25 February, 2015

Jom Jengah PANDA..

Hari ini 25 Feb 2015 : Pos Malaysia mengeluarkan Sampul Surat Hari Pertama Projek Konservasi Panda Gergasi dan Setem gambar Xing Xing dan Liang Liang, pasangan Panda yang dipinjamkan dari China.

Jadi jam 0830 pagi dah ke Pejabat Pos Merlimau, salah satu Pejabat Pos lama di Malaysia. Ingat kan tak ada orang yang membeli Sampul Surat tersebut tapi dah ada 4 orang yang ingin mendapatkan setem tersebut...hmm otai-otai ma, kaum Cina ...memang pengumpul koleksi tegar gaknya. Akhirnya dipermudahkan urusan dapatlah koleksi lengkap Sampul Surat Hari Pertama Panda, setem dan lembaran mini setem dengan harga RM9.90


Sampul Surat Hari Pertama berserta Cop Khas
Projek Kerjasama Antarabangsa
Konservasi Panda Gergasi

Setem Xing Xing dan Liang Liang
Lembaran Mini Setem RM 8
Risalah maklumat Panda

Fakta menarik pasangan Panda Gergasi ini :

- pasangan panda dilahirkan di Wolong National Natural Reserve, Sichuan pada 23 Ogos 2006.

- Ikon Sukan Olimpik di Beijing pada tahun 2008.

- Rebung, epal, lobak merah dan wu wu tou ( sejenis pau ) telah dihidangkan semasa penerbangan dari negara China ke Malaysia.

- Pasangan panda telah menerima Sijil Malaysia MySecondhome (MM2H) untuk bermastautin di Malaysia selama 10 tahun.

- Xing Xing mempunyai dahi yang lebih luas dan hidungnya yang lebih lebar dan sedikit herot manakala muka Liang Liang adalah lebih bulat dan hidungnya kelihatan lebih mancung dan panjang.

Diharapkan pasangan panda ini akan melahirkan anak selepas musim mengawan iaitu dari bulan Mei hingga Julai.


Entah bila nak melihat sendiri pasangan Panda ini di Zoo Negara Kuala Lumpur. Tunggu depa beranak gamaknya...

Apa pun semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT


16 February, 2015

Layan Go Shop : My Qalam dan Shin Ramyun

Macam-macam cara sekarang nak membeli belah, terbaru Ch 118 Astro dengan Go Shop, terpengaruh ler juga bila terlihat item seperti My Qalam dan Shin Ramyun (Produk Korea Noodle Soup yang di katakan mencapai jualan tertinggi untuk ekspot ke luar negara)

Apalagi call je : 1-800-82-0088 bayar bila barangan yang dipesan tiba didepan rumah...hahahaha..macam mana ler gaknye jika ada orang menyamar guna nama alamat dan no hp..mau tak gelabah dibuatnya bila barang tiba depan rumah...hmmmm

Aku macam biasa dekat 7 hari barang baru sampai, puasler buat e-tracking perkhidmatan GDex, takut barang sampai kita takde kat rumah..begitulah terjadi bila tatkala aku ronda ke Muar hari Ahad, dia orang call nak hantar barang, nasib baiklah Kak Long duk rumah..macam-macam..

Harga rasanya memang murah seperti My Qalam (Pen Pintar) Al Quran berserta dengan barang iringan lain. RM199 Jimat kos...begitu juga mee segera jenama Shin Ramyun keluaran Nongshim Korea diperakui HALAL oleh Korea Muslim Federation dan diikihtiraf oleh pihak JAKIM...bahana Running Man pekena ler juga ramen Korea. Dapat pula barang iringan periuk dan 2 mangkuk ..hahaha..made in korea kut...RM99



















Selepas ni barangan apa pula dalam perhatian...Ada TV, Tablet, HP..boleh beli..Ada Duit Macam-macam boleh beli...semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT


03 February, 2015

Ayam Hutan (Gallus gallus) : Merlimau

Kali ini kisah ayam hutan (Gallus gallus) : Merlimau. Bermulanya kisah tentang penemuan 4 biji telur ayam hutan secara tak sengaja, dah lama rasanya menebas-nebas daun rumput kat tanah kebun tu...maka tetiba berterbangan seekor ayam hutan..terperanjat ler jugak ..tak sangka tanah kebun situ jadi tempatnya bertelur. Maka bila dilihat lokasi tersebut, ternampaklah 4 biji telur..jadi biarlah tanpa diusik hanya ditanda untuk mudah pencarian semula...

Petang tu call Mie ...adik ipar yang cukup obses dengan ayam hutan...maka petang keesokan harinya barulah mula menjengah kembali tempat telur ayam hutan tu dan masih lagi berkeadaan baik telur tersebut. Maka bermulalah kronologi cerita telur ayam hutan : Merlimau ke Kg Kandang untuk proses pengeraman seterusnya...Mulanya risau jugak takut-takut tak menetas namun Allah swt penentu segala. Dua hari lepas telur ayam hutan : Merlimau berjaya menetas kesemuanya...pengeraman bersama ibu angkat telah menjadi tujuh ekor ayam kesemuanya...syukur..

Kronologi bergambar :








Bertambah biak lah nampaknya ternakan ayam hutan adik ipar sesuai dengan minatnya, bila difikir-fikir puaslah juga makan daging ayam hutan hasil pemberian Mie, pekena pula masakan ayam hutan goreng bersambal bonda tersayang...terbaikkk. 

Hasil pemeliharaan ayam hutan di Kg. Kandang, Melaka : sama ada ditangkap hidup juga hasil pengeraman. Sebenarnya tak pernah pun mengikut Mie untuk memikat@meracik ayam hutan...hahaha..









Sampul Surat Hari Pertama bertarikh 1 Ogos 2001 adalah bertemakan Ayam Katik (Malaysian Bantams) . Penerangan ringkas di Sampul surat Hari Pertama tersebut : Ayam Katik di Malaysia terutamanya Ayam Serama, Ayam kapan dan Ayam Hutan adalah sangat dihargai kerana kecantikannya. Pemeliharaan Ayam katik akan kekal sebagai hobi yang sangat diminati pada tahun-tahun yang akan datang...


Begitulah kisahnya Ayam Hutan : Merlimau. Apa pun semoga kehidupan kita semua akan dirahmati dan diberkati Allah swt..











02 February, 2015

Cenderahati dari The Coca Cola Company (Kedai MyNEWs)

Bulan Februari muncul kembali...macam biasa sambil jenjalan di Jusco Ayer Keroh untuk ke Popular Book Store dan DIY Shop sempat menjengah ke Kedai Serbaneka MyNEWs untuk melihat apa cenderahati istimewa bulan ini dari produk-produk di kedai tersebut maka dapatlah menambah koleksi edisi khas Rantai Kunci dari The Coca Cola Company dengan syarat pembelian 2 botol air 500ml jenama dibawah keluaran syarikat tersebut maka jenama A&W dan Fanta Oren jadi pilihan.


Limited Edition : Hanya satu bentuk
sahaja key chain ni
Lepas ni kena jengah pula ke 7E, apa pula tarikan bulan Februari, jika bulan lepas menambah lagi koleksi mug dan tumbler apabila membeli jenama Rilakkuma..




Seperkara lagi di Popular Book Store dapat menambah lagi koleksi bahan bacaan dengan pembelian buku Kenal Untuk Cinta : Biografi Lengkap Rasulullah SAW. Menariknya ada tawaran 25% untuk pembelian buku-buku agama ketika ini. Jom jengah....



Semoga kehidupan kita semua dilimpahi rahmat dan diberkati Allah swt..


01 February, 2015

Februari 2015M/RabiulAkhir/JamadilAwal 1436H

Februari muncul kembali....

Berikut antara aktiviti menarik sepanjang Bulan Februari 2015 :

Hari Wilayah Persekutuan : 1 Februari 2015 : Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya tingkat imej bandar raya metropolis maju dan harmoni. Tema tahun ini "Wilayahku Ceria".

Thaipusam : 3 Februari 2015 : Batu Caves, Selayang, Selangor : Penganjur Batu Caves Hindu Association.

ISTAF Super Series : 5 Februari - 8 Februari 2015 : Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, Melaka : Bagi penggemar sukan sepaktakraw, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kejohananan hebat di rantau ini.

Pameran Sengat dan Racun : 8 Februari 2015 hingga 8 Julai 2015 : Muzium Negara.

Pesta Layang-Layang Sedunia: 11 - 15 Februari 2015 : Bukit Layang-Layang Pasir Gudang Johor : Acara tahunan yang disertai para pelayang yang datang dari seluruh pelusuk dunia. 

Tahun Baru Cina : 19 Feb dan 20 Feb 2015 : Cuti Umum.

Pesta Perarakan Chingay : 26 Februari 2015 : Johor Bahru, Johor : Chingay ialah perarakan jalanan yang merupakan sebahagian daripada acara sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Perayaan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina : 28 Februari 2015 : Teluk Intan, Perak : Alami perayaan dalam sambutan Rumah Terbuka.

Selamat menempuh Bulan Februari/Rabiulakhir/Jamadilawal..semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah swt.