26 February, 2019

Salam Takziah buat Cikgu Idris


Salam Takziah buat adik iparku Cikgu Idris diatas pemergian Ibunda tercinta pada petang ini. 

Semoga Almarhumah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.


Juga doa semoga kita semua mendapat rahmat Allah SWT.


25 February, 2019

Toyota Avanza ku sudah cecah 400k


25 Feb 2019 : Avanza1.3 ku sudah mencecah perbatuan 400k. Alhamdulillah sejak 2008, pandu pertama kali keluar dari Pusat Jualan kereta Toyota di Bahau, Negeri Sembilan sehingga ke hari ini, bermastautin pula di Serkam Melaka.

Meredah berlibur ke Padang Besar, hantar Kak long ke UNIMAP, berkonvoi berlibur ke Kuala Terengganu, mendaki puncak dinginnya Bukit Fraser, Cameron Highlands. Menjengah arah selatan ke JB. Meredah dingin Subuh ke PD dan Sungai Buloh. Syukur ke hadrat Allah SWT merahmati setiap perjalanan kami.



400k km


2019 : Jika segalanya dipermudahkan urusan, pertengahan tahun dan penghujung tahun, akan ke Perlis mengambil dan menghadiri majlis Konvo Kak Long di UNIMAP.

Doa semoga dipermudahkan urusan dan segala dirancang akan terlaksana dan dirahmati Allah SWT. Aamiin.


24 February, 2019

Koleksi Kisah Misteri Mingguan Malaysia : Feb 2019


Selamat berhujung minggu, luangkan masa anda bersama keluarga tercinta.

Berikut koleksi kisah misteri MM Bulan Feb 2019 : Selamat membaca..








Selamat berlibur, semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT. Aamiin.



23 February, 2019

Unifi LSM 2019 : #LS04 MUNJDT : Kalah ler pulak


Malam ini perlawanan ke 4, Melaka United bertemu JDT. Bertempat di Larkin, pastinya ke dua-dua pasukan ingin mengekalkan rekod tanpa kalah. Apakah mampu bekas pemain JDT yang kini bersama MU , SR8,Gopi,Nazrin dan pemain berpengalaman yang lain untuk mengekang asakan pemain JDT. Tunggu dan lihat, keberkesanan taktikal HC Zainal dan keserasian para pemain MU.


Kredit : FB MUSA

Masih tiada lagi siaran langsung di TV 9 malam ini melibat pasukan MU, terpaksalah layan live di Iflix.

Layan Iflix je

MU kalah 1-2, 1st half memang lesu, taktikal long ball,Casagrande cedera ..targetman dah tiada,serangan dan tindakbalas lambat. Sayap kiri kanan kurang fungsi. Banyak lagi kena baiki, penguasaan bola teruk, dapat bola, hantaran pendek amat mendukacitakan, hilang bola pun cepat. Skill individu, mat Don gagal passing dengan cepat. Sabau je ler..kredit untuk Patrick yang gigih untuk semangat juang tinggi hingga menghasilkan gol.

HC Zainal kena banyak lagi studi...corak serangan untuk memberi tekanan pihak lawan. Longballlllll je

Sabau je ler lagi, baru 4 game, harap terus mantap.

Gegau Melaka UNITED GEGAU

22 February, 2019

Salam Jumaat : Inspirasi Hari Ini #muslimpro


Salam Jumaat 17 JamadilAkhir 1440H.

Inspirasi Hari Ini, semoga mendapat manfaat dan memberi impak positif buat diri kita. #muslim pro. 

Semoga kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT.







Aamiin.
Alhamdulillah.


21 February, 2019

Jom minum Teh Hijau@Green Tea


Hari ini kisah teh hijau@green tea. Ikutkan isteri yang mula amalkan minum Teh hijau tanpa gula, sampingan minuman teh O. Biasa kami pekena teh uncang Boh/Lipton.

Dah hampir 3 minggu cuba-cuba teh hijau Jasmine,berasa sedikit bauan bunga Jasmine. Kali ini cuba teh hijau pure.

Ikut maklumat You Tube, 10 khasiat untuk kita amalkan minum Teh hijau tanpa gula. Hanya curahkan air panas bersama uncang teh, tunggu 2-3 minit untuk kita hirup air teh hijau tersebut.

10 reason to start drinking green tea every day :

1. Lowers the risk of diabetes.
2. Reduces Cholesterol.
3. Reduces the risk of heart disease.
4. Lower the risk of cancer.
5. Improves Digestion.
6. Boosts Liver Health.
7. Improves Brain function.
8. Aids weight loss.
9. Improves Dental Health.
10. More Benefits.

Ini gambar teh hijau yang aku amalkan minum setiap hari. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.


Pembelian di Speedmart : Teh Ahmad


Green tea pure lebih mahal harganya
Eksklusif uncang teh 
dalam bungkusan khas.



Semoga segalanya dipermudahkan urusan dan kita semua mendapat rahmat Allah SWT. Aamiin.


20 February, 2019

Makan-makan@Sumo Kafe Alai Melaka


Lama sudah rasanya tidak menjengah, menjamah menu di Sumo Kafe Alai. Ajakan isteri yang teringin makan chicken chop, membuatkan pilihan pastinya ke Kafe ini. Dulu jenama Sumo menjadi salah satu tarikan minuman disini. Dapat juga sempat menukar bekas air berbentuk bola berdasarkan jumlah cop dikad yang disediakan.

Jom layan santai di Sumo Kafe Alai :









 Chicken Chop Honeymoon


Nasi Goreng Mama

Malam ini aku pekena Bubur Nasi Sumo, tapau pula Mee Goreng Sumo

Suasana dingin lepas hujan pun masih mengundang pengunjung untuk menikmati menu disini.

Selamat berkunjung Ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Jalan-jalan cari makan Jom ke Sumo Kafe Alai.

19 February, 2019

19 Feb 2019 : Sampul Surat Hari Pertama : Makanan Eksotik


Sampul Surat Hari Pertama ialah sampul surat yang direka bentuk khas dan ditampal setem keluaran baru dan tanda pembatalan istimewa yang menunjukkan tarikh keluaran hari pertama.

Hari ini ke Pejabat Pos Merlimau untuk membeli Sampul Surat Hari Pertama (FDC) dan setem bertemakan Makanan  Eksotik - Kerabu Telur Belangkas, Kerabu Beronok, Belalang Goreng, Rendang  & Stik Landak.

Setem Belangkas (Horseshoe Crab) yang menimbulkan keterujaan untuk menambahkan lagi koleksi FDC.

Sekarang lebih kepada pembelian mengikut tema sama ada pelancongan, flora, fauna mahu pun hidupan marin.










Brosur percuma


Kredit : myfdc 2019

Selamat meneruskan hobi anda. Semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT. Aamiin.

18 February, 2019

Salam Isnin : 13 Jamadilakhir 1440H


18 Feb 2019 : Menempuh kita minggu ke empat bulan Februari 2019. Semalam hujan turun lebat, menyejukkan Serkam setelah bahang panas terasa di siang hari. Nyaman terasa membelah kabus pagi tadi.

Berkongsi artikel dan nasihat agar menjadi pedoman buat kita semua. 











Semoga kita semua mendapat rahmat Allah SWT. Aamiin.


17 February, 2019

Unifi LSM 2019 : #LS03 Melaka United Seri


16/2/19 : Bersama famili menjengah Estadio of Hang Jebat untuk menyaksikan pelawanan ke 3 Melaka United. Pertembungan penuh aksi yang menyaksikan pelbagai cubaan tepat, tersasar juga dua kesilapan penjaga gol yang menghasilkan keputusan akhir Seri 1-1.

Jumlah kehadiran penyokong kedua belah pasukan cukup menggambarkan akan keterujaan para peminat bolasepak untuk menyaksikan perlawanan semalam. Ikut MC : penyokong yang hadir 19,750 orang. Memang padu...kali akhir aku hadir cukup sesak ketika perlawanan akhir Liga Perdana 2016 bertemu Perlis.

Perlawanan semalam penuh dramatik...sering bertukar balas serangan. Hingga tunggu minit akhir untuk MU berkongsi mata dengan Pahang FA. Tahniah barisan pertahanan MU berjaya mengekang rangkaian penyerang pihak lawan. Jang Suk Won bermain baik untuk mengekang Wak Keme. Mat Don banyak gentel bola, SR8 terbaik energy and creative. Gopi longlai nampak perlu lagi keserasian antara sayap dan pertahanan kiri...Gopi/Raimi/Khuzaimie. 

Sesekali Patrick boleh buat duo striker bersama Casagrande dengan meletakkan Deevan Raj sebelah sayap kanan untuk larian deras dan hantaran lintang.







Tahniah sokongan padu penonton MU

Bawah bendera Melaka

Masih perlu lagi keserasian antara pemain apatah lagi menjelang LS04 menentang JDT ditempat lawan. Harap MU dapat mengutip mata aksi di Larkin. Pasukan 2019 MU yang tampil berbeza dengan ''orang lama" penuh pengalaman. Macam SR8 diprovokasi Sumareh, Wak Keme sewaktu ingin mengambil penalti tapi cukup tenang untuk menjaringkan gol. Perancangan taktikal yang jitu rangkaian HC Zainal, Asri dan Nidzam diharap menjadi untuk MU terus menjadi pencabar dalam saingan LSM2019.

Gegau Melaka United Gegau


16 February, 2019

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke 53 : Ayahanda dan Bonda


16 Feb : Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke - 53 buat Ayahanda Ithinin Talif dan Bonda Zaleha Husin. Doa kami semua, semoga Ayah dan Bonda dipanjangkan umur yang berkat, dikurniai kesihatan yang baik, sentiasa dipayungi rahmat Allah SWT.




Kenangan Terindah : Jasin 2017
Alhamdulillah




Semoga kita semua mendapat rahmat Allah SWT.

Aamiin


15 February, 2019

Salam Jumaat : 10 JamadilAkhir 1440H


Salam Jumaat, semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT.









Perkenankanlah Ya Allah.

Semoga kita semua
dipermudahkan urusan
dan dikurniakan kesihatan
Yang baik.

Aamiin


14 February, 2019

Sepit Udang@Permatang Bukit Merlimau



Pokok Sepit Udang berbunga dengan warna yang menarik. Ditanam oleh ayahanda dibelakang rumah, sedang mekar berbunga berwarna merah kuning tanpa ada bau.

Sepit Udang/Heliconia pernah juga menjadi bunga tema untuk Royal Floria di Putrajaya.














Semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT. Aamiin.