Koleksi setem dalam simpanan sudah berdekad-dekad lama usianya. Tidak silap sejak tahun 70an sudah mula menjadi hobi. Tapi tidaklah sampai menimbun albumnya, cuma koleksi setem tersebut benar-benar meninggalkan nostalgia buat diri sendiri. Pemberian dari rakan, kiriman pos dari saudara mara..
Setem ialah hasil seni yang kecil yang merakamkan cara hidup, budaya dan pencapaian masyarakat. Setem suatu karya seni yang menarik serta banyak memberikan maklumat kepada kita. Jutaan orang di serata dunia mengumpul setem.
Di Malaysia setem pos terbahagi kepada tiga jenis iaitu setem definitif (dengan nilai tinggi dan rendah yang ditetapkan), setem kenang-kenangan dan setem keluaran khas.
Setem definitif dikeluarkan bagi tujuan pengiriman yang biasa. Setem siri nasional diterbitkan pada kadar nilai yang lebih tinggi manakala setem siri negeri pada kadar nilai yang lebih rendah.
Setem kenang-kenangan dikeluarkan bagi memperingati peristiwa bersejarah di dalam negara dan antarabangsa misalnya memperingati kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 buat pertama kali.
Setem Keluaran Khas dikeluarkan bagi menggambarkan unsur-unsur unik yang terdapat di Malaysia seperti alam flora dan fauna, budaya tempatan dan seni bina negara.
|
Album terbaru Clear Book File
|
|
Koleksi Setem Malaya
|
|
Setem Malacca masih ada Cap Pos Merlimau |
|
Setem Keluaran Khas : Flora dan Fauna |
|
Setem keluaran khas : Siri Fauna
|
|
Setem Definitif
|
|
Setem kenang-kenangan :
Juara AFF Suzuki 2010 |
|
From Brunei With Love
|
|
Lembaran Setem : Siri Pejabat Pos Lama
Pejabat Pos Merlimau pun ada |
|
Setem Christmas Island 80an :
Dpd Mohd Rafid Sameon (Umbai) |
|
New Zealand 1993 : Nostalgia
|
|
Singapore Stamp |
Koleksi setem akan diteruskan dengan penceritaan Siri Sampul Surat Hari Pertama. Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah swt.
No comments:
Post a Comment