Salam Februari 2012 dan Salam RabiulAwal 1433H..telah menginjak kita ke bulan ke dua dalam kalendar tahun Masihi. Bulan lepas, pasti puas bercuti panjang bagi anak-anak yang pihak sekolahnya mengambil cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. Pasti mereka yang tidak berkesempatan untuk cuti bersama keluarga semasa cuti penggal persekolahan tahun lepas, mengambil kesempatan untuk melaksanakan cuti bersama yang belum di'tunai'kan pada cuti panjang tersebut. Begitu juga aku, mengisi ruang masa tersebut untuk mengunjungi Animal Safari World Park (A Famosa, Alor Gajah,Melaka) Itupun sempena hari lahir Khairunnisa pada 22 Jan 2012. Taman tema ini yang kali terakhir di kunjungi lewat 8 tahun lepas sekitar tahun 2004. Pembelian tiket di Dataran Pahlawan Mall sempena road show pihak A Famosa. Harga bagi 6 orang = RM 150. Satu kepala RM25.(Dewasa/Kanak-kanak) Dapatlah Qwan anak bongsu ku menikmati pemandangan secara dekat binatang-binatang apabila menaiki trak ke kawasan kandang (lebih kurang 20minit).
Persembahan menarik melihat pertunjukan gajah, multi animal dan burung, menjelajah Monkey Island cuma terkilan di pertunjukan ala 'cowboy town'..hmmm ...sama je jalan cerita, bentuk 'studio' 8 tahun lepas...membosankan..sekurang-kurangnya pihak pengurusan perlu lebih kreatif dengan lebih banyak penggunaan binatang-binatang dalam pertunjukan pukul 2.15 ptg tersebut. Dari segi makanan dan minuman, pihak pengurusan patut lebih prihatin untuk menjual dengan lebih murah. Nasi Briyani Ayam RM30 (campur air tin)...mentang-mentanglah ramai pelancong dari Timur Tengah..hmm..sabo je la...
Apa pun syabas pihak A Famosa Resort masih mampu untuk mengekalkan dan menjadi lokasi tarikan destinasi percutian pelancong tempatan dan luar ke Melaka.
Berikut antara aktiviti menarik di bulan Februari :
Ekspo Buku. 1 Feb - 6 Feb 2012. Tempat : Dewan Legar Putra PWTC. Bagi pencinta ilmu. Pelbagai pameran buku, potongan harga sempena ekspo ini. Di booth Telaga Biru. Sesi bertemu pembaca. Jumaat3hb (Ustaz Pahrol) jam 11 pagi. Sabtu4hb (Dato Siti Norbahyah) jam 3 ptg. Isnin6hb (Dr Irfan Khairi) jam 1230 thari.
Kempen Halal 1 Malaysia sempena Sambutan Maulidur Rasul dan Kempen Berzakat Peringkat Negeri Melaka. 3 Feb - 6 Feb 2012. Tempat : Ruang Letak Kereta Open University Malaysia (Berhadapan Kompleks AL-Azim, Melaka). Kempen anjuran bersama Kerajaan Negeri Melaka dan JAKIM. Pelbagai pameran dan jualan produk halal/perkhidmatan di adakan di kawasan ini.
Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW. 5 Feb 2012 (12 RabiulAwal 1433H). Salam dan selawat buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Thaipusam. 7 Feb 2012. Tempat : Batu Caves, Selangor. Festival untuk para penganut agama Hindu yang menampilkan pelbagai upacara keagamaan.
Festival Layang-layang Antarabangsa Johor. 14 Feb - 19 Feb 2012. Tempat : Pasir Gudang, Johor. Saksikan sendiri pelbagai variasi layang-layang di festival ini. Kehadiran para peserta dari luar negara menyemarakkan lagi suasana kemeriahan festival ini.
Sambutan Hati Kraf Kebangsaan 2012. 22 Feb - 5 Mac 2012. Tempat : Kompleks Kraf K.Lumpur, Jalan Conlay. Pelbagai aktiviti telah dirangka dan akan diadakan di Kompleks ini. Jualan dan pameran kraf, produk cenderamata korporat dan pelbagai aktiviti menarik.
Le Tour de Langkawi 2012. 24 Feb - 4 Mac 2012. Tempat : Melalui 7 buah negeri termasuk Kelantan, Melaka, Pahang, Johor. Acara berbasikal unggul di Asia. Perlumbaan berprestij untuk memberi peluang orang ramai melihat sendiri perlumbaan ini.
Triathlon Ironman Malaysia Malaysia 2012. Februari 2012. Tempat : Langkawi. Saksikan sendiri pertandingan yang berlangsung di Langkawi. Menampilkan penyertaan dari serata dunia bagi merebut gelaran Juara Ironman Malaysia di samping melihat pelbagai ragam pesrta sewaktu bertanding.
Akhir kata, selamat menempuh bulan Februari/RabiulAwal/RabiulAkhir..semoga kita semua dipayungi rahmat Allah s.w.t...insyaallah
No comments:
Post a Comment