31 July, 2021

31 Julai ~ Sambutan Hari Pahlawan

 Semalam khutbah Jumaat bertajuk :         'Pahlawan - Era Baharu Pandemik COVID-19' 

Hari ini 31 Julai 2021 sambutan Hari Pahlawan khusus untuk menghargai jasa dan pengorbanan  mereka yang terlibat dalam setiap aspek mempertahankan bumi tercinta khususnya dalam era baharu situasi terkini.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat..

Aamiin


30 July, 2021

30 Julai 2021 ~ 16k+

 30 Jul 21 ~ alhamdulillah bersolat Jumaat di Masjid Sementara Bukit Serkam. Tajuk khutbah ' Pahlawan - Era baharu Pandemik Covid-19' bersempena sambutan Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun pada 31 Julai. Bermula dari tahun 1960 yang dirasmikan Almarhum Tunku Abdul Rahman. Dalam era kini, pastinya barisan hadapan yang bertungkus lumus mengekang penularan Pandemik COVID-19 tidak kira dpd KKM, ATM,PDRM,BOMBA,RELA. Pastinya tanpa sedar banyak pihak yang terlibat dalam menghadapi Pandemik ini bagi menyekat penularan wabak dan patut turut sama bergelar Pahlawan.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.


25 July, 2021

25/7/21 ~ Kes C-19 - 17k+ Bertabahlah

Cuaca panas hari ini - berkurung dalam rumah melayan siaran 801 Olimpik Tokyo 2020. 

Menu hari ini - minggu daging Korban, sup tulang+daging, daging masak kurma. Alhamdulillah.

Hari ini kes +ve COVID melebihi 17k+ bertabahlah dengan angka malah jumlah keseluruhan telah menjangkau 1juta+ 

 


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. 

Aamiin

24 July, 2021

Hari Istimewa ~ 24/7/21 - Alamanda Jasin.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah, dipermudahkan segala urusan pada hari ini untuk menerima vaksin pertama di Dewan Alamanda Jasin,Melaka. Pastinya satu hari istimewa kerana tagline #Lindungi Diri Lindungi Semua telah sinonim dengan norma hidup masa kini. Dalam mendepani pandemik COVID-19, masyarakat perlu mendapatkan suntikan vaksin bagi membentuk kelompok masyarakat berimuniti agar kehidupan kembali normal. 

Petugas di PPV Alamanda memaklumkan bahawa vaksin yang akan disuntik adalah jenis Pfizer. Redha sahajalah, setelah berikhtiar kita perlu bertawakal. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Inshaa Allah isteri menyusul pada 29/7/21 nanti di Dewan MPJ Sri Umbai.









Aamiin..Ya Allah permudahkan segala urusan kami dan kurniakanlah kami sekeluarga kesihatan yang baik.



23 July, 2021

Jumaat ~ 23 Julai 2021

Jumaat~alhamdulillah hujan turun sejak jam 3.30 pagi. Dingin terasa pagi ini setelah tiga hari lepas panas cuaca, hingga bahang terasa.

Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sementara Bukit Serkam dengan kebenaran kapasiti jemaah seramai 100 orang. Syukur ke hadrat Allah SWT.

Tajuk khutbah ~ 'Hikmah Sebuah Pengorbanan'. 

 


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Aamiin.

20 July, 2021

10 Zulhijjah 1442H ~ 20 Julai 2021

10 Zulhijjah 1442H ~ Salam Aidil Adha. Alhamdulillah dapat menunaikan Solat Sunat Aidil Adha di Masjid Sementara Bukit Serkam bermula sekitar jam 8 pagi, kebenaran seramai 100 orang untuk Solat Aidil Adha tahun ini. Norma Baharu, pematuhan SOP. 

Tajuk khutbah : ' Korban - rebutlah keberkatan daripada Allah SWT'. Selesai Solat dilaksanakan pula ibadah Korban. Tahun ini tidak dapat menyertai sukarelawan team sembelihan/melapah.

Perut meragam, tidak selesa...Eno lemon, Pil Chi Kit Teck Sun, 100 plus zero sugar jadi pilihan untuk melegakan ketidal selesaan tersebut, menjelang Asar nampak makin berkurangan. Alhamdulillah dapat bersolat Sunat Aidil Adha sebelum terasa memulas menjelang khutbah ke dua. Bertabahlah.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Aamiin

18 July, 2021

KPM ~ PdPR Norma baharu

 18 Julai 21 ~ Hujan lebat sejak jam 0630pagi. Alhamdulillah, Sejuk rasanya setelah 2/3 hari lepas cuaca panas.

Musim cuti persekolahan bermula. KPM telah mengeluarkan Surat pekeliling tentang sesi persekolahan setelah tamat cuti nanti. Bertabahlah anakku menghadapi norma baharu pengajaran dan pembelajaran untuk PMR,SPM,STPM seterusnya. 



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT 

16 July, 2021

16 Julai 21 ~ 'Berbuat baiklah..

 Tajuk khutbah hari ini ~ 'Berbuat baiklah kepada semua' Alhamdulillah dapat bersolat Jumaat. Cuaca panas hari ini. Petang sempat bergunting rambut, sudah makin panjang sejak PKP3.0 dilaksanakan. Begitu juga Ikhwan rambut pun panjang, selalu usik - boleh buat sarang madu kelulut...


Kes +ve Covid-19 masih melepasi 10k. Bertabahlah diri masih menanti Dos vaksin pertama. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin.

15 July, 2021

15 Julai 2021 ~ 13k++ kes C-19. bertabahlah

15 Julai 21 ~ bertambah jumlah +ve Covid-19. Semoga peningkatan jumlah kes +ve akan mengalami penurunan dalam 2 minggu akan datang. Manakala jumlah penerima vaksin akan bertambah dan imuniti kelompok masyarakat akan kembali normal.

 



Setelah 2/3 hari lepas jumlah +ve melebihi angka 11k, peningkatan mendadak hari ini melepasi angka 13k. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Hari ini menikmati menu ikan patin tempoyak, sambal bilis petai, telor itik masak Lemak, sayur peria. Alhamdulillah... berselera, air kelapa Dan air sirap home made.Sempat membeli untuk durian IOI sebekas rm20. Sesekali terasa teringin..



Cuaca panas hari ini ~ peristiwa istiwa azam. Doa semoga kita dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Aamiin

11 July, 2021

1 Zulhijjah 1442H ~ 11 Julai 2021

 Pantas masa berlalu, hari ini sudah kita masuk ke awal bulan Zulhijjah 1442H bersamaan 11 Julai 2021M. Pelbagai peristiwa pahit Manis ditempuhi. Minggu berlalu, berganti bulan. Hari ini mendapat perkhabaran sahabat rakan MES 1 telah kembali ke rahmatullah. Semoga Almarhum Rasman Ros ditempatkan dikalangan orang beriman. Alfatihah (dibaca) ~ Aamiin.

Masih lagi berPKP 3.0 , Bertabahlah rakyat Melaka,peningkatan mendadak COVID-19~Kluster kilang industri Ayer Keroh. 


Jumaat - dapat menunaikan Solat Jumaat. Tajuk khutbah ~ 'Jangan putus harap dengan rahmat Allah SWT '. Syukur alhamdulillah jemaah untuk bersolat Jumaat dibenarkan seramai 100 orang untuk Masjid Kariah Bukit Serkam.

Hujan rahmat berterusan sejak petang tadi, semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.



02 July, 2021

2 Julai 2021 @ Bukit Serkam



Alhamdulillah dapat menunaikan Solat Jumaat pada hari ini. Awal pagi hujan membasahi Bukit Serkam. Tajuk khutbah Masjid Sementara Bukit Serkam ~ 'Jangan Makan Harta Anak Yatim'. Semoga mendapat ikhtibar. Kapasiti jemaah dibenarkan adalah 100 orang. Syukur alhamdulillah ~ semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat - Aamiin.