15 December, 2014

Tuala Istimewa :100 Plus

Macam biasa nak bercerita tentang cenderahati istimewa dari Air Minuman Tenaga 100 Plus, dah jadi kebiasaan sebelum nak masuk ke kedai serbaneka 24jam 7E, akan memerhati dahulu poster iklan setiap awal bulan jika ada apa-apa hadiah iringan jika membeli sesuatu barangan di 7E.

Jadi untuk bulan ini jika anda membeli 2 botol air minuman 100 Plus anda akan dihadiahkan sehelai tuala tekanan tinggi (selagi stok masih ada)...hahaha..yang diberi kecil berbentuk botol air 100 Plus tetapi apabila direndam akan membesar, sesuai untuk mengelap peluh...dan ikut suka sendiri..


Cute Sangat



Sebelum dan Sesudah


Jadi kepada sesiapa yang mempunyai hobi mengumpul koleksi sebegini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya di 7E..boleh diguna pelbagai..hasrat hati nak cuba buat 'cold towel'..penyegar muka di kala cuaca panas sekarang ni..hmm.

Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.


No comments:

Post a Comment