01 February, 2023

Merlimau Bercahaya ~ Merlimau Berpeluh 5.0(2023)

 28 Feb 23 ~ Aktiviti bersama keluarga,memeriahkan lagi suasana di Dataran Orang Kampung Merlimau. Santai-santai dihujung minggu.





Merlimau Kampungku...

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati Allah duniawi dan ukhrawi..Aamiin.


06 January, 2023

Lama tak jengah blog ~ 2023M

 


Bersantai minum petang bersama teman sekelas Tingkatan 6A (1985-1986) di LA Putu Piring Sg.Rambai,Melaka. Cukuplah seramai tujuh orang menceriakan suasana santai petang 

Semoga Kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati Allah dunia dan akhirat.Aamiin

31 December, 2021

31 Dis 2021~Tinggal Kenangan

 2021 bakal meningggalkan kita semua. Pahit Manis 2021 pasti terkesan dalam menempuh Tahun 2022.












Semoga Kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat dan sentiasa dalam redha Allah.

Aamiin


21 November, 2021

20 Nov 21~ #Melaka Memilih

 20 Nov 21 : Rakyat Melaka mengundi. PRN Melaka diadakan setelah pentadbiran lama tidak mendapat sokongan majoriti ADUN. Maka semalam Sejarah tercipta apabila Rakyat Melaka terpaksa rela untuk mengundi tidak seperti kebiasaan, bila memilih YB untuk DUN Melaka sahaja dan tidak untuk Dewan Rakyat peringkat persekutuan . Dan beginilah keputusannya.



Masa untuk YB yang menang berkhidmat untuk Rakyat.

Semoga Melaka terus gemilang dengan jentera pentadbiran BN yang memperolehi mandat besar untuk mentadbir sesuai dengan moto ~ 

Kestabilan Demi Kemakmuran.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin.

11 November, 2021

10.11.21~ Happy Anniversary : Alhamdulillah Ke 26 Tahun

Semalam 10 Nov~genap 26 Tahun Hari Ulangtahun Perkahwinan :

Alhamdulillah, semoga kami sekeluarga sentiasa dalam redha dan rahmat Allah SWT....Aamiin.

Jika tahun lepas sempena Jubli Perak, sekeluarga menikmati makan di Green Cafe, BJBestari, tahun ini santai ke Dataran Pahlawan menikmati makan tengahari di Restoran Wang Solo dan sebelah malam ke D'Anjung Ikan Bakar.





Petang merentas ke Muar, membeli keperluan barangan dapur diNSK...Lama benar tidak ke daerah sini, hujan lebat turun petang ini, sesak dengan kenderaan.

Semoga kehidupan kami sekeluarga akan sentiasa diredhai dan dirahmati Allah SWT. 

Doa jua semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.Aamiin

03 October, 2021

031033~88 HBD Abah

 Alhamdulillah ~ Selamat Hari Lahir Buat Abah ~ Ithinin bin Talif. Semoga sentiasa dalam keredhaan dan dipayungi rahmat Allah SWT. Dikurniakan kesihatan yang baik dan dilanjutkan usia yang berkat. Semoga kesembuhan, kekuatan buat Abah. Inshaa Allah.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin.

01 October, 2021

01102021~Melaka Ke Fasa 3

 Hari ini 1 Oktober 2021~ bersolat Jumaat di Masjid Sementara Bukit Serkam. Tajuk khutbah : 'Beriman kepada Takdir Allah' Syukur alhamdulillah dapat menunaikan Solat Jumaat mengikut kapasiti yang dibenarkan. Cuaca panas namun menjelang 6 petang hujan lebat mulai turun. Jam 2 petang ke Mydin Jasin membeli keperluan barangan dapur. SOP terus dipatuhi, menikmati menu Mandi Lamb Nasi Arab (RM16), alhamdulillah berkongsi hidangan bersama isteri.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin