17 October, 2020

17/10/2020 : #kitaJAGAkita

 Sabtu : #kitaJAGAkita

Angka +ve COVID-19 semakin meningkat di Malaysia. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.



Aamiin

11 October, 2020

Sepuloh Sepuloh DuaPuloh DuaPuloh

 

10 Oktober 2020 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Rutin pemanduan ke BJB. Hari ini tarikh 10.10.2020 ramai yang memilih untuk majlis walimatulurus. #alhamdulillah. Bersama isteri menghadiri jemputan majlis perkahwinan dari rakan sekelas Tingkatan Enam - Cikgu Mala. Tahniah Cikgu Mala menerima dua menantu hari ini. #astanaWarisanMerlimau


Jam 5pm di Restoran Mee Bandung Satay Atok Aji Ayer Keroh untuk bertemu rakan sekelas Darjah 6 (1978) Tn Malek dan pemilik Restoran berkenaan Tn Ismail. #alhamdulillah

Semoga semuanya sihat sejahtera.




Malam majlis bacaan Surah Yaasin untuk Almarhum Tok Husin di Kg Permatang Bukit Dua. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

06 October, 2020

6 Oktober 2020 : #691PKPP : Selasa

 

6 Okt 2020 : #kitaJAGAkita

Selasa : Rutin pemanduan seperti biasa. Cuaca panas hari ini. Petang ke Bengkel kereta, tanggalkan step/pemijak kaki Avanza..dah tanggal skru,sudah berusia 12 tahun, berkeriut,berbunyi,kekadang besi bergeser dengan bonggol maka keluarlah bunyi geseran...macam-macam alasan ...upah tanggal tokey caj rm30. Bertabahlah...janji sudah ditanggalkan @bengkel Tmn Muhibah.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


05 October, 2020

Isnin : PKPP : 5/10/20

 

5 Oktober 2020 : #kitaJAGAkita

Isnin : Rutin pemanduan seperti biasa. Petang minum petang di Medan Selera Jeti Kuala Sempang - Kopi jantan Ais, samosa Kentang, tauhu sumbat, roti Jala Kuah Kari. Cuaca panas hari ini, sempat membeli bawal hitam, ikan selar kuning untuk lauk esok lusa.




Angka +ve COVID-19 makin meningkat dengan kemunculan kluster baharu.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


04 October, 2020

3 Oktober 2020 : Selamat Hari Lahir Abah : #87

 

3 Oktober 2020 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-87 buat Ayahanda Ithinin bin Talif. Semoga dipanjangkan Umur, dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat, sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Aamiin... 



Hujan awal sekitar jam 3am.Dingin suasana pagi ini. Rutin pemanduan ke BJB,hantar Riya berLSK.

Malam ke Pulau Melaka..meraikan sambutan Hari Lahir Abah,Nek Yah dan Cikgu Chom...semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin



02 October, 2020

Jumaat : PKPP : 2 Oktober 2020

 

2 Oktober 2020 : #kitaJAGAkita

Jumaat : Rutin pemanduan seperti biasa kecuali BJB. Bersama Rejab, Zahar, Dak Pop pokde Lan bersarapan di Kedai Pak Chamet. #alhamdulillah. Cuaca panas hari ini. Solat Jumaat : Tajuk khutbah ' Pengurusan wang dengan berhemah' semoga kita semua beroleh kesejahteraan dan rahmat Allah SWT.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


01 October, 2020

1 Oktober 2020 : PKPP : KHAMIS

 

1 Oktober 2020 : #kitaJAGAkita

Khamis : Rutin pemanduan seperti biasa.Hujan lebat awal pagi, menjelang petang terasa bahang cuaca panas.


Jam 11pm hujan turun semula. Petang tadi sempat minum petang bersama Zahar di Medan Selera Jeti Kuala Sempang-cekodok bilis,tahu sumbat,Kopi jantan. #alhamdulillah.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin