01 December, 2014

TMM 2014 : Lost World Of Tambun (LWOT)

27 November 2014

Musim cuti sekolah menjelma kembali, macam biasa 'libur bersama keluarga' kali ini kembali menjengah taman tema LWOT yang pernah kami terjah pada 2011 lepas..kali ini menginap di hotel bajet Suninns Tambun ..tak jauh cuma kira-kira 500 meter dari LWOT. 

Bergerak jam 0630 pagi dan singgah sebentar di RnR Dengkil, kemudian meneruskan perjalanan terus ke lokasi dan keluar di Tambun Exit untuk ke LWOT, sampai kira-kira jam 1045 pagi..dah banyak kenderaan rupanya di tempat letak kereta...biasalah cuti sekolah.

Berlatarkan banjaran batu kapur
Memang banyak perubahan yang dilakukan pengurusan LWOT berbanding 2011 lepas, selain harga meningkat..penambahbaikan terutama di 'petting zoo'..tak silap tarikan terbaru rumah hantu, 'lupe adventure'..kawasan ayam laga..tempat makan 'dulang tea'..dan bagi pemegang kad Mesra Petronas boleh digunakan bagi mendapat diskaun 15 peratus harga tiket, dan penginapan di hotel LWOT





Diskaun 15 peratus : Kad Mesra

Dulu wrist band skrg lain

Seronok bersama famili meneroka 'petting zoo', menjerit menaiki 'roller coaster' di Lupe Adventure, menunggang gajah, mendulang bijih...









Animal Feeding Show Time













Harga makanan mcm biasaler, berbeza dari luar, air tin/mineral RM4..sabo jela, lainlah harga mcm di Bukit Tinggi@Berjaya Hill kawasan tanah tinggi..pihak pengurusan LWOT patut bersikap mesra pengguna...harga makan kasi murah ma..


Nasi Vanggey LWOT : RM10 today spesel

Semalam di Hotel Suninns, lokasi yang tidak jauh dari LWOT..kawasan parkir luas, nak makan-makan  pun  mudah..dibawah hotel ada Restoran Bintara dan sederetan bangunan ada pilihan Restoran 3000 Island serta Restoran Kg Ipoh





Selamat berlibur buat semua sempena TMM 2014, semoga percutian diberkati Allah swt.



No comments:

Post a Comment