01 December, 2012

Disember 2012/Muharam/Safar 1434H

Salam Muharam 1434H. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana kita masih dapat melayari bahtera kehidupan bersama insan-insan tersayang. Pantas masa berlalu, diam tak diam sudah sampai kita ke penghujung Tahun 2012 dan   telah kita menempuh, melalui Tahun Baru 1434H. Hari ini 1 Disember 2012 : bermula hari bagi penghujung tahun 2012, perancangan hari ini antaranya memenuhi tiga jemputan majlis jamuan perkahwinan dan jemputan jamuan majlis berkhatan. Bulan Disember penghujung setiap minggu pasti penuh dengan undangan majlis jamuan perkahwinan. Berderetan kad undangan berturutan setiap minggu sepanjang bulan ini. Next week : tahniah buat pasangan Syaz + Zana yang bakal diijab kabul pada 8 Disember 2012. Syukur ke hadrat Allah swt : nikmat keamanan dan rezeki melimpah ruah untuk kita sama nikmati di bumi Malaysia ini...

Apa pun berikut antara aktiviti menarik sepanjang Bulan Disember :

Pameran Kucing : 1 Dis - 3 Dis 2012 : Muzium Kucing, Kuching Sarawak : Khas buas pencinta haiwan terutamanya kucing. Jangan lepaskan peluang untuk melihat pameran tersebut.

Night Safari at The Sabah Museum : 1 Dis - 3 Dis 2012 : Muzium Sabah : Anda boleh layari http://museum.sabah.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Ba....ke Taman Kita : 1 Dis - 2 Dis 2012 : Taman Pertanian Sabah : Anda boleh layari www.sabah.net.my/agripark/

Satok Festival 2012 : 1 Dis - 4 Dis 2012 : Satok, Kuching, Sarawak : Pelbagai aktiviti kesenian dan pameran diadakan disini.

Karnival Tarian Pelancongan Cuti-Cuti 1 Malaysia : 2 Dis 2012 : Mempamerkan pelbagai variasi tarian dalam usaha sama mempromosikan tarian Malaysia kepada masyarakat. 

Monsoon Cup 2012 : 3 Dis - 8 Dis 2012 : Pulau Duyong, Terengganu. Saksikan perlumbaan kapal layar yang berprestij ini.

Perlumbaan Endurance 1000km Sepang : 6 Dis - 8 Dis 2012 : Litar Antarabangsa Sepang : Memperlihatkan siapa yang terbaik dan mampu bertahan lama di litar.

Pesta Chingay Pulau Pinang : 16 Dis dan 23 Dis 2012 : Esplanade Pulau Pinang : Turut terdapat perarakan Tarian Singa dan pelbagai kebudayaan masyarakat Cina di Pulau Pinang.

Malaysia Year End Sale : Sehingga 1 Januari 2013 : Seluruh Malaysia : Pelbagai promosi dan diskaun menarik diadakan di seluruh negara. Selamat Ber'shopping'...

Selamat menempuh Bulan Disember 2012/Muharam/Safar 1434H. Semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat kerahmatan dari Allah swt..Insyaallah.





01 November, 2012

November/Zulhijah 1433H/Muharam 1434H

Salam 16 Zulhijah 1433H. Pantas masa berlalu. Sepanjang bulan lepas dapat merasai kembali nikmat hidup bermasyarakat,bersama bergotong royong di Hari Raya Aidiladha, bertemu rakan, masyarakat kampung, barisan belia kg yang hampir tak kenal semuanya. Masakan tidak hampir 22 tahun hidup dalam dunia sendiri,  menjadi warga ATM..bila dah bersara kembali ke daerah asal. Teringat nostalgia lama, kini tiap malam Rabu, insyaallah berkuliah di surau yang telah lama aku tinggalkan. Menjejaki nostalgia indahnya nikmat iman, bila melihat sekeliling barisan jemaah...guru-guru yang pernah mengajar aku lewat 80an..terdetik hati pantas masa berlalu..mereka dah bergelar pesara begitu juga aku (skim perkhidmatan ATM berbeda). Bersalaman mungkin hanya aku yang mengenali mereka, jasa mu Guru tetap ku kenang. Biarlah rahsia.hahaha..

Lewat minggu lepas turut dapat menyertai rombongan perkahwinan sepupu ke Kuala Sungai Baru. Indahnya suasana bersama sanak saudara menikmati kenduri kesyukuran di Taman Harmoni. Syukur nikmat rezeki melimpah ruah, nikmat keamanan di bumi bertuah Malaysia. Berbanding dengan masyarakat Islam di bumi Syria, Myanmar..betapa jauh berbeza, sesungguhnya rasa syukur apa yang kita nikmati sekarang. Alhamdulillah, semoga anak-anak bakal generasi hadapan turut dapat menikmati nikmat rezeki, keamanan berterusan. Jangan kita biarkan musuh-musuh durjana merosakkan segalanya nikmat kemakmuran yang telah dibina landasannya. 

Apa pun berikut adalah aktiviti menarik sepanjang bulan November :

Borneo Safari International Off Road Challenge: 1 Nov - 4 Nov 2012 : Komplek Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Maklumat lanjut sila layari www.borneosafari.com.my

Promosi Kraf Malaysia : 1 Nov - 5 Nov 2012 : Malaysian Handicraft Dev. Corp. Sabah. Khas buat penggemar koleksi kraf buatan tempatan.

Pesta Nelayan Menumbok, Sabah : 2 Nov - 4 Nov 2012 : Menumbok, Sabah : Pelbagai aktiviti dan pameran di pesta nelayan ini.

Festival Sastera Kanak-Kanak 2012 : 1 Nov - 6 Nov 2012 : Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Kuala Lumpur : Maklumat lanjut sila layari www.fantasia.com.my

Tamu Besar Kota Belud : Sepanjang Bulan November : Padang Kota Belud, Sabah : Tamu Besar adalah pasar tradisional terbesar yang diadakan di Sabah. Menampilkan acara seperti perarakan Kuda Berhias Bajau, Ratu Sariampak serta perlumbaan kerbau.

World Amateur Inter - Team Golf Championship Grand Final 2012 : 6 Nov - 8 Nov 2012 : Royal Perak Golf Club : Kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia ini mengambil tempat di enam padang golf berbeza di seluruh Malaysia.

Cuti Penggal Persekolahan : Bermula 9 dan 10 Nov 2012 : Selamat mengisi ruang masa berkualiti bersama keluarga tercinta. Cuti-cuti Malaysia.

Jualan Mega sale Hujung Tahun : 10 Nov 2012 - 1 Jan 2013 : Seluruh negara : Jualan akhir tahun kembali dengan diskaun hebat.

Deepavali 'Pesta Cahaya' : 13 Nov 2012 : Seluruh negara : Diraikan oleh penganut Hindu.

Awal Muharam 1434 Hijrah : 15 Nov 2012 : Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah/ Sambutan Maal Hijrah 1434H. Semoga kita semua dalam peliharaan Allah jua.

Hari Keputeraan Sultan Johor 2012 : 22 Nov 2012 : Seluruh Negeri Johor : Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor. DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Akhirkata, selamat menempuh bulan November/Zulhijah 1433H/Muharam 1434H. Semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat dan peliharaan Allah jua.












03 October, 2012

Oktober/Zulkaedah/Zulhijah

 
September berlalu muncul Oktober, tanggal 2 Oktober terpahat pelbagai kisah hari ini. Kembalinya ke rahmatullah Nek Agan, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Terkenang saat arwah memberi RM10 kepada aku ketika saat hendak berangkat ke Pusat Latihan Asas Tentera Darat Disember 89. Terasa masih baru nostalgia tersebut. Setidak-tidaknya akan menginsafkan aku, bahawa masa berputar begitu pantas, anak-anak melonjak remaja dan mereka jugalah bakal berhadapan dengan pelbagai suasana baru : persekitaran, teman, ledakan informasi dan pelbagai 1001 persoalan.
 
 
Malam ini berkesempatan bertahlil untuk arwah..dan malam ini hingga pagi esok juga Fiesta Bola : bermula Piala Malaysia yang menyaksikan tumbangnya N9 ditangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tahniah atas pengurusan ATM, dengan bajet yang cukup lumayan pastinya kejuaraan Liga Perdana musim ini serta kejayaan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia sesuatu yang membanggakan. Paling tidak pun, mereka yang menyarung jersi ATM telah berjaya membuka mata Coach Raja untuk memberi ruang mereka terpilih menyarung jersi Harimau Malaya...Tempat jatuh lagi di kenang...Dan diri terasa sedih melihat pasukan MELAKA entah ke mana berita dalam kancah bola sepak Malaysia. Stadium Hang Jebat pula dijadikan stadium perlawanan bagi Felda United...huhu..Sampai bila...kenangan 1983 kan berulang..Oh Melaka..Pagi ini pula berterusan dengan demam Liga Juara-Juara Eropah 2012/2013..rutin tidur pastinya berubah..
 
Apa pun berikut adalah aktiviti menarik sepanjang bulan Oktober :
 
Fabulous Food Malaysia : 1 Okt - 31 Okt 2012 : Pasar Seni Kuala Lumpur. Saksikan pelbagai
jenis masakan yang dihidangkan oleh pelbagai restoran terkemuka dan Chef terkenal.
 
Festival Barang Kemas Antarabangsa Malaysia Ke 19 : Edisi Musim Luruh : 5 Okt - 8 Okt 2012 : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Mempamerkan kehebatan hasil seni barang kemas daripada ratusan pereka barang kemas dari seluruh negara.
 
Perlumbaan MotoGP Malaysia 2012 : 19 Okt - 21 Okt 2012 : Litar Antarabangsa Sepang. Khusus bagi peminat lumba motosikal. Saksikan kehebatan penunggang-penunggang handalan dunia.
 
Mount Kinabalu International Climbathon 2012 : 20 Okt - 21 Okt 2012 : Kundasang, Ranau, Sabah. Digelar perlumbaan mendaki yang paling mencabar di dunia. Pendakian yang biasanya mengambil masa 2 hari untuk didaki, hanya didaki selama kurang 3 jam oleh para peserta.
 
Hari Raya Aidiladha : 26 Okt 2012 (10 Zulhijah 1433H) : Seluruh Negara. Bersama meraikan HariRaya Aidiladha. Diberkati dan semoga kita mendapat keredhaan Nya.
 
Selamat menempuh bulan Oktober/Zulkaedah/Zulhijah. Semoga kita semua dipayungi rahmat daripada Allah s.w.t
 


03 September, 2012

September/Syawal/Zulkaedah

Salam Syawal 1433H, sudah 16 Syawal hari ini..pantas masa berlalu. Kenangan di awal Syawal masih terasa. Bersalaman,bermaafan bersama ayah ibu, keluarga tercinta dan sanak saudara. Pertama kali aku dan keluarga meraikan Ramadhan dan Syawal di JB 275 setelah berpindah di Serkam, Melaka. Selamat Tinggal Negeri Sembilan. Nostalgia suka duka tetap terpahat di sanubari. Bahkan Qwan juga punya pertautan kukuh di Negeri Sembilan. Anak kelahiran di Hospital Tuanku Najihah...ermmm.
 
 
Apa pun selamat menempuh sisa-sisa Bulan Syawal. Selain menikmati suasana meriah Aidilfitri, bulan ini juga penuh memenuhi jemputan undangan perkahwinan. Berturutan tiap minggu di bulan September ini, bermula minggu lepas menikmati enaknya Beriani dan ayam panggang golek di rumah bapa saudara di Bukit Pasir , Muar. Melihat kad jemputan pada 8 Sep, 15 Sep dan 16 Sep pasti pelbagai menu di kenduri perkahwinan tersebut. Syukur atas nikmat rezeki melimpah ruah di bumi tercinta ini.
 
 
Apa pun berikut antara aktiviti menarik di sepanjang Bulan September :
 
 
Sarawak Regatta : 14 Sep - 16 Sep 2012 : Kuching Waterfront,Sarawak. Pengunjung boleh menyaksikan kecantikan bot yang menyusuri sungai di Kuching Waterfront dan turut menyaksikan keunikan budaya yang terdapat di Sarawak.
 
 
Sambutan Hari Malaysia : 16 Sep 2012 : Seluruh Negara. Saksikan kemeriahan sambutan Hari Malaysia. Khas buat rakyat sempena penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
 
 
Malaysia Open ATP World Tour 2012 : 22 Sep - 30 Sep 2012 : Stadium Putra, Bukit Jalil, Selangor. Menyaksikan kehebatan pemain tenis antarabangsa dalam perlawanan menentang peserta lain.
 
 
Promosi Kraf Tekstil : 27 Sep - 8 Okt 2012 : Komplek Kraf Kuala Lumpur. Pelbagai jenis kain dipersembahkan dengan pelbagai adunan corak seperti batik dan warna-warna yang indah.
 
 
Festival Tanglung : 29 Sep 2012 : Pasar Seni, Kuala Lumpur. Hadirkan diri anda dengan melihat keindahan tanglung-tanglung pada waktu malam dengan pelbagai warna dan saiz.
 
 
Royal Pahang Bilfish Challenge : 28 Sep - 30 Sep 2012 : Pantai Bernas, Kuala Rompin, Pahang. Saksikan kehebatan peminat sukan joran ini dalam bertanding dan cuba memenangi hadiah lumayan dengan menangkap ikan layang di Pahang.
 
Selamat menempuh Bulan September/Syawal/Zulkaedah. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Selamat Berlibur ..menikmati indahnya suasana pemandangan di negara tercinta MALAYSIA.


01 August, 2012

Ogos/Ramadan/Syawal

Salam Bulan Ogos/Ramadan/Syawal...dah 12 Ramadan hari ini,pantas masa berlalu,menginjak ke fasa kedua Bulan Ramadan. Bulan Julai berlalu sudah dengan pelbagai kenangan suka duka. Menghitung hari dengan rutin kehidupan yang sama, suasana kehidupan berbeza, persekitaran,rakan taulan dan masyarakat setempat. Alhamdulilah di kurnia Allah s.w.t kesihatan untuk masih terus bersama keluarga tersayang, melaksanakan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak. Menginjak 12 Ramadan semoga segala amal diberkati dan diterima oleh Allah s.w.t.

Bulan ini juga bermula Temasya Sukan Olimpik London 2012, bagi pencinta sukan pasti terus menatap 'Live' dari London..moga sesuatu yang gemilang buat Malaysia. Bulan Ogos juga punya pelbagai peristiwa : menempuh Ramadan dan di akhiri dengan bulan kemenangan di pagi Syawal. Juga Bulan Kemerdekaan untuk negara tercinta : MALAYSIA.


Apapun berikut antara aktiviti menarik Bulan Ogos/Ramadan/Syawal :


Pertandingan Pelita Raya : 9 Ogos - 11 Ogos 2012 : Kuala Terengganu. Sudah menjadi kebiasaan bagi Kaum Muslim menyambut Hari Raya AidilFitri dengan kemeriahan nyalaan api pelita. Pertandingan yang diadakan seminggu sebelum menjelang hari raya.

Ekspo Perkahwinan : 10 Ogos - 12 Ogos 2012 : Mid Valley,Kuala Lumpur. Ramai pereka fesyen pakaian, dekorasi pelamin dan hantaran yang menarik dan tertarik hati pengunjung lbih-lebih lagi kepada bakal mempelai.

Festival Catur Ke-9 : 19 Ogos - 26 Ogos 2012 : Sabak Bernam, Selangor. Mari menguji minda untuk menjadi lebih kreatif berfikir. Untuk keterangan lanjut sila layari http://chess-malaysia.maribelajar.com

HariRaya AidilFitri : 19 Ogos/20 Ogos 2012(Tertakluk kepada perubahan). Selamat menyambut HariRaya Aidilfitri buat semua umat Islam. Berhati-hati di jalan raya..semoga setiap perjalanan kita dirahmati Allah s.w.t : Salam Aidilfitri.

Melaka Mits Matta Fair : 24 Ogos -26 Ogos 2012 : Ayer Keroh, Melaka. Pengunjung yang datang melawat Melaka tidak pulang dengan tangan kosong jika datang ke pameran ini. Pelbagai gerai jualan dan pameran menarik menanti kunjungan anda.

Festival Air Malaysia (Karnival Pancing): 24 Ogos - 26 Ogos 2012 : Kuala Rompin, Pahang. Berita gembira bagi peminat atau kaki pancing untuk sama-sama memeriahkan festival air ini.

International Auto Fair Johor Bahru : 30 Ogos - 2 September 2012 : Johor Bahru. Pelbagai pameran kereta cantik yang sudah diubahsuai mengikut kreativiti pemilik untuk koleksi hiasan kereta mereka. Pameran pelbagai jenis kereta dari tempatan dan luar.

Hari Kebangsaan Ke-55 : 31 Ogos 2012 : Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Semoga negara tercinta kita Malaysia terus dilimpahi keamanan, kemakmuran, kesejahteraan dan semangat perpaduan antara kita. "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati"

Akhir kata : Selamat menempuh Bulan Ogos/Ramadan/Syawal : Selamat menjalani ibadah puasa serta Selamat Menyambut HariRaya Aidilfitri. Semoga segala amal kita diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t


 

15 July, 2012

Jom Semak Kiblat : 15 Julai 2012 : 5.27 Petang



Jom Semak Kiblat sempena Istiwa Azam. Fenomena ini berlaku 2 kali setahun. Istiwa Azam adalah peristiwa ketika matahari berada tepat diatas Kaabah, ketika itu semua bayang-bayang akan menghala
ke Kaabah.

Tatacara Penyemakan :

1. Pacakkan atau dirikan objek lurus seperti kayu atau tiang dan sebagainya ditempat yang tidak terlindung dari matahari.

2. Tepat pada tarikh dan berlaku fenomena Istiwa Azam bayang yang ditunjukkan oleh tiang akan menghala ke arah Kiblat. Tandakan garis mengikut bayang. Garis ini sebagai rujukan arah Kiblat.

Waktu Berlaku Di Malaysia.

Tahun Lompat

27 Mei : Jam 5.17 Petang

15 Julai : Jam 5.27 Petang

Tahun Biasa

28 Mei : Jam 5.16 Petang

16 Julai : Jam 5.28 Petang

Nota : 2012 adalah Tahun Lompat.

Sumber Info : Bhg Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Akhir kata selamat menempuh Bulan Ramadhan Al Mubarak dan semoga kehidupan kita semua akan sentiasa dipayungi dan mendapat rahmat dari Allah s.w.t

03 July, 2012

Julai/Syaaban/Ramadhan

Salam Bulan Julai/Syaaban/Ramadhan, pantas masa berlalu..Bulan Jun yang penuh kisah suka duka..kembali menetap di negeri kelahiran Melaka Bandaraya Bersejarah. Rumahku Syurgaku..rasa syukur ke hadrat Allah kerana mempermudah segala urusan semasa proses 'pindah' dari Gemas ke Serkam. Setelah hampir 12 tahun sejak proses pembelian rumah JB275 akhirnya kami sekeluarga dapat menetap di sini. Hmm..suburkan diri dengan rasa syukur. Alhamdulillah.

Bulan Jun sempat bersama famili menjengah Ladang Nasuha Herbs di Pagoh. Bersantai di Taman Buaya Melaka...better late than never..

Antara aktiviti menarik Bulan Julai :

Putrajaya Floria : 1 Julai - 8 Julai 2012 : Presint 2 Putrajaya : Bertemakan 'Bunga Kertas,tetap menawan'. Floria 2012 mempamerkan koleksi terbesar bunga kertas di taman sepanjang persisir tasik di Putrajaya. Lanskap serta dekorasi pintu gerbang yang pasti menawan pengunjung. Keindahan warna-warni bunga-bungaan.

Rainforest World Music Festival : 1 Julai - 31 Julai 2012 : Kuching Sarawak. Perayaan unik yang membawa pemuzik terkenal seluruh dunia dan pemuzik asli dari pedalaman pulau mitos Borneo. Festival yang pasti menarik hati penggemar muzik.

Sarawak Regatta : 1 Julai -31 Julai 2012 : Kuching Sarawak. Ingin ketahui sejarah dan budaya Regatta Sarawak. Terdapat bot panjang dan perahu naga sebagai perlumbaan permainan tradisional dalam sambutan regatta ini. Permainan tradisi seperti menangkap itik, memanjat garisan kutub dan pukul bantal turut diadakan.

Festival Kuala Lumpur (KL FEST) : 1 Julai - 31 Julai 2012  : Kuala Lumpur. Satu-satunya festival yang mempamerkan nilai-nilai kesenian yang unggul di Malaysia. Antara kesenian seperti seni tampak, seni warisan dan banyak lagi. Sila layari www.jkkn.gov.my untuk maklumat lanjut.

Karnival Jualan Mega Malaysia : Julai - Ogos 2012 : Semestinya kepada mereka yang gemar ber'shopping'. Bermula Julai ini karnival jualan mega bermula sehingga Ogos ini di seluruh Malaysia.

Sambutan Ulang Tahun UNESCO World Heritage City : 7 Julai 2012 : Bandar Hilir Melaka. Melaka telah diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO. Para peminat sejarah dan pelancong seluruh negara jangan lepaskan peluang mengunjungi bangunan warisan, budaya dan tempat menarik di Bandar Hilir.

Festival Bon Odori : 15 Julai 2012 : Shah Alam. Mari mengenali kebudayaan masyarakat Jepun tentang kepercayaan dan adat mereka. Pelbagai jenis makanan dan minuman disajikan untuk pengunjung mencuba makanan Jepun. Persembahan tarian dan kesenian turut dipamerkan dalam festival ini.

Port Dickson International Triathlon : 20 Julai - 22 Julai 2012 : Port Dickson, Negeri Sembilan. Atlet bersaing menguji ketahanan diri dan stamina dengan cabaran berenang, berbasikal dan berlari. Datanglah menyaksikan atlet ini bertanding di sini.

Akhir kata selamat menempuh Bulan Julai, Bulan Syaaban serta selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak....semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t


01 June, 2012

Jun/Rejab/Syaaban



Salam Bulan Jun 2012. Bulan Mei berlalu meninggalkan 1001 kenangan. Kisah suka duka kehidupan jadi rencah pelayaran hidup ku. Mengimbau kenangan di Negeri Sembilan, sebelum berpindah ke rumah sendiri di Taman Serkam Maju, rumah yang telah dibeli sejak 2001 namun hanya dapat menjenguk untuk tiap hujung minggu. Anak bujangku  Qwan pun lahir di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah setelah berturutan 'hatrik' dikurnia puteri..syukur alhamdulillah. Kenangan hampir 20 tahun bermula di Senawang, Port Dickson, Gemas pasti meninggalkan nostalgia indah sebelum bergelar 'Abang Pencen'...kehidupan berkeluarga di Taman Tasik Jaya, Kuarter SMK Pasir Besar tetap terpahat di sanubari. Tahun 2012 benar-benar memberi ruang untuk aku meniti hidup bersama keluarga tercinta, lewat 6 tahun sebelum bersara terpaksa duduk berjauhan. Teringat meredah dingin subuh, merentas laluan ke Bentong, merentas laluan Kg. Pilin, merentas Lebuhraya NKVE ke Sungai Buloh..apa yang dinikmati benar-benar membuatkan aku rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih diberi ruang kehidupan bersama keluarga tersayang.

Penghujung Mei bersama famili meredah kembali Bandar Johor Bahru untuk meraikan pasangan pengantin baru : Fadzilah dan Shafiz,  kenangan di Bandar Baru UDA, Taman Merdeka, Plaza Angsana, Kg Pasir (Tampoi), Johor Premium Outlet (JPO) membuat diri teruja, merapatkan ikatan silaturahim, berkonvoi bersama.

Antara aktiviti menarik Bulan Jun :

Fiesta Sungai Melaka : 1 Jun - 31 Jun 2012 : Dataran Sungai Melaka dan Taman Rempah Melaka. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda terutama kepada warga kota Melaka untuk bersama-sama menghadiri Fiesta Sungai Melaka.

Istiadat Mengarak Panji-panji SPB Yang Di-Pertuan Agong : 3 Jun 2012 : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Junjung kasih kepada SPBY Agong dengan segala titahnya buat Seri Paduka Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah bersempena hari keputeraan baginda. Bersama-sama kita saksikan acara penuh beristiadat ini.

Sambutan Rumah Terbuka Tadau Kaamatan : 3 Jun 2012 : Sabah. Tadau Kaamatan adalah perayaan menuai di negeri Sabah yang diadakan sebagai penanda berakhirnya musim menuai. Pengunjung boleh menyaksikan tarian tradisional dan persembahan menarik di majlis ini.

Sambutan Rumah Terbuka Gawai Dayak : 9 Jun 2012 : Sarawak : Sambutan selepas berakhirnya musim menuai padi dengan limpahan kebaikan yang melimpah ruah dalam kebudayaan kaum Dayak.

Festival KK Jazz : 15 Jun - 16 Jun 2012 : Kota Kinabalu, Sabah : Bagi peminat irama Jazz, datanglah ke Sabah untuk menghayati dendangan lagu yang diutarakan. Selamat melawat ke negeri bawah bayu ini.

Perlumbaan Burung Kebangsaan Bukit Fraser (BirdRace) : 23 Jun - 24 Jun 2012 : Bukit Fraser, Pahang. Acara ini bukan perlumbaan burung tetapi perlumbaan bagi manusia mengenalpasti seberapa banyak spesis yang ada.Terdapat tiga kategori iaitu : kategori canggih, kategori baru dan kategori tempatan.

Festival Perahu Naga : 30 Jun - 1 Julai 2012 : Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang.  Raikan festival ini beramai-ramai dengan perahu naga yang unik di Pulau Pinang.

Putrajaya Floria : 30 Jun - 8 Julai 2012 : Putrajaya. Saksikan kemeriahan festival bunga-bungaan di Putrajaya. Pasti menarik.

1 Malaysia International Tourism Night Floral Parade : 30 Jun - 8 Julai 2012. Saksikan perarakan kereta berhias yang pasti menarik dan bergemerlapan di sini.

Apapun selamat menempuh bulan Jun/Rejab/Syaaban. Semoga kehidupan kita sentiasa dipayungi rahmat daripada Allah s.w.t


04 May, 2012

Sepetang di Capati Tehel



Salam Sejahtera buat semua rakan taulan, sanak saudara : selamat menempuh bulan Mei. Kali ini nak bercerita tentang makan-makan di Capati Tehel. Bersempena cuti umum yang lepas iaitu Hari 'Pesara' ..1 Mei 2012 berkesempatan bersama abah,mak dan keluarga adik beradik kecuali keluarga Adinda Zainudin yang sibuk bertugas di 'perbatasan'. Selalu dengar adinda Rahim berkunjung ke sana, kali ni nak bawa Ayahanda yang memang penggemar capati ke lokasi baru..hehe,  namun masih belum lengkap jamuan keluarga Ithinin..dah dua kali terlepas acara keluarga. Tak ngapa 'Better Late Than Never'.

Apapun kali ni nak merasa kehebatan kedai capati yang terletak di Tehel. Perancangan spontan orang Malim telah membawa kami ke destinasi tersebut. Walhal memang laluan biasa aku sebenarnya jika hendak ke kawasan Bukit Katil, Melaka. Pernah terlihat deretan kereta di situ tapi tak pulak ambil tahu untuk singgah. Jika dari Pekan Bemban,Jasin..kedai ni terletak di sebelah kiri menghala ke Tambak Paya, kira-kira dekat dengan selekoh tajam menuruni bukit, bertentangan ladang kelapa sawit. Nak parking tak jadi masalah, sebelah kedai ada tempat agak luas malahan parking ler di tepi jalan cuma perlu berhati-hati. Apapun tengok ler gambar di atas warna kedai tersebut..hehehe, dalam 'location FB' pun tertera keyword 'Capati Tehel'

Sebelum tu, kita lihat dulu gambar-gambar menu utama di Capati Tehel : Capati / Roti Jala berserta kuah kari kambing atau ayam. Ikut cerita : pemilik kedai ni berasal dari Pakistan. Memang terasa kelembutan capati kat sini berbanding capati Pasar Malam Merlimau apatah lagi dicicah kuah kari kambing atau ayam. Bak kata Abah : Berbaloi walaupun bergerak agak jauh (alaa 20 minit je dari rumah merlimau) kira OK ler tu jika penggemar capati dah komen macam tu. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Jumaat mulai jam 5.30 petang hingga tengah malam.




 



Seperkara lagi yang pertama kali datang, anda terpaksa bersabar  untuk menunggu giliran menikmati juadah pilihan, hari tu je dah jadi macam 'CarParty' kawasan tu, beratur pelbagai bangsa untuk mendapatkan capati atau roti jala. Pemiliknya perlu perihatin : apataknya hanya satu kuali capati dan satu kuali roti jala digunakan. Kena tambah pekerja atau tambah dapur lagi gayanya atau dah memang petua pelaris..hahaha..

Kos keseluruhan : 34 capati + 15 roti jala + 20 kuah kambing/ayam + 20 cawan pelbagai minuman = RM108. Tak pulak bertanya harga sebenar capati / roti jala / kuah kari. Dalam artikel tentang capati Tehel yang pernah tersiar dalam Utusan Malaysia tahun 2009 (dah lama popular rupanya..tertinggal betul, ye ler tak berapa minat makanan ni) harga capati 80 sen manakala kuah kari RM2.

Bertambah lagi lokasi pilihan jalan-jalan makan-makan di Melaka untuk my family. Seronok tengok org meniaga kan..beratur, berbaris menunggu giliran..hanya dengan bermenukan Capati dan Roti Jala. Begitu juga di Kelebang jenama Coconut Shake jer..Teringat pasar ramadhan Paya Jaras : berbaris untuk Murtabak Utara...kene jengah masa Ramadhan ni..insyaallah..Sg.Buloh-Paya Jaras..hmm...

Apa pun : buat penggemar capati/roti jala, boleh lah cuba-cuba menikmati kelembutan capati atau kelazatan kuah kari dari rempahratus terpilih...Pakistan mari kut..hehehe.

Selamat menempuh bulan Mei : Didoakan semoga kita sentiasa dikurniai kesihatan, kebahagiaan dan dirahmati oleh Allah s.w.t..insyaallah...this week pekene Sup Mahkota lagi...Next week jika berjalan lancar, rombongan kami akan ke lokasi Capati Tehel meraikan acara 'bollywood nite'. Allah selamatkan kamu (ulang ikut suka) kepada insan yang menyambut hari lahirnya dalam Bulan Mei..

01 May, 2012

Mei/Jamadilakhir/Rejab

Salam Bulan Mei. Selamat Menyambut Hari Pekerja. Begitu pantas masa berlalu, muncul Bulan Mei, penuh dengan pelbagai agenda. Cuti Hari Pekerja, cuti hari Wesak dan penghujung Mei bermulanya cuti penggal persekolahan dari 25 Mei hingga 10 Jun 2012. Bulan ini juga bakal menyaksikan sepupu-sepupu perempuanku mengikat tali pertunangan dan mengikat ikatan perkahwinan. Moga segala yang dirancang akan terlaksana dan diberkati Allah s.w.t. Insyaallah penghujung Mei bakal ke Johor Bahru, mengimbau kembali kenangan lewat 1989..hmm..Taman Perling-Kg.Pasir-Holiday Plaza-Pantai Lido-KOMTAR..yang pasti lokasi baru akan diterjah : BBU-Danga Bay-JPO..

Antara aktiviti menarik Bulan Mei :

Pesta Buku Antarabangsa : 27 Apr - 06 Mei 2012 : PWTC Jln Tun Ismail, KL. Selamat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa 2012. Bermula dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Daripada buku ilmiah, pendidikan, masakan, sekolah dan bermacam-macam genre boleh didapati.

Bazar Publika : 01 Mei - 25 Disember 2012 : The Square, Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, KL. Pusat Beli-belah Publika mengadakan jualan ala bazar atau pasar lambak setiap hari Selasa, petang sahaja. Bazar ini dimeriahkan dengan jualan barang-barang seperti aksesori, pakaian, makanan, seni kraf, dekorasi rumah dan peralatan mainan.

Festival Jazz Kebangsaan Miri : Sepanjang Mei : Miri Sarawak. Peluang peminat Jazz mendalami irama muzik dari daerah Miri, Sarawak. Tempatan dan dari luar negara.

Kejohanan Futsal Terbuka MBI Piala Datuk Bandar : 04 Mei - 06 Mei 2012 : Stadium Indera Mulia, Perak. Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan perlawanan futsal terbuka tersebut. Saksikan kehebatan para pemain dalam perlawanan tersebut.

Mari Belajar Menanam : 06 Mei - 19 Mei 2012. Dewan La Salle Petaling Jaya, Selangor. EATS,Shoots and Roots akan mengendalikan satu program pendidikan mengenai penanaman dan pertanian tumbuh-tumbuhan, haiwan dan kemanusiaan sebagai memupuk minat dalam bidang itu. Kursus melibatkan pelbagai kerja praktikal termasuk pembajaan ulat, penanaman padi dan kebun.

Festival Hari Guru : 12 Mei  - 16 Mei 2012 : Kuala Kangsar, Perak. Kumpulan Utusan menganjurkan festival Hari Guru untuk kali ke-4 yang bertemakan pendidikan. Turut dimeriahkan pelbagai acara dan pertandingan lain.

Ekspedisi Rafting Kebangsaan Sungai Pahang : 13 Mei - 19 Mei 2012. Sungai Pahang. Seronoknya berakit di Sungai Pahang. Aktiviti ini memerlukan individu yang sanggup berhadapan dengan cabaran di dalam air.

Colours Of 1 Malaysia : 19 Mei 2012 : Dataran Merdeka, KL. Keceriaan warna-warni penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dapat disaksikan di sini. Penglibatan semua penduduk di Malaysia memeriahkan lagi festival 'colourful' ini.

Hari Belia Negara : 23 Mei - 27 Mei 2012 : Putrajaya. Hari yang akan menghimpunkan seluruh warga Malaysia bertempat di Putrajaya. Berganding bahu mengorak langkah demi untuk memajukan negara.

Promosi Kraf Perkahwinan : 24 Mei - 04 Jun 2012 : Komplek Kraf KL. Pelbagai gubahan dan kraftangan yang menarik dapat dilihat disini. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung terutama bagi mereka yang akan ke jinjang pelamin.


Keramaian Tadau Kaamatan - Grand Finale : 30 Mei - 31 Mei 2012 : Sabah. Keramaian ini disambut oleh Kaum Kadazan setelah tamatnya musim menuai padi. Ia sebagai majlis penghormatan untuk 'Bambazon' yang merujuk kepada semangat padi.

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang Bulan Mei nanti apatah lagi menempuh cuti penggal persekolahan penghujung Bulan Mei. Pastinya musim perkahwinan menjadi agenda semua dalam memenuhi setiap undangan atau jemputan. Yang jauh kita dekatkan , yang dekat kita tambah mesra-mesrakan..selamat berlibur, selamat menempuh Bulan Mei/Jamadilakhir/Rejab : Semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t.



09 April, 2012

1001 cerita : Camellia Thea

Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highlands

Ermm..hari ni nak berkongsi cerita tentang Camellia Sinensis atau Camellia Thea nama saintifik bagi pokok teh. Teringat hari ini, rakan setugas lama yang digelar Man Teh O kerana amat gemar dengan minuman tersebut. Begitu juga rakan lama di Lumut yang gemar meng'order' teh O nipis, gelas besar satu, harga kurang..hehehe..nostalgia. Bahkan aku yang dulu cuba-cuba bertukar ke air Horlick, kini dah jadi penggemar utama minuman berasaskan teh. Nak minum minuman berasaskan kopi, mudah pulak terkena tempias batuk..entahlah kenapa...Kini dah sebati dengan teh O kurang manis bila berkunjung ke kedai-kedai makan...Lee Teh O le gamaknyer sekarang..sebut teh, macam-macam menu boleh di'order'..teh tarik, teh O nipis, teh O peng(ais),Teh Ais, Teh susu, teh O limau...hmmm indahnya Malaysia..Jika merujuk ke wikipedia..pokok teh di Malaysia ditanam sejak zaman koloni British lagi dan ia telah diminum di China sejak zaman Dinasti Tang : (618-907M). Dan daun/pucuk pokok renek ini mengalami pelbagai pemprosesan iaitu pengoksidaan, pemanasan, pengeringan,pengasingan sebelum daun teh tersebut  di jual di pasaran.
Pengalaman ke Ladang Teh Sungei Palas, Cameron Highlands  pada November 2011 telah mendedahkan aku situasi sebenar cara pemprosesan teh..biasalah berkunjung ke Anjung Teh Boh Sungei Palas, jadi jika anda ke Cameron Highlands jangan lepaskan peluang untuk bersantai menikmati pemandangan indah di sana. Melihat sendiri ladang teh, menikmati aroma minuman panas teh serta menjelajah ke kilang teh di Ladang Teh Boh Sungei Palas.
 Ketika merentas melalui Simpang Pulai untuk ke tanah tinggi tersebut, sempat singgah di Avant Chocolate Manufacturing dan tertarik dengan pelbagai corak pembungkusan teh. Bagi penggemar pengumpul koleksi pasti tidak melepas peluang mengumpul koleksi tersebut. Aku sempat membeli Tea Book Vol.1 ..teh jenama Basilur dari Sri Lanka (Ceylon) rupa-rupanya..memang menarik gaya pembungkusan teh..pasti menambat hati. Bahkan sekarang, setiap petang, dapat aku menikmati aroma haruman minuman teh hitam jenama Basilur . Entah bila akan berkunjung semula  untuk membeli koleksi tea book tersebut.
Salah satu proses pemprosesan daun teh di Kilang Teh Boh
Pelbagai corak pembungkusan teh : menarik tertarik..
 Merujuk artikel dalam Majalah Nur Apr 2012, terdapat pelbagai khasiat teh dan buat penggemar minuman tersebut jadikan ia sebagai satu amalan :
- Teh dan Jantung : polyphenol antioksida yang terkandung di dalam teh terutamanya teh hijau menghalang pengoksidaan kolestrol yang boleh mengakibatkan sumbatan pada salur darah. Kajian mendapati subjek yang mengamalkan minum teh hijau mempunyai tahap kolestrol dan LDL (kolestrol jahat) yang rendah. Kajian di China mendapati secawan teh hijau sehari mengurangkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 10 peratus.
- Teh mengandungi kafein : Kajian mendapati pengambilan maksimum lapan cawan teh sehari adalah selamat daripada kafein berlebihan. Teh dianggap sebagai satu daripada tujuh keperluan dalam kehidupan masyarakat cina. Selepas air putih, teh adalah minuman yang paling banyak dikonsumi oleh populasi dunia. Teh juga mengandungi antioksida polyphenol (cathecin), mineral dan vitamin.
- Teh dan kanser : Kajian di Jepun menunjukkan kadar tujuh cawan teh hijau sehari merendahkan risiko kanser usus sebanyak 54% berbanding mereka yang tidak mengamalkan minuman ini. Perlu diingat, teh dengan tambahan whipped cream , gula, susu pekat manis atau teh 3 dalam 1 adalah tidak digalakkan malah tidak menyihatkan.
- Teh dan anemia : Teh mengandungi tahnin, sejenis bahan yang boleh menghalang penyerapan zat besi. Zat tersebut diperlukan untuk membina sel darah merah. Mereka yang menghidap anemia perlu megehadkan jumlah teh yang diminum.
- Teh :  Fungsi otak dan saraf : polyphenols yang terkandung di dalam teh berkemungkinan mampu melindungi sel otak dan saraf. Amalan minum teh merendahkan risiko penyakit seperti dementia (kemerosotan fungsi pemikiran), Alzheimer serta parkinson. Satu kajian di Jepun dijalankan semakin kerap pengambilan teh hijau semakin rendah simptom kemurungan yang dialami.
- Teh ketika hamil dan menyusu badan : Teh mengandungi kafein yang boleh melalui plasenta dan masuk ke dalam susu ibu. Kafein seharusnya dihadkan ketika mengandung atau menyusu. Pengambilan teh hijau yang berlebihan semasa mengandung mempunyai kesan terhadap tahap asid folik pada ibu. Praktikkan kesederhanaan dalam diet harian anda dan elakkan mengambil suplemen asid folik bersama teh.

Selamat menikmati minuman teh @ hi-tea...hmmm, didoakan semoga kita semua  akan sentiasa dipayungi rahmat dari Allah swt...insyaallah

01 April, 2012

April/Jamadilawal/Jamadilakhir

Salam Bulan April. Pantas masa berlalu,menginjak ke Bulan April. Mac berlalu penuh kenangan. Cuti sekolah lepas, sempat jenjalan bersama famili meredah TBNSA, terapi minda bersama. Semalam memenuhi jemputan perkahwinan saudara di Merlimau, meriah, bertemu sanak saudara. Bermula April, Alhamdulillah masih dikurnia Allah ruang masa, kesihatan meneruskan kehidupan di bumi ciptaanNya. Dikesempatan ini, Surah Al-Fatihah juga buat kenalan, bapa saudara yang telah pergi ke alam baqa. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah..

Semalam turut dapat membeli naskhah diskaun 20% keluaran Telaga Biru : 'Sehingga Al Quran Terpahat di Hati' . Tergerak mencari, membeli setelah terbaca dalam Majalah Solusi. Semoga diberi 'kemudahan' dalam usaha membaca, menghayati isi kandungan buku tersebut.

Antara aktiviti menarik Bulan April :

Festival Kasut Antarabangsa Malaysia Ke 3 : 29 Mac - 01 April 2012 : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pelbagai jenis kasut dipamerkan di festival ini. Melihat pelbagai rekaan kasut terkenal dunia.

Festival Gendang Nusantara : April 2012 : Dataran MBMB, Melaka bersempena Hari Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah. Maklumat lanjut boleh layari www.mbmb.gov.my

Regatta Lepa : April 2012 : Semporna, Sabah : Saksikan beramai-ramai sukan air. Maklumat lanjut boleh layari www.sabahtourism.gov.my

Festival Candat Sotong : April - Julai 2012 : Pulau Redang, Terengganu. Mari beramai-ramai menimba pengalaman mencandat sotong di perairan Pantai Timur. Maklumat lanjut boleh layari www.terengganu.gov.my

Festival Air Malaysia (Karnival Memancing) - Festival Air Langkawi. 13 - 15 April 2012. Pelbagai acara menarik diadakan sempena Pesta Air Malaysia seperti cabaran jet-ski, kayak, kapal layar dan lumba perahu.

Hari Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah : 15 April 2012. Pasti banyak aktiviti menarik di atur oleh pihak MBMB. Anda boleh layari www.mbmb.gov.my untuk maklumat lanjut.

Hari Kreativiti dan Inovasi Sedunia : 21 April 2012.

Cabaran Laut Antarabangsa Labuan : 27 - 29 April 2012. Tempat : Labuan. Ikuti kemeriahan ini di Labuan yang turut meliputi sajian lebih 30 aktiviti berasaskan laut dan pantai.

Akhir kata, selamat menempuh Bulan April/Jamadilawal/Jamadilakhir. Semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat Allah swt...







26 March, 2012

Jenjalan Muzium Mainan (Toy Museum) Melaka



Perancangan untuk ke Muzium Mainan (Toy Museum) yang pertama di Melaka timbul bila aku terbaca artikel muzium ini pada 19 Mac lepas dalam Kosmo. Terdetik hati untuk meneroka dan menjelajah tarikan baru ini walhal pernah beroperasi di Jonker Walk pada tahun 2009 sebelum berpindah ke lokasi sekarang. Apatah lagi ketika jenjalan di Pulau Pinang 2 tahun lepas, tidak sempat untuk berkunjung ke Muzium mainan di sana. Muzium Mainan Melaka terletak di Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru (arah menghala Pejabat Pelajaran Melaka dan simpang lampu isyarat air terjun buatan Ayer Keroh). Pemiliknya menyewa rumah yang bernombor 5044, untuk meneruskan minat dan kesungguhan beliau sesuai dengan slogan yang terdapat  dalam tempat mainan ini 'Sayangkan Mainan Kita Untuk Dinikmati Semua'...cuma yang masalahnya adalah untuk parkir kenderaan, terpaksa letak kenderaan di tepi jalan. Bayaran masuk : Dewasa RM 5, Kanak-kanak RM3 dan pakej famili (2 Dewasa/2 kanak-kanak) RM15. Terdapat pelbagai koleksi mainan seperti Superman, Ultraman, Avatar, Star War, Bruce Lee, Michael Jackson dan Dinosaur. Dibuka : Selasa - Sabtu ( 11pg-7mlm) Ahad  (2ptg-6ptg) Hari Isnin ditutup kecuali musim cuti persekolahan.







Segenap ruang dalam rumah ini telah digunakan sepenuhnya oleh En George. Dari hanya hobi, minat boleh bertukar menjadi sumber pendapatan. Di sini juga terdapat sudut mainan bercorak seram seperti dalam filem Nightmare Elm Street. Koleksi mainan yang menjangkau puluhan ribu jenis mainan membuat kita terleka sambil mengimbau kenangan lama...tertarik aku dengan idea susun atur mainan Avatar yang diletak bersama kayu di dalam akuarium, kreatif. Terfikir apa nak buat dengan koleksi Qwan : Ultraman..memang kanak-kanak penuh dengan imaginasi, seronok bila melihat keletahnya dengan mainan Ultraman dan raksasa..


Usaha pemiliknya adalah untuk membawa pengunjung kembali ke zaman silam bagi menghayati kenangan semasa menonton cerita fantasi pilihan di pawagam. Bahkan koleksi pelbagai mainan yang unik dan tersendiri pasti memberi perspektif baru. Di sini juga, anda boleh membeli koleksi mainan terpakai dengan harga yang berpatutan.

Apa pun Muzium mainan milik persendirian ini telah menambahkan lagi siri koleksi muzium di Melaka Bandaraya Bersejarah. Selamat berlibur dan semoga kita sentiasa dipayungi rahmat Allah swt...insyaallah

21 March, 2012

Jenjalan Masa Cuti Sekolah : Putrajaya/TBNSA


Perancangan penghujung cuti sekolah adalah untuk melihat lebih dekat lagi Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya. Pesta yang berlangsung buat kali ke 4 dan aku belum pernah melihat secara dekat belon tersebut,membuatkan teruja untuk ke sana. Perjalanan kali ini merentas laluan Kuala Pilah turun melalui kawasan rekreasi Ulu Bendul dan melalui Lebuhraya Lekas, sempat menikmati sarapan pagi di kawasan perkelahan tersebut..gerai lama telah dirobohkan bagi pembinaan gerai dan infrastruktur baru. Sepanjang laluan di Lebuhraya Lekas, melihat grup berbasikal..'mountain bike', dah menjadi trend ke arah budaya sihat : berbasikal. Teringat lewat tahun 92 ketika di Christchurch,N.Zealand, melihat penduduk di sana berbasikal di bandar dan ada tempat parkir khas utk basikal. Bila balik ke Malaysia, masing-masing sibuk membeli basikal dan helmet tapi hanya bersifat sementara mungkin sibuk dengan tugasan harian, aktiviti berbasikal terbengkalai, basikal tersadai...hahaha...kat sana budaya tersebut dah lama bertapak atas dasar memperjuang alam sekitar gamaknye...apa pun Better Late Than Never...hmmm
Di Putrajaya..cuaca cerah,panas..tempat parkir sesak, dari jauh dah kelihatan Belon udara panas..terpaksa parkir kereta di bawah bangunan berhadapan Masjid Besi dan bertapak hampir 150 meter, tak ngapa bakar kalori. Jam 10 pagi tapi aktiviti menaiki belon panas dengan bayaran RM10 telah dihentikan akibat sambutan hangat pengunjung dan sesi akan dibuka semula pada jam 3.30 ptg..hmm..lihat sahajalah. Ronda-ronda di gerai jualan, membeli T-shirt utk Qwan dan membeli keychain sebagai kenangan. Aku turut menyertai permainan di booth Jabatan Alam Sekitar..hasrat nak menang keychain gagal kerna aku gagal memasukkkan 3 dari 5 bola kedalam bakul..nak minta 'free' tak dibaginyer pulak, hai tak mesra alam betul petugas JAS Putrajaya...dah susah payah aku mencari botol kaca/plastik sbg syarat penyertaan, walaupun tak menang tapi hargailah susah payah peserta..hmm..tak tercapai hasrat mengumpul koleksi keychain kitar semula...minta secara baik pun tak diberinyer..sabar je la..anak-anak pun dah terasa bahang cuaca dan penat berjalan,jadi perancangan spontan adalah mengunjungi Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) untuk mengubat 'kepenatan' mereka. 'An Evening In Paris'....
Sambil tu sempat membeli Nasi Kukus Ayam Berempah untuk dibawa bekal ke TBNSA. Dengan berbekalkan GPS, aku setkan nama lama TBNSA ..parkir Taman Pertanian Malaysia, jangkamasa 50 minit dari Putrajaya.Alhamdulillah segalanya menjadi mudah dengan GPS kerana aku sememangnya tidak mahir tentang selok belok jalan ke sana..pertama kali ma. Keluar dari Putrajaya menuju ke Tol Batu Tiga Shah Alam...pertama kali melalui hadapan Plaza Shah Alam, Hotel Concorde...hmm, akhirnya kami selamat menjejaki buat sekian kalinya Taman Pertanian Bukit Cerakah/Taman Botani Shah Alam..tempat parkir luas..


TBNSA berkeluasan 817 hektar telah diberi nafas baru dengan perubahan dan pembinaan pintu masuk baru, kawasan jelapang padi, pusat maklumat dan dijangka siap pada 2014. TBNSA  beroperasi dari jam 8.30pg - 4.30ptg dan bayaran masuk : Dewasa (12tahun keatas) RM3, Kanak-kanak (6 - 11 tahun) RM 1 dan pelawat 55 tahun dan keatas RM1 manakala tiket masuk Rumah Iklim Sederhana 4 musim (RISEM) : Dewasa (12 tahun dan keatas) RM3 dan kanak-kanak (4 - 11 tahun) RM 1. Pertama kali ke sana, melihat ramai berbaris untuk menaiki bas percuma yang disediakan namun kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke RISEM...adoii memangler penat, hampir 1 km dari pintu masuk, merentas kawasan tasik, sawah padi, Taman Haiwan..jalan berbukit, memang penat tapi nak bakar kalori tak ngapa..hehe..jadi kepada yang pertama kali ke sana lebih baiklah anda berbaris menunggu bas yang disediakan untuk melihat hingga ke kawasan Empangan Baru dan ketika berpatah balik anda boleh turun di Taman RempahRatus, Menara Tinjau, Taman Herba, RISEM, Taman Haiwan atau terus balik ke pintu masuk tadi. Sewa  basikal turut disediakan. Tentang RISEM, bulan Mac hingga Mei adalah musim bunga, begitu selesa,dingin dengan suhu 12/7 C dan wangian harum di dalamnya dan pastinya RISEM merupakan tarikan utama pengunjung ke sini. Kami pasti datang lagi untuk menikmati musim salji yang di jangka pertengahan Nov 2012 - Feb 2013. Menurut petugas di situ, waktu pertukaran iklim di RISEM adalah mengikut iklim di Eropah...hmm tahniah atas dayausaha dan idea Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menjelmakan idea dan menjadi tarikan pelancong tempatan  mengalami paling tidak suasana iklim di Eropah.





Banyak lagi kemudahan di sini, selain berbasikal, anda boleh memancing, mengadakan hari keluarga di tapak yang di sediakan malahan boleh bermandian di Taman Rimba.Tak puas rasanya sepetang di TBNSA, insyaallah akan bermalam bagi menikmati keseluruhan fasilitas dan tempat menarik di sini. Apa pun maklumat lanjut, boleh anda layari melalui web www.tbnsa.gov.my . Kami bergerak balik ke Serkam Melaka dengan speedo meter menunjukkan angka 365.

Perancangan bagi jenjalan masa cuti sekolah (25 Mei - 10 Jun 2012) : Johor Premium Outlet, Danga Bay, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan Pulau Kapas....insyaallah...selamat berlibur .



20 March, 2012

Jenjalan Masa Cuti Sekolah : Kota Keriangan


Tagline Kota Keriangan untuk Genting Highlands : agak lama tak jengah ke kawasan ini. Kali ini MPV  meredah Bahau, Simpang Pertang, Mancis, Simpang Pelangai, Telemong, Karak lalu menyusuri Lebuhraya Karak untuk ke pendakian ke pekan Gohtong Jaya. Laluan yang pernah aku tempuh sekitar jam 4.30 pagi semasa berulang alik dari Pasir Besar ke Bentong..nostalgia bersama Proton 89. Teringat buku Memoir Lim Goh Tong yang pernah ku baca tentang kegigihan beliau untuk membangunkan kawasan tanah tinggi tersebut, hingga pernah dianggap kerja gila tapi hasil usaha beliau Genting Highland terus gah menjadi ikon tarikan pelancongan tanah tinggi di Malaysia. Kepelbagaian tarikan seperti Taman Santai Strawberry, cendawan dan tanaman organik lain di pekan Gohtong Jaya telah menambah keceriaan di situ. Pertama kali ke Taman Santai Strawberry serta Taman Tanaman lain seperti cendawan, sawi,tomato telah memberi 1001 pilihan untuk pengunjung untuk melihat, membeli bahkan gerai jualan cenderahati dalam kawasan tersebut memudahkan pengunjung. Harga 100g strawberry RM6 jadi 1kg RM60..pengunjung boleh memetik sendiri dengan disediakan bakul dan gunting. Manakala proses penanaman cendawan dapat anda lihat sendiri : Cendawan Mutiara/Cendawan Putih.





Dari pekan Gohtong bergerak ke Stesen Kabel untuk ke puncak Genting, harga tiket sehala RM6 jadi jika pergibalik RM12..sempat membeli rantaikunci di kaunter tiket. Beroperasi dari jam 7.30pg hingga 12tghmalam. Jadi kepada sesiapa yang hendak menguji kegayatan atau fobia tgk tmpt tinggi boleh cuber menaiki kereta kabel..alhamdulillah anak-anak seronok melihat keindahan hutan dan kabus di kota ini.

Sepetang di Kota Keriangan ini tidak puas rasanya, insyaallah lain kali kene bermalam di sini untuk merasai pengalaman di taman tema luar dan dalam. Bahkan jika dilihat pada hari tersebut, pengunjung berbaris panjang untuk mencuba tiap permainan yang disediakan dengan bayaran RM30 bagi taman tema luar (outdoor theme park). Sekurang-kurangnya pengalaman menaiki kereta kabel dan memetik sendiri strawberry dapat dialami disini tanpa perlu ke Langkawi dan Cameron Highlands. Bergerak balik menyusuri jalan yang sama dengan speedo meter menunjukkan angka 343...selamat berlibur

19 March, 2012

Jenjalan Masa Cuti Sekolah : PeeDee Lagi..

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana dapat bersama keluarga tercinta 'meronda-ronda' menuju destinasi terpilih sepanjang cuti persekolahan yang lepas. Sempena 'Raptor Watch 2012' dari 10 - 11 Mac 2012  yang lepas, maka perancangan adalah menuju ke Port Dickson untuk  melihat acara tahunan tersebut yang diadakan di kawasan PNB Ilham Resort. Maka penginapan 3 hari 2 malam di Rumah Rehat Kerajaan Negeri Sembilan (Apartmen 2 bilik) ditempah awal..jimat wang ma. Semalam menginap dikenakan bayaran RM40 sahaja tapi kali ini nak memasak jadi masalah ler pulak. Dapur dgn tong gas telah disimpan oleh pihak pengurusan atas sebab-sebab keselamatan katanya...biasalah 'budak-budak' berkursus dgr citer, gas memasak pun tak ditutupnye, ketika keluar dari bilik..hmm..yang jadi mangsa pengunjung berkeluarga. Lain kali pihak pengurusan patut boleh  'menyewakan' sahaja peralatan tersebut untuk mereka yang datang berkunjung. Laluan ke Rumah Rehat pun dah mula sibuk dengan lori 'hantu' untuk satu lagi projek mega...kawasan pantai dikambus untuk projek hotel mega mirip penginapan berbentuk bunga raya...macam-macam..



Laluan percutian kali ini dari Pasir Besar, Gemas meredah Pekan Kota melalui beberapa tempat bersejarah seperti Replika Istana Raja Melewar, Makam Raja Melewar dan sempat menjengah untuk sekian kalinya ke Jeti Nelayan Kg.Sungai Timun untuk menikmati istimewanya Mee Udang di situ. Namun hajat tak kesampaian kerana stok udang tak ada pada hari tersebut...hmm..udang sungai kut, kalau udang kolam takkan pulak tak ada stok bekalan...Sungai Timun juga terkenal dengan kelip-kelip yang menghuni pokok berembang yang terdapat di sepanjang laluan sungai tersebut. Cuma pada hari Sabtu tersebut hanya sebuah gerai yang berjualan namun kawasan jeti lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti Surau, Pentas bahkan ada juga pengunjung yang mengail di sungai tersebut.


Setelah mendaftar masuk di Rumah Rehat N9, kami bergerak ke tapak 'Raptor Watch' di Tg.Tuan, meninjau-ninjau tapak pameran maklumat dan barangan. Namun pada hari Sabtu tersebut, hasrat untuk melihat burung-burung pemangsa yang bermigrasi jauh merentas lautan juga tidak kesampaian kerana cuaca 'mendung' : ikut kata petugas sukarelawan MNS. Tapi aku sempat membeli t-shirt 'Raptor Watch 2010' setelah saiz XL untuk 2012 dah kehabisan, selain itu sempat membeli 'keychain' dari Persatuan Burung Negara Taiwan..buat koleksi..
  Hutan Simpan Tg Tuan dari sisi Pantai Tg Biru


Untuk hari kedua kami pekena dahulu mee kari di Gerai Onie Mee Kari Pasar Teluk Kemang, harga RM5 untuk mee kari spesial. Mengimbau bersama rakan-rakan setugas menikmati sarapan ketika waktu rehat di sini. Selepas itu menuju ke Galeri Pusat Ikan Hiasan di Batu 7 Teluk Kemang (lihat web : antara tarikan menarik di PD) MPV kami melalui laluan kecil Pusat Sains Marin 2 namun tertera di cermin pondok pengawal 'Galeri Ikan Hiasan Ditutup Sementara Waktu'...hmmm, projek yg menelan jutaan ringgit mengalami masalah gaknye..dahlah susah hendak mencari lokasi tersebut..akan aku emel ke MPPD untuk megetahui masalah sebenar....baru beroperasi dah problema...hehehe
Selepas itu menuju Muzium Tentera Darat, selangkah perjalanan ke gedung sejarah ketenteraan tanah air kita yg sarat dgn perjuangan, keringat, darah, nyawa dan air mata. Dari arah Batu 4, tersergam indah pintu gerbang di jalan dekat padang bola 'Selamat Datang ke Bandar Tentera Darat' dan laluan pesiar pejalan kaki indah berwarna merah. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini dan waktu lawatan adalah dari hari Rabu - Ahad mulai jam 10 pagi - 5 ptg  (Isnin dan Selasa) : ditutup. Di kawasan ini, aku  mengimbau kenangan lama, alhamdulillah kawasan Kompeni Alpha masih di kekalkan dan menjadi lokasi tarikan pelancong dan tempat penginapan masa latih2an dulu-dulu telah bertukar wajah menjadi 'era zaman kesultanan Melaka'..teringat kisah kengkawan yg dirasuk,disorok, kisah Capt.John..ermm tinggal memori..



Dalam pada itu, kebetulan dapat melihat kawanan burung pemangsa berlegar-legar di udara, mungkin berhampiran Hutan Simpan Lapang Sasar Menyala agaknya.

01 March, 2012

Mac/RabiulAkhir/JamadilAwal

Salam Bulan Mac untuk semua..bulan RabiulAkhir/JamadilAwal. Bulan Feb berlalu penuh pelbagai peristiwa. Bulan lepas, penuh dengan pelbagai karnival seperti karnival Halal 1 Malaysia di Komplek Al-Azim, Melaka, karnival WoW Putrajaya, Ekspo Buku Islam Putrajaya (masih berlangsung hingga 4 Mac 2012) dan Karnival Jom Heboh di MITC, Melaka. Alhamdulillah..masih berkesempatan bersama keluarga meluang masa untuk mengunjungi karnival tersebut kecuali Jom Heboh. Bermula dengan kunjungan ke Karnival Halal 1 Malaysia, melihat secara lebih dekat pameran dan info tentang penjenamaan logo HALAL oleh pihak JAKIM, sama seperti karnival lain menjual pelbagai barangan, sempat bergambar sekeluarga di booth Kosmo. Manakala kunjungan ke Ekspo Buku Islam pada 25 Feb lepas adalah kunjungan 2 dlm 1, menikmati indahnya Putrajaya dan melawat pameran buku serta Karnival WoW. Di Ekspo Buku sempat mendengar ceramah Prof Dr. Muhaya (selalu mendengar suara je kat Ikim Fm) dan berkesempatan membeli hasil karya beliau.

Sehari di Putrajaya, dimanfaatkan bersama famili menaiki Cruise Putrajaya pada hari tersebut, potongan harga tiket 50%, jika hari biasa tiket dewasa RM30..meredah tasik hampir 20 minit, menikmati pemandangan sekeliling tasik. Dalam pada itu sempat menjengah Alamanda, penuh sesak dengan pengunjung..hajat hati menikmati Nasi Bariani di JM Bariani House tak tercapai...dah tutup operasi agaknya. Kami bergerak ke Taman Warisan Pertanian menikmati sate Hj Samuri dan pelbagai juadah nasi. Dan awal Feb sempat juga menjengah Hard Rock Cafe Shop di Lorong Hang Jebat, Melaka (kawasan Jonker Walk)..bukan apa sekadar nak menambah koleksi rantai kunci..hehehe..tambah lagi tarikan pelancongan di Melaka nampaknya.

Antara aktiviti menarik bulan Mac 2012 :

Encyclopedia Of The Actroid : 1 Mac - 8 Mac 2012 : Pusat Sains Negara, K.Lumpur. Pameran khas robot oleh Kokoro, pembina model 'Actroid' yang terkenal di seluruh dunia robot hidup seperti perempuan jenis android.

Pameran Produk Turki : 1 Mac - 8 Mac 2012. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Barangan produk dari Turki meliputi pelbagai jenis barangan.

Ekspo Hartanah dan Perumahan (MAPEX 2012) : 2 Mac - 4 Mac 2012 : Pusat Pameran Mid Valley, K. Lumpur. Buat mereka yang ingin meninjau-ninjau peluang pelaburan hartanah dan perumahan.

KK Food Festival : 3 Mac - 18 Mac 2012 : Sekitar Kota Kinabalu. Anda boleh layari web http://www.KKFoodFest.com untuk maklumat lanjut.

Festival Adat Perpatih Negeri Sembilan : 9 Mac - 11 Mac 2012 : Negeri Sembilan. Bagi yang ingin mengetahui dan mengenali lebih lanjut tentang adat turun temurun ini, jangan lupa mengunjungi Negeri Sembilan semasa festival ini berlangsung.

Raptor Watch : 10 Mac - 11 Mac 2012 : Tanjung Tuan, Port Dickson. Tanjung Tuan terkenal dengan kekayaan alam semulajadinya dan juga unggas yang memenuhi segenap ruang atmosfera. Pada bulan Mac ini, bagi yang gemar melihat burung pemangsa yang singgah disini, bolehlah meluang masa dan melihat sendiri burung berkenaan.

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Kali Ke - 4 : 15 Mac - 18 Mac 2012. Putrajaya. Pameran yang diadakan setiap tahun ini pastinya menarik perhatian ramai dengan pelbagai aktiviti diadakan seperti menaiki belon panas sambil melihat pemandangan sekitar Putrajaya.

Jualan GP 1 Malaysia : 10 Mac - 15 Apr 2012 : Seluruh Malaysia. Tawaran hebat dan diskaun menanti pegunjung di karnival jualan seluruh negara. Diadakan sempena perlumbaan GP, karnival jualan hebat ini memberikan tawaran menarik bagi pelbagai barangan fesyen, aksesori dan banyak lagi.

Petronas F1 Malaysia Grand Prix 2012 : 23 Mac - 25 Mac 2012 : Litar Antarabangsa Sepang. Saksikan acara F1 di Malaysia. Pelabagai aksi pemandu terbaik duniadalam sukan bermotor F1.

Apapun selamat menempuh Bulan Mac/RabiulAkhir/JamadilAwal. Bulan Mac juga bermulanya cuti sekolah penggal pertama selama seminggu bermula 9 Mac - 18 Mac 2012 Sama-sama kita manfaatkan cuti tersebut untuk berlibur bersama keluarga tersayang. Semoga dapat mempereratkan lagi kasih sayang seisi keluarga..insyaallah..

02 February, 2012

02022012 : 12.2 Juta


Tertarik dengan tarikh hari ini : 02022012 : Angka 2 dan begitu juga tentang bahan berita dalam Kosmo hari ini, dalam muka surat 2: Malaysia ada 12.2 juta pengguna Facebook...aku pun tak terkecuali sama menjadi penggunanya, itupun rasanya dah lewat, hanya kenal pertengahan tahun 2010, itupun ketika berkursus bersama kengkawan, kalau tak FB/Blog pun tak kenal...better late than never..

Di Malaysia, seramai 12,267,720 pengguna dengan penambahan sebanyak 897,220 orang sejak enam bulan lepas. Angka tersebut meletakkan Malaysia di tangga ke-17 dunia daripada 213 negara di belakang Indonesia (ke-3) dan Thailand (ke-16). Malaysia di tangga kelima Asia daripada 44 negara. Laman web socialbakers turut menjelaskan sebanyak 53 peratus atau 6.5 juta pengguna di Malaysia ialah lelaki manakala baki 47 peratus pula perempuan...ramai lelaki gaknya nak berkenal-kenal,mengeratkan silaturahim...hahaha..yelah mudah nak berkomunikasi antara satu sama lain..macam2 hal, itu yang ramai terpedaya dek janji manis...jantan2 Afrika..hmmm..namun yang penting nawaitu...pasti laman sosial ini penting dan mudah, murah dalam menjadi medium 'perantara' antara satu sama lain...apa tidaknya FB dilancarkan pada Februari 2004 sudah memiliki lebih 800 juta pengguna di seluruh dunia : 70 bahasa yang digunakan. 130 purata rakan bagi seorang pengguna. 250juta gambar yang dimuatnaik pada setiap hari dan 350 juta pengguna aktif yang mengakses FB melalui gajet mudah alih....hebat..hebat..hebat penangan FB.

 Dalam pada itu, muka surat 48..turut memaparkan berita Facebook jual saham. Lapan tahun selepas penubuhannya, gergasi rangkaian sosial FB bakal mengemukakan tawaran awam bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka...bolehler gamaknye 'pengikut' FB membeli saham untuk melabur..hahaha..buat sistem cabutan seluruh dunia...hmmm..Menurut akhbar Wall Street Journal,syarikat yang berpangkalan di Palo Alto, negeri California itu merancang mengumpulkan AS$10 bilion (RM30.4). Namun FB yang diterajui bilionair muda, Mark Zuckerberg tidak mendedahkan bilangan saham atau senarai harga tawaran awam tersebut...hebat..hebat..hebat...

Yang pasti berita Facebook ini mungkin tersebar, disebar sempena bulan Februari gaknye, yelah kebangkitan mendadak sejak dilancarkan Februari 2004..lapan tahun berlalu dan telah berjaya menguasai dunia..apapun selamat menempuh bulan Februari, semoga kita sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t