Fenomena Istiwa' Adzam iaitu matahari di atas Kaabah berlaku pada hari ini jam 5.16 petang waktu tempatan. Sehubungan itu rujukan arah kiblat boleh dilakukan berdasarkan rujukan arah bayang matahari.
28 May, 2019
16 May, 2019
LSM 2019 : #LS13 Melaka United Menang besau
Malam tadi di Stadium Hang Jebat,MU mencatatkan kemenangan besar ke atas Felda United ( 6-0 ). Perlawanan ke 13 bermula jam 10 malam bagi menghormati bulan Ramadan tentu sahaja menggembirakan pihak pengurusan dan peminat MU.
Semalam layan game di HP channel Iflix, harap momentum kemenangan dapat diteruskan di Darul Aman dalam game akan datang. Luka Milonovic menghasilkan hattrick, SR8 masih berbisa sentuhannya.
13 May, 2019
MC Juara EPL 2018/19
Manchester City meneruskan penguasaan berganda menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) Musim 2018/19 setelah memenangi perlawanan terakhir menentang BHA 4-1. Penentuan sengit hingga ke perlawanan ke 38 untuk menentukan kejuaraan bersama Liverpool yang gagal untuk mengekalkan pendahulu Liga dimana satu ketika pernah mendahului dengan kelebihan 7 mata.
![]() |
MC boleh tambah koleksi Piala FA Bertemu Watford 19/5/19 |
Tahniah MC Untuk musim 2018/19.
Bagi LSM 2019 pula, harap MelakaU dapat mengekalkan momentum untuk kekal bersaing dalam Liga utama bolasepak Malaysia.
07 May, 2019
Ahlan Wa sahlan ya Ramadan 1440H
Alhamdulillah...6 Mei 2019 cuti umum Negeri Melaka sempena 1 Ramadan 1440H. Berkumpul bersama adik beradik ipar duai untuk majlis iftar. Syukur dapat bersama ayahbonda diterataknya untuk majlis berbuka puasa agar keberkatan Ramadan dapat diperoleh. Aamiin..
![]() |
From anicakehouse |
![]() |
Potluck : rezeki dikongsi bersama |
Ya Allah, berkatilah dan terimalah
Amalan kami sepanjang bulan Ramadan ini.
Kurniakanlah kami kesihatan dan rezeki yang berkat.
Aamiin
Ahlan Wa sahlan ya Ramadan.
05 May, 2019
LSM 2019 : #LS12 Melaka United Seri Lagi
Perlawanan MU vs Sgor berakhir Seri. Musim kedua bermula, MU meletakkan Luka Milonovic dalam kesebelasan utama namun masih gagal meraih 3 mata. Sabau je ler.
Kedudukan terkini MU
Apalagi taktikal bang jenal
Lepas ni berehat panjang untuk LS13
Lwn Felda United di Estadio of Hang Jebat dalam bulan Ramadan.
#misi1pialanampaksuram.
Gegau Melaka United Gegau
Banyak ler sabau.
01 May, 2019
Koleksi Kisah Misteri Mingguan Malaysia : April 2019
Selamat bercuti sempena Hari Pekerja : 1 Mei 2019.
Berikut kisah misteri versi mobile sepanjang bulan April 2019 :
Subscribe to:
Posts (Atom)