14 January, 2015

Santai Di Melaka : Warung Lempeng Kak Noor, Kg Air Tawar, Merlimau.

Santai di Melaka..macam-macam ada. Kali ni nak bercerita tentang warung yang terletak di Kg Air Tawar, Merlimau Melaka. Lokasi yang berhampiran dengan pejabat FAMA Kawasan Merlimau, di tepi jalan sahaja dan anda perlu melalui jalan lama untuk ke sana. Maksudnya tidak perlu mengikut Lebuh AMJ, senang cerita cari arah ke Pekan Sungai Rambai. Akan kelihatan banner Warung Hajah Mak Temah..yang diusahakan bersama anaknya. Menu pilihan yang popular di kalangan penduduk setempat pastinya Lempeng Kelapa yang boleh dicicah dengan pelbagai pilihan aneka sambal : Sambal bilis, sambal kupang, sambal kerang, sambal telur ayam, telur puyuh, sambal sotong, sambal hijau...macam-macam ada..

Bukan itu sahaja, ada pelbagai menu sarapan pagi : istimewanya lempeng kelapa/dadar dan pakej ubi rebus (ikan kering dan sambal). Untuk yang ingin tercari-cari menu untuk bersarapan pagi disyorkan mencuba jamu selera di sini. 

Indahnya Melaka :


Waktu Warung beroperasi

Mcm-mcm Menu ada

Sibuk Taukeh hari ni : Semoga terus
berjaya.

Lempeng dan ubi : Retro 

Tapau : RM 3 sebungkus

Selamat menjamu selera dengan menu pilihan anda dan selamat berlibur ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah swt.


06 January, 2015

2015 : Air Panas Jasin (Jasin Hot Springs)

Dari Muzium Pengangkutan Melaka, kami terjah pula ke Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park di Kg Ayer Panas, Bemban, Jasin Melaka. Pernah buat ulasan tahun 2011 dulu tapi bila tengok banner promosi pelbagai di sana, teringin nak lihat perubahan terkini. 

Harga masih macam dulu : Dewasa RM6 dan kanak-kanak RM3 (tapi kena ukur ketinggian ler dulu, jika mencapai 135cm dah kira harga dewasa ...mcm-mcm) dulu ikut tahap umur..tapi untuk kunjungan ke dua, anda simpan tiket masuk untuk mendapat diskaun RM1

Penambahan dua kolam besar menambah daya tarikan namun untuk masuk ke kolam tersebut ada bayaran lagi...hmmm RM5. Di kawasan air panas cuma tambahan kolam kecil.

Waktu beroperasinya ialah pada hari Isnin dari jam 3 petang hingga 12 tengah malam manakala Selasa hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam. Jumaat hingga Ahad pula dari jam 9 pagi hingga 2 pagi. Yang istimewanya anda boleh membawa masuk makanan dari luar jadi bolehlah menjamu selera di kawasan tersebut.
  
Dan kemudahan bilik untuk bersolat turut disediakan. Masuk waktu, azan akan kedengaran dari corong radio...































Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah, semoga kehidupan kita dirahmati dan diberkati Allah swt.


05 January, 2015

Muzium Pengangkutan Melaka : Auto City Melaka

Dah lama sebenarnya lalu sahaja kat kawasan Auto City MITC, Ayer Keroh, tempat letaknya Muzium Pengangkutan Melaka. 

Petang 3 Jan 2015 dari Masjid Cina Melaka terus singgah jengah tempat tersebut. Sudah ditutup rupanya. Tapi dapat lah ambil gambar-gambar dari luar bangunan sekadar maklumat ringkas. 

- Harga masuk dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5 lebih mahal dari harga muzium-muzium lain di Melaka :kos sewa bangunan dan kos sewa bahan pameran gaknya.

- Lokasi memang mudah nak dituju tapi nampak lesu suasana sekeliling.

- Papan tanda arah jika dari MITC pun dah berubah arahnya..berpusing ke lain nampaknya




Info Waktu Operasi dan harga

Kereta Klasik
Retro



Jet pejuang pun ada

Selamat mengunjungi Muzium dan Galeri di Melaka, semoga kehidupan kita dirahmati dan diberkati Allah swt.

04 January, 2015

Libur Hujung Minggu : Masjid Cina Negeri Melaka

Maulidur Rasul 1436H semalam, tergerak hati untuk melihat sendiri satu lagi keunikan senibina di Melaka iaitu Masjid Cina yang dibina berasaskan rekabentuk senibina Negara China. Selain untuk kemudahan beribadah masyarakat Islam setempat, ia juga memberikan kemudahan kepada masyarakat Cina Muslim untuk melaksanakan program-program mereka. 

Masjid Cina Negeri Melaka terletak bersebelahan dengan Wisma MAFA@MUSA (Persatuan Bolasepak Negeri Melaka) dan berhadapan dengan padang bola di bawah pengurusan pihak MUSA. Untuk lebih mudah kesini, anda perlu mencari arah ke Stadium Hang Jebat di Krubong, Melaka.

Bahkan ketika berkunjung ke situ, lokasi tersebut menjadi pilihan pasangan pengantin untuk sesi bergambar bagi mengabadikan memori indah di sebalik keunikan masjid berunsurkan senibina Negara China.

Muncul satu lagi daya tarikan pelancongan Melaka Bandaraya Bersejarah :

Pintu gerbang Masjid Cina









Menara dikiri dan kanan Masjid


Ruang dalaman Masjid Cina





Lanskap pokok buluh

Selamat berkunjung ke Melaka, semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah swt.


03 January, 2015

12 RabiulAwal 1436H








Biodata Rasulullah SAW :

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh Lahir : Subuh Hari Isnin, 12 RabiulAwal bersamaan 20 April 571 Masehi di kenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa Tentera Bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah.

Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh pertama : Barakah Al Habsyiyyah ( Digelar Ummu Aiman - hamba perempuan bapa Rasulullah SAW )

Ibu susu pertama : Thuwaibah ( hamba perempuan Abu Lahab )

Ibu susu ke dua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah ( lebih dikenali Halimah As Saadiah, suaminya bernama Abu Kabsyah )


Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW



01 January, 2015

Januari 2015M/RabiulAwal/RabiulAkhir 1436H




Berikut antara aktiviti menarik sepanjang Bulan Januari 2015 :

Karnival Muamalah Islam dan Kempen Jom Berzakat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 1436H : 01 Januari - 04 Januari 2015 : Pusat Islam Melaka : Selamat berkunjung ke Melaka dan penuhi hujung minggu anda dengan mengunjungi karnival ini, pelbagai aktiviti menarik diadakan.




Sambutan Maulidur Rasul : Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W 
3 Januari 2014M bersamaan 12 Rabiul Awal 1436H

MyFest 2015 Grand Launch Showcasing Citrawarna : 10 Januari 2015 : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

KL Light Festival : 10 Januari - 16 Januari 2015 : Market Square, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Royal Langkawi International Regatta : 12 Januari - 17 Januari 2015 : Langkawi, Kedah :
Saksikan aksi secara langsung di mana kapal layar dari pelbagai negara bersaing di laut. Acara berprestij ini menarik penyertaan peluncur dan pelayar dari seluruh pelusuk dunia.

Tioman International Classic Surfing : 29 Januari - 31 Januari 2015 : Kg Juara, Pulau Tioman Pahang.


Selamat menempuh Bulan Januari/RabiulAwal/RabiulAkhir : semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah swt