Aura berlibur masih terasa meski pun baru ke pelancongan taman tema dan tanah tinggi. Kali ini cuti rehat yang diluluskan untuk isteri diisi dengan percutian pantai. Mana lagi kalau bukan ke Port Dickson walau pun pada 31 Ogos lepas telah ke daerah ini.
Penginapan macam biasa ke Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan (RPN9). Penginapan bajet RM80 2 malam, malah jalan masuk ke sana bertambah baik apatah lagi projek mega The Hibiscus sedang rancak dilaksanakan menjelang pelancaran pembukaan di jangka pada Tahun Baru Cina 2015.
Dua malam di RPN9, hanya kami sekeluarga sahaja yang bermalam..seolah-olah telah booking keseluruhan kawasan tersebut...hahaha...ramai yang membatalkan saat akhir tempahan ikut kata En Aris : Pengurus RPN9...musim kahwin agaknya...penuh jemputan..
Dua malam di RPN9, hanya kami sekeluarga sahaja yang bermalam..seolah-olah telah booking keseluruhan kawasan tersebut...hahaha...ramai yang membatalkan saat akhir tempahan ikut kata En Aris : Pengurus RPN9...musim kahwin agaknya...penuh jemputan..
Percutian kali ini kami terjah ke tarikan terbaru Bandar Tentera Darat iaitu Art Gallery 3D Alive di Dataran Segar Lukut. Menyusuri malam PD Waterfront dan bersantai pekena Char Kuey Teow Power di deretan gerai terbuka di bandar tersebut..nostalgia.
Rumah Peranginan N9..my fav |
The Hibiscus dari RPN9 |
Pembangunan Mega The Hibiscus |
Tarikan terbaru galeri 3D memang menyeronokkan dengan lukisan 3D yang cantik, tak dapat ke utara Penang, pengunjung di kawasan selatan tanahair boleh ke sini untuk berfoto dan bergaya, masih dalam harga promosi sepanjang cuti persekolahan. Hampir 50 lukisan 3D terdapat di sini dan anda boleh bergambar gayasakan mengikut tip foto yang disediakan.
Larangan kasut bertumit |
Qwan and Panda.. |
Nostalgia di Turki |
Selepas bergambar bergaya, terjah pula ke Blue Lagoon...my fav beach..dah ada taman permainan kanak-kanak dan tandas bertambah cantik serta bertambah harganya RM1..sekarang..
Pantai Tanjung Biru : Aku rindu selalu.. |
Pengisian Program Pelancongan Bandar Tentera Darat |
Sebelah malam ke deretan gerai terbuka di tepi jeti maritim PD, menyusuri PD Waterfront dan singgah funfair PD..ada 2 tapak funfair sedang berpesta..hahaha..macam tapak pesta Pulau Pinang pulak..
Funfair dalam kenangan |
Selamat berhujung minggu, semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah swt..
No comments:
Post a Comment