti Replika Istana Raja Melewar, Makam Raja Melewar dan sempat menjengah untuk sekian kalinya ke Jeti Nelayan Kg.Sungai Timun untuk menikmati istimewanya Mee Udang di situ. Namun hajat tak kesampaian kerana stok udang tak ada pada hari tersebut...hmm..udang sungai kut, kalau udang kolam takkan pulak tak ada stok bekalan...Sungai Timun juga terkenal dengan kelip-kelip yang menghuni pokok berembang yang terdapat di sepanjang laluan sungai tersebut. Cuma pada hari Sabtu tersebut hanya sebuah gerai yang berjualan namun kawasan jeti lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti Surau, Pentas bahkan ada juga pengunjung yang mengail di sungai tersebut.


Setelah mendaftar masuk di Rumah Rehat N9, kami bergerak ke tapak 'Raptor Watch' di Tg.Tuan, meninjau-ninjau tapak pameran maklumat dan barangan. Namun pada hari Sabtu tersebut, hasrat untuk melihat burung-burung pemangsa yang bermigrasi jauh merentas lautan juga tidak kesampaian kerana cuaca 'mendung' : ikut kata petugas sukarelawan MNS. Tapi aku sempat membeli t-shirt 'Raptor Watch 2010' setelah saiz XL untuk 2012 dah kehabisan, selain itu sempat membeli 'keychain' dari Persatuan Burung Negara Taiwan..buat koleksi..
  Hutan Simpan Tg Tuan dari sisi Pantai Tg Biru


Untuk hari kedua kami pekena dahulu mee kari di Gerai Onie Mee Kari Pasar Teluk Kemang, harga RM5 untuk mee kari spesial. Mengimbau bersama rakan-rakan setugas menikmati sarapan ketika waktu rehat di sini. Selepas itu menuju ke Galeri Pusat Ikan Hiasan di Batu 7 Teluk Kemang (lihat web : antara tarikan menarik di PD) MPV kami melalui laluan kecil Pusat Sains Marin 2 namun tertera di cermin pondok pengawal 'Galeri Ikan Hiasan Ditutup Sementara Waktu'...hmmm, projek yg menelan jutaan ringgit mengalami masalah gaknye..dahlah susah hendak mencari lokasi tersebut..akan aku emel ke MPPD untuk megetahui masalah sebenar....baru beroperasi dah problema...hehehe
Selepas itu menuju Muzium Tentera Darat, selangkah perjalanan ke gedung sejarah ketenteraan tanah air kita yg sarat dgn perjuangan, keringat, darah, nyawa dan air mata. Dari arah Batu 4, tersergam indah pintu gerbang di jalan dekat padang bola 'Selamat Datang ke Bandar Tentera Darat' dan laluan pesiar pejalan kaki indah berwarna merah. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini dan waktu lawatan adalah dari hari Rabu - Ahad mulai jam 10 pagi - 5 ptg  (Isnin dan Selasa) : ditutup. Di kawasan ini, aku  mengimbau kenangan lama, alhamdulillah kawasan Kompeni Alpha masih di kekalkan dan menjadi lokasi tarikan pelancong dan tempat penginapan masa latih2an dulu-dulu telah bertukar wajah menjadi 'era zaman kesultanan Melaka'..teringat kisah kengkawan yg dirasuk,disorok, kisah Capt.John..ermm tinggal memori..



Dalam pada itu, kebetulan dapat melihat kawanan burung pemangsa berlegar-legar di udara, mungkin berhampiran Hutan Simpan Lapang Sasar Menyala agaknya.

Setelah itu bergerak ke Muzium Lukut : Di muzium ini anda dapat mengimbas kembali sejarah kegemilangan Lukut serta tokoh-tokohnya. Elemen kota Lukut sebagai kubu pertahanan yang melambangkan keunikan senibina tamadun melayu. Kota Lukut dibina oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar pada tahun 1847 bertujuan melindungi perdagangan bijih timah pada masa itu. Kota ini berukuran 607 kaki panjang dan 505 kaki lebar dan mempunyai parit sedalam 15 kaki mengelilingi kota ini. Masuk adalah percuma.


Setelah menjengah ke bangunan muzium Lukut dan menikmati dinginnya suhu penghawa dingin..kami bergerak balik dan singgah ke Pasaraya Giant, hmm dah berubah Lukut sudah punya tarikan gedung membeli belah. Apa pun Mac 2012 menjanjikan kepuasan bila dapat menikmati, meredah, menghirup kenangan masa lampau waktu aku  berlatih, bertugas di Bandar Tentera Darat ini.

No comments:

Post a Comment