03 December, 2014

TMM 2014 : Tanah Rata : Cameron Highlands

29 November 2014

Pukul 10 pagi check out dari Hotel Jasmine untuk ke lokasi sekitar Tanah Rata. Masa booking dulu, takde kosong Quad Deluke atau Family Room untuk tarikh 29 Nov jadi terpaksa booking ke Hotel Cool Point, Tanah Rata...lokasi lama 2011.

Sebelum bergerak, sempat ronda-ronda ke CT Craft Brinchang, pemilik bumiputera, pemastautin di Taman Sedia, Tanah Rata. Penuh barangan kraf, 'homemade'..cuma beli penanda buku hasil dari bunga-bungaan Cameron Highlands dan fridge magnet, jadi kepada penggemar barangan kraf jangan lupa singgah ke CT Craft Brinchang, 


Masa check in pukul 2 petang, jadi terjah dahulu ke perkampungan Melayu Taman Sedia, Tanah Rata, banyak chalet/homestay tersedia di daerah perkampungan Melayu ini. Jika hendak membeli makanan berasaskan strawberi, anda boleh ke sini, hendak merasa scone, muffin, air strawberi, jem strawberi, acar strawberi dan buah strawberi petik sendiri dengan harga RM35 se kilo...serba serbi strawberi. Ikut kata pekerja dari Bangladesh yang telah 8 tahun di daerah tu, hanya pekerja muslim sahaja yang bekerja di Taman Sedia. 

Bahkan dari Brinchang boleh jalan pintas ke  Tanah Rata jika melalui kawasan perkampungan tersebut, tidaklah asyik berselekoh sahaja jika melalui jalan utama.

Taman Sedia : banyak chalet di sini

Katanya : Strawberi utk pasaran Pasaraya Giant

Hot muffin strawberi Opah Farm
Aura makaroni kari + air strawberi = marvelouss
Sebelum jalan keluar ke Tanah Rata, sempat menjenguk ke CHiMP :


Tutupler pulak : tak dpt lihat 'mossy area'
Kuningnyaaa air : huhuhu
Dari situ kami terus ke Taman Agroteknologi MARDI, penuh dengan pelbagai informasi, harga dewasa RM 3 dan kanak-kanak RM1.50sen. Sebagai tanda kenangan beli rantai kunci, pen MARDI sebagai koleksi serta teh buatan pihak MARDI Cameron Highlands. Sebenarnya disini juga ada disediakan chalet/homestay.



Pokok Epal

Jom pekena teh MARDI
MARDI Cameron Highlands
Setelah puas meronda kawasan Taman MARDI, akhirnya kami check in Cool Point untuk bersantai dan hujan mula turun mengiringi suasana petang di Tanah Rata...sebelah petang ronda-ronda di medan selera sambil pekena nasi beserta sup ..penghangat suasana..diteruskan dengan pencarian kincam goreng.cendawan goreng serta air kelapa laut di Pasar Malam Brinchang.

Cool Point : Rasmi pada 1995
TMM 2014 : Selamat berlibur untuk semua, semoga percutian diberkati Allah swt.

















No comments:

Post a Comment