18 April, 2015

Pokok Kekabu (Ceiba Pentandra) Merlimau Melaka

Entri tentang pokok kekabu pernah aku ulas pada 25 Jan 2011...pantas masa berlalu kisah tentang pokok kekabu di Jalan Mawar, Felda Pasir Besar, Gemas. 

Kali ini  kisah pokok kekabu berhadapan rumah emak saudara di Merlimau, Melaka. Pastinya anak-anak pun tidak mengenali spesis pokok tersebut. Teringat dulu-dulu bantal kekabu lah yang menjadi pengalas, peneman waktu tidur. Pernah beli bantal tersebut di Uptown Damansara dengan harga RM18 sekitar tahun 2011. Harga dahulu, sekarang dengan GST mahu bertambah mahal...klasik pulak tu..nostalgia.

Nama Tempatan : Pokok Kekabu

Nama Saintifik : Ceiba Pentandra

Nama lain : Pokok Kapuk

Famili : Bombacaceae

Asal : Amerika Tengah, Utara Amerika Selatan dan Asia Tenggara (Malaysia)

Pernah terbaca blog yang mengatakan di Semenanjung Malaysia, pokok kekabu banyak terdapat di Perak...kena kaji juga tu..kat Perak apa pula panggilan untuk pokok tersebut.











Bantal..tilam berisikan kekabu...nostalgia

Semoga kehidupan kita semua dilimpahi rahmat dan diberkati Allah SWT..

13 April, 2015

Pos Malaysia : FDC : 13 April 2015 : Hidupan Laut Terancam + GST



13 April 2015 : Pos Malaysia mengeluarkan satu lagi Sampul Surat Hari Pertama (FDC) dengan bertemakan Hidupan Laut Terancam. Eksploitasi dan aktiviti tidak bertanggungjawab manusia merupakan faktor utama yang membawa kepada kepupusan pelbagai spesis hidupan laut antaranya seperti ikan paus, ikan lumba-lumba, yu dan jerung.

Bagi FDC hari ini setem ikan pari gergaji jarang, ikan paus biru, paus pembunuh dan paus bongkok dikeluarkan dan bagi pengumpul tegar koleksi FDC pasti tidak ketinggalan mendapatkannya di Pejabat Pos seluruh negara. 

Fakta menarik buat sekian kalinya sejak diperkenal GST, maka pembeli FDC terpaksalah membayar harga koleksi tersebut berserta GST...sabo je la..ikut kata kerani Pos, GST dikenakan untuk pembelian koleksi Sampul Surat Hari Pertama (FDC), kira mudah apa sahaja item seperti setem miniatur, sampul surat, folder FDC. 

Harga sebenar setem dan sampul surat RM 8.30 tambah GST jadilah RM 8.80...




Setem miniatur : Paus Bongkok

Risalah tentang Hidupan Laut Terancam


Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dilimpahi rahmat Allah SWT.


01 April, 2015

April 2015M/ JamadilAkhir/ Rejab 1436H

Bulan April 2015 pasti meninggalkan catatan sejarah buat rakyat Malaysia kerana tanggal 1 April bermulanya pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

GST dilaksanakan bagi menggantikan SST bertujuan mengelak cukai terselindung, mengelak cukai bertindih, mengelak caj perkhidmatan disembunyikan, mengelak perbuatan khianat peruncit dan peniaga...macam-macam tujuan. Sumber Berita Harian 25 Mac 2015.

Apa pun yang pasti perbelanjaan isi rumah akan meningkat. Dan adakah semua pihak akan mendapat keuntungan daripada GST ini.....tunggu dan lihat sajalah..

Berikut antara aktiviti menarik Bulan April 2015 :

Nasi Ambeng Festival : April 2015 : Homestay Banghuris, Sepang Selangor : Memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan pelancong asing untuk mengalami keunikan makanan Jawa yang diberi nama Nasi Ambeng.

Muzikal Rejang : 1 April - 12 April 2015 : Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Ironman 70.3 Putrajaya : 5 April 2015 : Presint 2 Putrajaya : Menguji daya tahan mental dan fizikal melibatkan peserta dari seluruh dunia. Menuju ke tahun ketiga penganjurannya.

Karnival Silat Nusantara : 6 - 7 April 2015 :MPKB - BRI Hall, Kelantan : Menampilkan pesilat-pesilat dari Malaysia dan luar negara. Demonstrasi, bengkel, pameran dan persembahan silat dari seluruh pelusuk nusantara.

International Art Market Fair : 1 April - 1 Mei 2015 : Balai Seni Visual Negara.

Penang World Music Festival 2015 : 11 - 12 April 2015 :Quarry Park, Penang Botanic Gardens : Saksikan persembahan hebat pemuzik dari Brazil, Bulgaria dan banyak lagi menampilkan persembahan muzikal tradisional, fusion dan moden.

Hari Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah : 15 April 2015 : Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Labuan National Water Festival : 24 - 26 April 2015 : Labuan :Menampilkan aktiviti sukan yang santai dan ekstrem seperti acara berenang, sukan rakyat.

Regatta Lepa : 24 - 26 April 2015 : Semporna, Sabah : Saksikan keunikan bot-bot berhias yang dipanggil sebagai Lepa yang merupakan pengangkutan tradisional bagi masyarakat Bajau yang tinggal di Semporna.

* Kredit : Majalah Libur dan Santai Harian Metro.

Selamat menempuh Bulan April/Jamadilakhir/Rejab, semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.