06 December, 2014

Ini Rumah Kita : Ini Koleksi Kita : Siri 2 : Rantai Kunci

Tanpa sedar koleksi rantai kunci makin lama makin banyak dalam simpanan, pemberian dari adik beradik, sanak saudara, pembelian semasa mengunjungi sesuatu tempat menarik dan cenderahati iringan apabila membeli sesuatu produk. 

Apa pun yang lebih eksklusif pastinya hadiah rantai kunci edisi terhad seperti rantai kunci PC Fair di MITC Melaka (pembelian melebihi RM300), rantai kunci AEON Jusco (cenderahati menjadi ahli), cenderahati filem Dred  (GSC Celebrating 25 years). 

Selain itu kedai serbaneka 7Eleven sering mempromosi cenderahati rantai kunci atas promosi yang dijalankan seperti dari pihak Nestle. Bagi pengumpul tegar rantai kunci, pasti akan turut membeli barangan yang dijual jika ada cenderahati iringan. Edisi Terhad ler katakan yang tidak terjual di pasaran. 

Setelah terkumpul banyaknya maka terpaksalah difikirkan untuk digantung supaya nampak menarik dan beginilah hasilnya :

Masih ada lagi dlm simpanan : Tunggu Giliran



Cenderahati Teh Oishi
From Japan With Love
Koleksi rantai kunci juga akan mengembalikan memori, mengingati siapa yang menghadiahkan ,nostalgia jika pernah berlibur ke tempat tersebut, jika membeli rantai kunci 'glow dark' maka dalam gelap akan terus bersinar...menambah aura suasana...hmmm

Eksklusif From AEON
Cer teka usia keychain misteri ini
Hari ini Sabtu : 6 Disember 2014, jemputan walimatulurus, akikah.indahnya Malaysia. Ke arah mana hendak dituju. Selamat berhujung minggu, semoga kehidupan kita semua diberkati Allah swt.













No comments:

Post a Comment