30 March, 2019

LSM 2019 : LS07 : MUNPRK : SERI


Lama berehat panjang, Liga Super Malaysia 2019 bersambung semula semalam. Bersama keluarga menjengah dahulu Fama fest wilayah selatan di Dataran MITC, cuaca panas membataskan 'rondaan' ke setiap booth jualan. Pekena menu daging salai, air jus avocado.

Setelah itu kami ke Estadio of Hang Jebat untuk menyaksikan perlawanan ke 7 : Melaka United bertemu Perak FA yang berkesudahan dengan keputusan Seri. Masing-masing pasukan buntu mencari pintu gol. Lama berehat perlawanan agak lembab, berlegar ditengah padang. Casagrande, Patrick masih gagal merencanakan gol. 

Pengadil merencatkan permainan, asyik tiup wisel,jatuh sikit wisel berbunyi...sabo je ler.








Semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT.


15 March, 2019

15.3.2019 : Sampul Surat Hari Pertama : Destinasi Pelancongan Melaka & Sarawak


Pagi ini jam 0830 pagi dah menjengah Pejabat Pos Merlimau untuk membeli Sampul Surat Hari Pertama bertemakan Destinasi Pelancongan : Melaka Dan Sarawak. Dapat no. giliran 2005 tetapi rasa tidak puas hati apabila orang pertama ingin membeli kesemua FDC tersebut,sepatutnya penjualan perlu terhad kepada 3 Sampul Surat sahaja setiap seorang seperti yang dilaksanakan di Pejabat Pos Besar Melaka, pengagihan yang adil untuk semua.

Akhirnya dengan sikap bertoleransi  staff Pos Merlimau berjaya juga mendapatkan 2 Sampul surat tersebut.

Bertambah lagi koleksi FDC, sekadar untuk hobi dan informasi sekeluarga.
Menariknya setem Rumah Demang Abdul Ghani yang terletak di Merlimau menjadi tema untuk Destinasi Pelancongan Melaka.







Brosur percuma


Selamat berhujung minggu, semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT. Aamiin.

07 March, 2019

Selamat Hari Lahir buat Anakanda Khairul Ikhwan


7 Mac 2019 : Selamat Hari Lahir ke 11 tahun buat Anakanda Khairul Ikhwan.

Doa kami semoga Khairul Ikhwan menjadi anak yang soleh,taat perintah agama, dikurniai kesihatan yang berkat, dipermudahkan untuk menerima ilmu pengetahuan dunia dan akhirat.

2019-menghadapi UPKK. Semoga sukses.







Semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT

Aamiin

01 March, 2019

1 Mac : HUT TENTERA DARAT KE - 86


Tahniah kepada seluruh warga TD pada hari ini kerana menyambut HUT TD Ke-86. Pasti pelbagai misi, aspirasi dirancang untuk menjadikan warga TD lebih berwibawa, mantap di era globalisasi ini.



Semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT.

Aamiin