27 January, 2017

Jan 2017 : Jenjalan Legoland Malaysia Resort

21 Jan 2017 : Alhamdulillah tertunai sudah hasrat anak-anak ku untuk ke Legoland Malaysia. Pertamanya Riya : dua kali rombongan sekolah terbatal untuk ke Legoland..hingga aku gelar Cikgu yang menguar-uarkan rombongan ke sana  : Cikgu Legoland. Kedua Nisa sebagai janji mencapai UPKK 8A dan pastinya teruja untuk ke destinasi tersebut ialah Ikhwan : bila dapat tahu Legoland telah membuka satu lagi tarikan terbaru Ninjago Ride..

Bagi warganegara Malaysia akan mendapat diskaun harga : Dewasa RM146 dan kanak-kanak RM116 dan teristimewa bagi pemegang kad Maybank mendapat diskaun harga 30%...jadi pemegang kad Maybank perlu bayar melalui kad debit/kad kredit...pastikan amaun harga tiket mencukupi dalam akaun.

Jom ke Legoland :

Kawasan parkir


Sila zoom untuk lihat harga tiket


Miniland

ChimaLand


Lego Starwars
Sejukkan badan dalam panggung wayang
Welcome Ninjago

Menara Taming Sari@Legoland
Duk sini berjam2 pun takpe budak ni
Hotel Legoland..ntah bila dapat nginap kat sini
Tambah koleksi from Legoland
Welcome to Legoland Malaysia
Hotel Nusa CT..nginap semalam je....terbaik

Masih belum puas rasanya ronda-ronda di Legoland meskipun hampir 5 jam disitu. Nasib baik masuk pukul 10 pagi kerana hujan mula turun jam 4 petang. Seronok menerjah bersama anak-anak di Ninjago The Ride, Technic Twister,menaiki menara berputar dan menonton wayang Lego4D...

Menginap semalam di Hotel Nusa CT Gelang Patah (lebih kurang 10 minit ke Legoland) : lengkap dengan iringan berus gigi,ubatgigi, botol mandian, gula krimer nescafe tea..dan sarapan pagi untuk 2 pax. Terima kasih untuk Hotel Nusa CT...duk hotel bajet kat PD pun tak ada macam di sini..

Akhir kata selamat berlibur untuk semua sempena CNY...semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT...aamiin



10 January, 2017

10.01.2017 : Koleksi Setem Ayam Serama

10.01.2017 : Pos Malaysia keluar setem ayam serama sempena Tahun Baru Cina. Pagi ini berbaris panjang di Pejabat Pos Besar Melaka untuk mendapatkan setem edisi khas Ayam Serama. Dah ramai otai berbaris pepagi hinggakan bila giliran hendak membeli...folder sudah habis terjual. Kali ini setiap seorang hanya dibenarkan membeli 3 keping first day cover (fdc) sahaja..

Kali terakhir keluaran setem ayam serama adalah pada 01.08.2001. Jadi memang teruja sangat untuk melengkapkan koleksi setem fauna : siri ayam/unggas/burung. Tahun 2016 tiada keluaran setem tentang burung. Jadi pembuka tahun 2017 pasti memberi keterujaan untuk pengumpul setem tegar menambah koleksi peribadi.

First Day Cover dan setem RM8

First Day Cover dan Setem RM3

First Day Cover dan Setem RM1.05/95sen/85sen

Risalah tentang Ayam Serama




Tak dapat folder.. dapat poster pun Ok

Resit Setem berserta GST

Akhir kata selamat menambahkan koleksi bagi para pengumpul setem, semoga kehidupan kita semua dilimpahi kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat...aamiin..

06 January, 2017

Diari Santai : Januari 2017

Selamat Datang 2017 : Semoga kehidupan kita semua dilimpahi kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dikurnia kesihatan, dipanjangkan umur dan dilimpahi rezeki..diberkati dan dirahmati Allah SWT...aamiin.

Antara aktiviti menarik Bulan Januari 2017 :

15th Royal Langkawi International Regatta : 9 hingga 14 Januari 2017 : Royal Langkawi Yacht Club Langkawi : Sila layari www.langkawiregatta.com untuk info lanjut.

Sedili Kite Boarding : 9 hingga 10 Januari 2017 : Pantai Sedili Johor .

Tioman Surfestival :12 hingga 14 Januari 2017 : 1511 Coconut Grove, Juara, Pulau Tioman : Layari www.facebook.com/tiomanboardriders untuk info lanjut.

Ponggal : 14 Januari 2017 : Layari www.visitpenang.gov.my untuk info lanjut.

Selamat Hari Lahir Khairunnisa Rosli : 22 Januari 2017 : Serkam Melaka.

Tahun Baru Cina : 28/29 Jan 2017 : Seluruh negara.

#kredit Harian Metro 5jan17

Selamat berlibur untuk semua. Gegau Melaka Gegau Melaka United 2017