01 March, 2016

Diari Santai : Mac 2016

Bulan Mac muncul kembali, sudah menjangkau kita semua ke suku tahun 2016. Semoga apa yang dirancang telah berjaya dicapai dan semoga kehidupan kita semua diberkati, dirahmati Allah SWT.

Berikut antara aktiviti menarik Mac 2016 :

Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia Ke 83 : 01 Mac 2016 : Selamat Menyambut Ulangtahun Ke 83 buat semua perwira-perwira Tentera Darat Malaysia.

Melaka vs Negeri Sembilan (Liga Perdana 2016) : 01 Mac 2016 : Stadium Hang Jebat, Melaka : Gegau Melaka Gegau..semoga berjaya mendapatkan 3 mata untuk terus bersaing dalam Liga Perdana 2016.

Kejohanan Ping-Pong Antarabangsa (WTTC) : 01 Mac - 06 Mac 2016 : Pulau Pinang : Sila layari web http://volumeoneasia.com/ untuk info lanjut.

Selamat Hari Lahir buat anakanda tersayang Khairul Ikhwan Bin Rosli : 07 Mac 2016 
( 8 Tahun ) : Semoga anakanda diberkati, dirahmati dan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT. Aamiin.....

BMW Malaysia Open : 01 Mac - 31 Mac 2016 : Royal Selangor Golf Club, Selangor : Sila layari http://www.bmw-malaysiaopen.com untuk info lanjut.

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya : 11 Mac - 13 Mac 2016 : Monumen Alaf Baru Presint 2, Putrajaya : Berlibur bersama keluarga untuk melihat lebih dekat belon udara panas yang di datangkan khas dari pelbagai negara.

Raptor Watch Week 2016 : 12 Mac 2016 : Tanjung Tuan, Melaka : Sila layari web www.mnsrapstorwatch.wordpress.com untuk info lanjut.

Cuti Sekolah Pertengahan Penggal 1 : 12 Mac - 20 Mac 2016 : Selamat bercuti dan berlibur bersama keluarga tersayang. Cuti-cuti Malaysia : Dekat je....

*kredit untuk Santai Harian Metro.

Ya Allah...kurniakanlah kami sekeluarga kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat..aamiin