Jumaat 5 Disember 2014M bersamaan 12 Safar 1436H.
Kamus Dewan Edisi Ke Empat DBP 2008 :
Pengertian Koleksi : a. sesuatu yang dikumpulkan
b. pengumpulan sesuatu untuk kajian, perbandingan/pameran
Pengertian Hobi : - kegemaran yang diamalkan dan bukan pekerjaan yang utama (seperti mengumpul setem, membaca dan lain-lain)
Kamus Dewan Edisi Ke Empat DBP 2008 :
Pengertian Koleksi : a. sesuatu yang dikumpulkan
b. pengumpulan sesuatu untuk kajian, perbandingan/pameran
Pengertian Hobi : - kegemaran yang diamalkan dan bukan pekerjaan yang utama (seperti mengumpul setem, membaca dan lain-lain)
Pengisian ruang masa hari ini tentang siri koleksi kadfon pelbagai yang disimpan sejak berdekad lamanya, hahaha..retro.
Siri pertama adalah koleksi kadfon, hampir 20 tahun lebih dalam simpanan. Apatah lagi zaman percintaan dulu sekitar 90an..hanya bergayut dengan telefon awam, ikut turn nak dengar gemersik suara insan tersayang : Puan Halimah..Hanya kau yang satu..tiada yang lain , percintaan pilihan keluarga...ermmm nostalgia.
Berikut siri koleksi kadfon yang lebih tertumpu kepada keluaran Uniphone Syarikat Sapura Holding dan ditambah dengan pelbagai koleksi kadfon Telekom Malaysia dan kad-kad seperti kad Astro, kad ahli Aeon (Jusco), kad nilai tambah Celcom, Digi, Maxis, Tune Talks, I Talks, dsbnya.
Teringat dalam 90an dulu pernah memenangi peraduan kadfon Uniphone, tak silap RM 300.
Apa pun koleksi kadfon meninggalkan nostalgia buat diri sendiri. Layannn....
Apa pun koleksi kadfon meninggalkan nostalgia buat diri sendiri. Layannn....
Katalog Uniphone 1994 |
Ruang Iklan Uniphone : 90an |
Dari Kadfon pun kita boleh mengenali sejarah |
Alam dan Masjid |
Alam dan Fauna |
Tema : Bangunan |
Bagi pengumpul koleksi kadfon, tentu punya citarasa tersendiri, ada yang mengumpul koleksi mengikut tema seperti tema alam, buah-buahan, pantai, bangunan, lukisan kartun dan sebagainya.
Harga kadfon terpakai ini pun berbeza, ada yang RM 1 sekeping mungkin ikut edisi terhad agaknya tapi bagi pengumpul tegar, anda boleh mendapatkan koleksi kadfon dengan harga 30 sen sekeping di Muzium Setem di Bandar Hilir, Melaka.
Akhir kata : Semoga kehidupan kita semua diberkati Allah swt.
No comments:
Post a Comment