Alhamdulilah hari ini genap Khairul Ikhwan..anak bongsuku berusia 3 tahun, harapan ayahbonda moga menjadi anak yang baik ,menurut kata, berjaya nanti menjadi insan seimbang di dunia dan akhirat dan mampu membina ukhwah yang baik sesama insan sesuai dengan maksud namanya - persaudaraan yang baik..insyallah..dengan keletah,nakalnya menjadi penghibur keluarga..ya lah tentu berbeza dengan kerenah 3 kakaknya...Qwan Lahir jam 11.34pm di Hospital Daerah Kuala Pilah, jadinya anak Negeri Sembilan ler..haha, bukan apa ayah rasa setelah 18 tahun berkhidmat di Negeri Sembilan,sekurang-kurangnya akan ada nostalgia dan berharap masa tu akan dikurniakan anak lelaki setelah berturutan 3 kali 'baby gurlz' di Hospital Besar Melaka..alhamdulilah syukur ke hadrat Allah s.w.t dimakbulkan doa..teringat sering memperdengarkan Surah Yusuf di 'perut' isteri..hai kira usaha juga tu..
Minggu lepas hari Sabtu telah sama-sama meraikan awal di Pizza Hut Bahau untuk memenuhi permintaan Kak Long yang tidak dapat bersama hari ini kerana berada di APIDA..apapun yang penting rasa syukur kerana dikurnia kesihatan yang baik buat anak-anak..sihat walafiat..hari ini hanya 'goodies' buat rakan-rakan sepermainan Qwan...Lekaslah besar si manja ku sayang..Selamat Hari Lahir - Khairul Ikhwan
No comments:
Post a Comment