Hari ke dua di PD, kami ke arah Broga. Dua lokasi tumpuan adalah Rabbit Fun Land dan Bukit Broga. Pembacaan dari blog membuat rasa ingin tahu kawasan tumpuan tersebut, apatah lagi hampir berada dengan lokasi antara PD dan Broga.
Bergerak jam 10 pagi melalui Tol Port Dickson menuju Seremban dan keluar Tol Putra Mahkota (Exit 213) untuk ke lokasi...merentas Semenyih dan melalui Universiti Nottingham Malaysia di sebelah kiri luas kawasan kampus. Akhirnya kami sampai ke Rabbit Fun Land seperti yang dihajatkan.
|
Harga Masuk RM 5
Carrot RM 10 |
|
Artikel Utusan Kota |
|
Ikon Arnab....macam-macam baka ada |
|
Kawasan lapang untuk arnab |
|
Kerbau Albino pun ada |
|
Hitam putih Kehidupan.. |
|
Jinak-jinak Rusa |
|
Anak Rusa nani.....hihihi |
|
Titi Goyang..hmmm |
Selain arnab, pelbagai binatang lain turut di pelihara di kawasan tersebut, seperti rusa, kerbau, angsa, keldai, kuda pony, kambing..kandangnya pula pagar dan kayu ..nampak lebih natural gaknya..boleh memberi makan binatang tersebut dengan lobak merah yang dibeli. Kawasan yang di jaga rapi namun dari satu segi nampak usang dengan susun atur kandangnya serta struktur bangunan. Lebih natural agaknya. Mungkin boleh di variasi dengan menambah kolam ikan untuk di pancing atau sesi pertunjukan arnab...hihi..
Setelah ber'mesra' dengan haiwan di situ bergerak ke satu lagi kawasan berhadapan Rabbit Fun Land iaitu kawasan Bukit Broga...tapi tidaklah kami mendaki sekadar menjejak lokasi tumpuan ..kawasan parkir...hahaha...janji pernah terjah...nak mengejar solat Jumaat ler..
|
Papan Tanda paling sempoi |
|
Broga Hill dari kejauhan |
Perjalanan balik merentas LEKAS ...lebih jimat masa keluar melalui Bandar Seremban masuk pula ke Lebuhraya PD dan sempat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kem PUSASDA, Port Dickson..tempat jatuh lagi dikenang..nostalgia.. yang lain macam biasa menjelajah Muzium Tentera Darat..satu lagi ikon pelancongan Port Dickson.
|
Qwan.. |
|
Biar Putih Tulang... |
|
Sekerat jalan sahaja meneroka
terowong...hmmm |
|
Yang atas tu dulu bilik Platun 1 dan 2 Komp Alpha..
nostalgia sungguh
|
Selepas itu JJCM...diteruskan ke lokasi pilihan ramai iaitu Cowboy Place..menikmati Nasi Kukus, Ayam Panggang dengan sos istimewa beralaskan pinggan polistrine..cukup sempoi tapi Qwan sampai menjilat jari ..siap suruh bungkus lagi...sedap ler tu..hmmm
|
Tersergam papan iklan ...bravoo |
|
Lokasi wajib berfoto..hihi
patut pakai topi koboi.. |
|
Menu berserta harga |
|
Ayam panggang Koboi.. |
|
Kreatif pemilik Cowboy Place |
Akhirnya hasrat untuk menjejaki ke lokasi pilihan seperti yang dirancang terlaksana..dipermudahkan segala urusan..Check out 20 November 2014 untuk memenuhi pula dua undangan jemputan majlis Walimatulurus di Melaka Bandaraya Bersejarah.
Disember 2014 : Port Dickson : Bandar Tentera Darat dalam kenangan.
Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah swt.
No comments:
Post a Comment