26 January, 2011

Rajah Brooke Sungai Chiling




 

  Rajah Brooke Butterfly
 Hujan yang turun berterusan sejak malam tadi, menyebabkan kotak fikir mengimbau kenangan bersama teman-teman meredah ke Air Terjun Sungai Chiling, yang secara kebetulan juga terlihat gambar dan membaca berita dalam Komuniti Kita  Kosmo hari ini tentang aktiviti Sg.Chiling. Dan gambar di atas Rama-rama Rajah Brooke yang begitu menawan dan rama-rama terbesar di Malaysia, dapat dilihat secara dekat  leka menghisap garam di satu kawasan di sebelah kanan jambatan pertama wakaf rehat di Sg Chiling...mengasyikkan...alhamdulilah menikmati indahnya ciptaan Allah s.w.t

Peta Santuari Ikan Kelah Sg. Chiling

ENAM KRITERIA UNTUK MENGAITKAN SG.CHILING DAN ECOTOURISM

a. Sg. Chiling sememangnya terletak dilokasi alam semulajadi iaitu di Hutan Simpan Kuala Kubu Bharu (koordinat Timur 101 45.05’ Utara 03 35.71’)

b. Dengan larangan-larangan penguatkuasaan oleh pihak pengurusan kepada pengunjung seperti kenyataan dilarang memasak,dilarang membawa sebarang binatang peliharaan, dilarang memancing ikan, dilarang buang sampah, dilarang berkhemah pastinya akan memberi kesan negatif paling minima kepada kawasan tersebut.

c. Arahan terbaru oleh pihak pengurusan Jabatan Perikanan Selangor iaitu waktu pusat santuari di buka hanya pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad mulai 1 Ogos 2010 pasti memberi impak untuk jumlah pelawat yang datang. Selain itu pihak pengurusan juga boleh menguatkuasakan jumlah pelawat dalam satu-satu masa. Ini pasti akan mempunyai had daya tampung bagi mengekalkan khazanah alam terus terpelihara.

d. Sungai Chiling yang telah diwartakan sebagai Santuari Ikan sejak tahun 2007 dengan penguatkuasaan larangan menangkap ikan di sungai tersebut adalah menepati dan bertepatan dalam menyokong konservasi.

e. Dengan papan kenyataan yang menerangkan tentang peta santuari Sg.Chiling, larangan penguatkuasaan terhadap ikan di sungai tersebut,malahan sekiranya pihak pengurusan menambahbaik dengan menyediakan pemandu pelancong samada dari Jabatan Perikanan atau dari luar pasti ia akan meninggalkan kesan serta mempunyai pendekatan berunsur pendidikan serta pengetahuan.

f. Meskipun tiada sebarang aktiviti perniagaan dilaksanakan ketika lawatan namun kelihatan gerai menjual makanan di kawasan lapang di jambatan besi. Sekiranya tempat ini di bangunkan secara komersial pastinya ia secara tidak memberi pulangan positif kepada penduduk setempat samada dari segi ekonomi dan sosial. Penglibatan orang asli Kg Pertak dalam menjual hasil hutan, pemandu pelancong, petugas di kawasan santuari ataupun penglibatan peniaga-peniaga dari kawasan Kuala Kubu Bharu dalam perniagaan cenderahati, makanan boleh memberi impak positif secara amnya di kawasan tersebut.



25 January, 2011

Ceiba Pentandra

Pokok kekabu
Selepas menghantar Nisa kelas agama petang, melalui Jalan Mawar terlihat pokok kekabu dan timbul idea utk mencatat sesuatu tentang sejenis flora yang rasanya anak-anak pun tak mengenali pokok tersebut. Apatah lagi bulan lepas, belikan my wife bantal kekabu di Uptown Damansara dengan harga RM 18..buat sendiri bang ..jelas sang tauke... jauh lebih murah dari harga di gerai bantal kekabu di Pasir Panjang Port Dickson..mungkin melalui org tengah, itu yg harga mahal..

Info dari petikan  http://wannura.wordpress.com/

Nama Tempatan : Pokok Kekabu
Nama Saintifik :  Ceiba Pentandra
Nama lain : Kapuk..(agaknya tu yang panggil gitar kapuk)
Famili : Bombacaceae ..(seangkatan dengan pokok durian)
Asal : Amerika Tengah, Utara Amerika Selatan, Asia Tenggara (Malaysia)


Buah pokok kekabu tergantung seperti timun pada hujung ranting. Warna buahnya hijau semasa muda dan berubah menjadi perang hingga hitam apabila masak dan merekah dari pangkal pucuk. Di Semenanjung Malaysia, pokok kekabu paling banyak terdapat di Perak (betul ke, tolong jawab NG Aziz..kene fikir2 kan kenapa banyak di Perak)
Kegunaan :
 - Minyak biji kekabu digunakan untuk membuat sabun dan bahan api.
-  Kayu kekabu lembut dan digunakan untuk membuat sampan, kotak , kayu mancis
-  Kulit pokok kekabu digunakan sebagai pewarna merah coklat pada kain.
-  Di Malaysia, daun kekabu yang sudah diramas dan direndam didalam air panas atau direbus, diminum sebagai ubat demam panas dan selepas bersalin. Air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai ubat penyembuh asma dan demam untuk kanak-kanak...

Erm..banyak khasiat pokok kekabu..tapi kita lebih mengetahui kekabu sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional..nak tahan lama jauhkan dari air, dijemur dipukul,dirotan,disebat - untuk menyingkirkan debu..
Ok selamat dibuai mimpi bersama bantal kaboo....

'Choo choo' di Stesen Keretapi Gemas

'Choo choo' istilah untuk keretapi oleh Qwan..peminat Thomas and Friends,Chuggington..mcm2 kerenah, malam ni melayan dia melihat 'choo choo' kat Stesen keretapi Gemas, Keretapi Senandung Malam ..Singapura-Gemas-Tumpat..singgah sebentar kira-kira 10 minit di Gemas jam 10.45 malam, apalagi terpaksa bawa naik kejap atas keretapi sambil duduk kan atas kerusi 'choo choo' ..puas hati gaknya selepas dapat melambai dan memerhati secara dekat 'choo choo'..sambil menunggu sempat pekene mi sup, kuey teow goreng, nasi lemak ..hai supper jadinye..

Senandung Malam tiba jam 10.50 malam

Platform 1
Tarikan lukisan 'choo choo'
Stesen Keretapi Gemas sebenarnya dalam proses ke arah peningkatan dan perubahan wajah, berdasarkan papan tanda projek di bawah yang mana bakal menyaksikan Stesen Keretapi Dua Tingkat - seiring dengan kepesatan pembangunan kawasan tersebut.


Gemas makin pesat membangun, jika dulu umpama bandar mati..sekitar jam 7 malam kedai-kedai dah mula tutup tapi dek penangan terbinanya Kem Syed Sirajuddin maka tempias pembangunan turut melanda.
 Ok Qwan, harap dapat lena tidur setelah melihat 'choo choo'....ermmmm

 

23 January, 2011

Safar 1432H/Minggu ke 4 Bulan Jan 2011

Bukan apa ..teringat masa kecik2 dulu masa bulan safar, dia orang bz sangat nak pergi ke Pulau Besar Melaka -'mandi safar' kata org2 lama..ya lah masih teringat mandi-manda di Pulau Besar, naik bot ke Pulau Keramat tu..hehe..lama dah rasanya tak kesana, teringat buat tugasan dlm bentuk slaid utk kerja kursus sekitar tahun 1996 dan bersama anak sulung bermandian,bersama warga kerja SMKPB utk 'family day'..memikul brg keperluan makan2 - dari jeti ke kawasan lapang..berpeluh jugak..dengar citer dah ada muzium kat sana..apapun myb jarak masa terdekat boleh ronda2 kesana..naik 'catamaran'..ntah berapa harga tambang kat sana..nostalgia - cuba2 nak blaja hisap rokok keretek masa camping kat sana..alhamdulilah tak melekat dan tak sesuai dgn jiwa..kalau tak tentu perokok tegar sekarang..aduii..
Apapun PB pasti tak lari dengan kubur-kubur keramatnya..pusat pertapaan..teringat naik bot bersama-sama kambing yang bakal jadi lauk..ya lah ramai gak org2 india muslim berkunjung kesana..seolah-olah tempat bayar nazar..hmmm ntah biler kan meneroka kembali ke PB..insyaallah..
Yang menarik hendak dicatatkan berkaitan dgn Bulan Safar/Januari 2011 adalah tentang hari lahir Khairunnisa..17 Safar/22 Jan dah genap usianya 7 tahun..selamat panjang umur anakkku..moga diberkati Ilahi, semoga berjaya dunia dan akhirat.. Selamat menempuh alam persekolahan 4M..

Birthday Gurlz-7 tahun

Ok tahniah nisa..pembuka siri Hari Lahir famili kita, abah tunggu hujung tahun ..penutup 'Bday the Series'.

Petang tadi menjelajah lagi tiap hujung minggu menjengah Kak Long kat asrama, dah jadi rutin..ingat tak nak jengah, dapat pulak telefon ..macam2 permintaan - biskut,pencuci muka,kadfon..ermm macam2 ma..
Melintasi kws Kg Sungai Dua, Gemencheh..terlihat ladang jagung manis, hai ntah biler musim tuai gaknya..boleh gak merasa ' Sweet Corn Two Water'..pasti manis tuaian pertama..



Melihat ladang jagung, teringat kursus usahawan minggu lepas..berbudi pada tanah boleh gak bergelar usahawan tani..hahaha..minggu lepas gak berjumpa Abang Kamal sekarang dah cebur projek kolam ikan kat Bukit Tinggi, Bentong..hai senyap2 ceburi bidang ternak ikan..dapat gak rasa hasil kolam - ikan tilapia merah..alhamdulilah..aku ntahler..'apa nak jadi / nak jadi apa'...?




22 January, 2011

Enggang di Pasir Besar, Gemas, N9

Oriental Pied Hornbill

Burung Enggang (Famili : Bucerotidae) merupakan salah satu daripada burung-burung yang terbesar di hutan tropika Asia Tenggara yang mudah dikenali namun masih belum dikaji dengan mendalam. Di Asia, terdapat 31 spesis burung enggang daripada 8 genera yang telah dikenalpasti. Daripada jumlah ini, 10 spesis burung enggang daripada 6 genera boleh ditemui di Malaysia, dimana 10 spesis tersebut dijumpai di kawasan hutan Taman Negeri Di Raja Belum dan hutan simpan Temenggor.

Sedikit intro tentang Burung Enggang, itupun membaca apabila aku dapat tugasan untuk 'present' semasa ujian Nature Guide di Hutan Simpan Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Apa yang menarik di kawasan aku ni, telah beberapa kali aku ternampak burung enggang seperti gambar di atas. Banyak input tentang enggang..antaranya lambang kesetiaan antara pasangan jantan dan betina..apapun yang pasti dengan kawasan Pasir Besar yang makin pesat dengan pembaharuan..dah ada 'trafic light', terminal bas, masih terdapat burung enggang yang terbang berkeliaran antara kawasan kilang getah, kawasan sekolah menengah dan di kawasan penempatan di sini..tak dapat nak aku pasti dimana sarang sebenar burung-burung tersebut..anak-anak aku pun dah berminat bila dengar bunyi burung tersebut, berlari keluar mencari,menjejak bersama buku Birds of  Malaysia and Singapore..

 Sedikit info tentang Burung Enggang spesis Burung Enggang Kelingking berdasarkan buku karya GWH Davison dan Yeap Chin Aik

Description : This small hornbill is one of the commoner species. Black head, neck and wings, white lower breast and outer tail feathers.
Distribution : Resident from India to SW China and throughout Southeast Asia to Sumatra, Borneo and Java.
Habits and Habitats : In lowland forest edges, mangroves and along rivers, seldom above 500m. Like others hornbills, it nests in tree cavities, the female being sealed in with mud except for a narrow slit through which the male passes food to mother and offspring. Exciting recent work with cameras and satellite tracking has revealed many details of the species 'breeding cycle, including its astonishing range of animal prey.

Ermm..terjemahan terus dari buku, pandai2lah cari maknonye..antara spesis lain ialah Burung Enggang Papan, Burung Enggang Gatal Birah, Enggang Berkedut, Enggang Hutan, Enggang Gunung, Enggang Tebang Mentua, Enggang Buluh, Enggang Badak dan Enggang Bulu - sumber rujukan poster The Malaysian Nature Society (MNS) Hornbill Conservation Project - Hornbills of Belum-Temenggor Perak, Malaysia.

Dibawah gambar-gambar sebagai bukti adanya enggang di Pasir Besar, Gemas, N9 :




Yang penting semoga projek MNS di Hutan Belum-Temenggor akan berjaya untuk memajukan kajian burung enggang dan dapat meningkatkan kesedaran dan mendidik orang umum mengenai kepentingan hidupan liar.

21 January, 2011

Tamat RP bakal muncul LDI

Setelah tamat SKM Tahap 3 - Nature Guide dalam modul Kursus Usahawan Pelancongan, aku dan rakan-rakan menjalani pula nilai tambah keusahawanan, dapatlah juga membuka minda tentang aspek 'entrepeneur' meskipun tiada dalam kotak fikir ke arah itu..apapun masa 2 minggu pantas berlalu..menjalani nilaitambah di Program Pembangunan Keusahawanan dari 10 Jan hingga 21 Jan 2011. .aspek motivasi,kunci kira-kira, penyata pendapatan,konsep pemasaran,rancangan kewangan..bnyk input diperolehi.Thx Cikgu Mazlan,Pn Yati, Mr Sapowan, Mr Hisam n Mr Zul..Alhamdulilah setelah tamat nilai tambah, berjaya untuk kepuasan diri - kehadiran maksima dalam kursus yang dilaksanakan di PERHEBAT Sg Buloh.. bermula 11 Jan 2010 hingga 21 Jan 2011..Usahawan Pelancongan dan Kursus Keusahawanan..


                                         Rancangan Perniagaan oleh Santai Travel And Tours

Dalam kursus usahawan, kemuncaknya adalah pembentangan Rancangan Perniagaan (RP),sekurang-kurangnya kami dapat mengetahui sedikit maklumat dalam penyediaan RP untuk membuat pinjaman kepada pihak bank. Untuk maklumat RP adalah dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Merupakan pelan induk perniagaan yg menerangkan kajian yg telah dibuat dan langkah yg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara pelaksanaan strategi perniagaan.
                                               Antara staf  Santai Travel And Tour
                                            Mr Anuar sedang memberi taklimat RP
                         
                                                        Barisan Panel Penilai
Apapun nilaitambah usahawan sekurang-kurangnya dapat mengubat gundah jiwa tidak dapat menikmati tambah nilai bidang fotografi, pembikinan cenderahati yang sepatutnya dilaksanakan lebih awal mengikut jadual kursus. Semalam sempena cuti Thaipusam di Selangor, aku bersama famili jalan-jalan ke Melaka Mall, sebenarnya 2 in 1, aku menghantar surat permohonan Latihan dalam industri (LDI) ke MPHTJ, namun tidak mendapat pengesahan sebenar setelah pegawai pengurusan tiada..mungkin hari Isnin akan ada jawapan..moga berjalan lancar dan hasrat untuk berkhidmat di negeri tercinta akan terlaksana..insyaallah..
Selamat menjalani LDI buat semua rakan sekursus dan jumpa semula bulan Jun nanti..


18 January, 2011

Majlis Perpisahan Kursus Usahawan Pelancongan Siri 1/2010 - Nostalgia

Diam tak diam telah setahun aku menjalani 'transformasi'..dari lingkungan kehidupan bergelar ARMY kini menjalani kursus peralihan bagi menerus sisa kehidupan di alam AWAM..Tanggal 12 Jan 2011 bersama teman-teman meraikan majlis perpisahan buat semua rakan sekursus..Dari 23 orang..kami beransur ke angka 21 orang..buat Rabanie n Ali NG..slmt menjalani kehidupan awam..insyaallah kami menyusul Julai nanti..bersama teman2 menikmati makan malam di tepian kolam di Rahman Putra Golf, Sungai Buloh, Selangor. Majlis makan malam walaupun secara sederhana namun tetap meninggalkan kesan di jiwa, begitu pantas masa berlalu...

Alhamdulilah..kerabu sotong,rendang ayam..sup ayam
                         Tok Batin/Penghulu Kursus - yang baju batik lain dari lain ma



Ucapan Salam Takzim dari Cikgu Zul


Terbang-terbang burung tempua
Hinggap pula di pohon manggis
Terima kasih buat semua
Sudi hadir meriahkan majlis..

Moga majlis ini akan berterusan bagi meneruskan kesinambungan ikatan silaturahim yang terjalin sejak 11 Januari 2010..apapun selamat majujaya buat semua..terimakasih buat tenaga pengajar..Selamat Maju Jaya, Moga Panjang Umur Jumpa Lagi...Insyaallah..


07 January, 2011

Asian Cup Qatar 2011 - Demam Bola Lagi....


Menjelang 1230 pagi waktu tempatan, bermula satu lagi pembuka tirai perlawanan bolasepak bagi merebut Piala Asia 2011 yang bakal berlangsung di Stadium Khalifa, Doha Qatar. Macam biasa dah set jam 1200 tghmlm nonton saluran 832 tapi takda geng, sorang2 je le nmpknye..nak tunggu Qwan besar,baru nak 3 tahun umurnya..kalau tak, ada  juga geng..tak apa sabar..2014 World Cup di Rusia..2022..di Qatar..masa tu, silap2 aku ada kat stadium sana..haha..selamat panjang umur..insyaallah..apapun yang pasti kali ini pasti benar2 menguji Qatar selaku penganjur apatah lagi setelah menidakkan bidaan USA,Australia,Jepun dan Korea Selatan untuk memenangi penganjuran World Cup 2022..kini usaha keras bermula.

Kejohanan kali ini dijangka berakhir pada 29 Januari pasti menghidangkan sesuatu yang hangat untuk diperkatakan. Antara perkara-perkara yang pasti menarik :
* Penantian India selama 27 tahun berakhir..apakah mampu menandingi Korea Selatan, Australia, Bahrain di peringkat kumpulan
* Pasti menarik - Iran dan Iraq dalam kumpulan yang sama Kumpulan D, selaku juara bertahan tahun 2007 pastinya gelombang kejutan tahun 2007 akan berulang. Apakah semangat kesukanan mampu melerai kekusutan peristiwa Perang Iran-Iraq..
* Apakah akan ada pertemuan Korea Selatan dan Korea Utara di peringkat seterusnya setelah dipisahkan berlainan kumpulan diperingkat awal.
* Australia yang bakal menjadi tuan rumah Asian Cup 2015...apakah mampu menjuarai buat julung kalinya kali ini..
* Pemain-pemain Asia yang berkelana ke Liga-liga di Eropah akan beraksi...pasti tertunggu kelibat Park Ji Sung, Tim Cahill..antara pemain dalam BPL..pemain Jepun dalam liga Jerman...tungguuuu..sama-sama kita saksikan..

Malaysia pula..moga kelibat pemain-pemain kita akan dapat kita saksikan pada 2015 di Australia..insyaallah..pemain-pemain pelapis yang baru menjuarai Piala AFF Suzuki pasti mencongak azam meneruskan kegemilangan..tapi sayang juga tiada kelibat pasukan Asia Tenggara dalam kejohanan di Qatar.


Aku yang akan tamat 'pertapaan' pada Ahad nanti pastinya akan mencari lokasi untuk menikmati demam bola  2011..macamana Bamboo River..hampir sebulan ku tinggalkan..Selamat menikmati citer lama..'makan bola, tido bola..akhirnya Demam Bola..Majulah Sukan Untuk Negara...

 

06 January, 2011

Suratkhabar lama..old paper..buku lama..olang lama..haha

Dalam masa cuti begini..sambil kemas-kemaskan rumah..hehe..timbunan paper lama, buku-buku/majalah-majalah - antaranya astro view,mingguan wanita..makin lama makin tinggi ma, jika di Serkam..terdengar juga teriakan ..'meli sulatkaba lama, muku lama'..'meli sulatkaba lama, muku lama'..sambil terdengar bunyi hon..kat daerah keterasingan sini..huhuhu..terpaksalah minta khidmat nasihat jiran2..petang tadi maka operasi pembersihan dilaksanakan.. maka penuh ler mpv aku ngan bahan-bahan kitar semula tersebut..bergerak ke destinasi 'kedai brg lama' yang beroperasi belakang Econsave Bahau..daripada bertambah menggunung hingga sakit mato den..maka terlaksanalah urusan jual beli...




Untuk maklumat harga pasaran kat Bahau N9..
 Kertas - 25 sen sekg, botol plastik - 40 sen sekg, tin (mcm tin  susu dan sewaktu dengannya) - 40 sen sekg, Tin aluminium - RM3.50 sekg...tak tanya le kabel, besi..tentu lagi mahal but bateri kete lama rasanye RM 5..
Tentang aku punya paper/magazine/book lama, kuantiti berat 148kg x 25 sen = RM 37.00...haha.. lepas tu pekene mi sup,kuey teow kat Benteng Bahau...satu lagi bentuk keusahawanan yang jarang diceburi oleh bangsa melayu..rasanya..kat Bentong Pahang..kaum India..kat Bahau pun kaum India..kene buat praktikal kat sini gamaknye utk buat francais..hehehe
Apapun insyaallah minggu hadapan bermula lagi musim belajor..kursus usahawanG..moga dapat input berguna meskipun tiada 'mindset' untuk ke arah 'entrepeneur'...takdir penentu segala..

Melaka Bandaraya Teknologi Hijau


Dalam entri lepas ada aku sebut tentang ronda2 ke Melaka Bandar Teknologi Hijau..ye la sebab terlihat papan iklan yang tertulis Melaka Bandar Teknologi Hijau..jadi tercari-cari le ape ke makna sebenar perkataan tersebut..dapatlah kita kongsi sama2 sedikit info tentang 'Green Technology' ...hmmmm.
(Rujuk sisipan Sains Mega Utusan Malaysia - 3 Jan 2011)

- Teknologi Hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semulajadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia.
- Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

- Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
- Teknologi Hijau merujuk kepada produk peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria berikut :
* Ia  meminimumkan  degradasi kualiti persekitaran.
* Ia mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar.
* Ia selamat digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.
* Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
* Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

4 tonggak dasar teknologi hijau negara.
* TENAGA - mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga.
* ALAM SEKITAR - memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar.
* EKONOMI - meningkatkan pembangunan ekonomi negara.
* SOSIAL - meningkatkan kualiti hidup untuk semua.


                                  Pondok bas di Paya Rumput -guna panel solar

Apatah lagi Melaka berhasrat menjelang 2020 menjadi bandaraya teknologi hijau..titik permulaan adalah kerjasama dengan bandar Adelaide untuk memperolehi perkongsian maklumat serta menimba ilmu pengetahuan ke arah menjayakan dasar teknologi hijau. Bahkan pembinaan kilang panel solar di Alor Gajah juga salah menjadi salah satu kejayaan negeri dalam menarik pelabur asing ke Melaka bagi menjayakan impian tersebut. Selain yang bakal muncul  insinerator'- bagi melaksanakan pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif dan efisyen...Melaka ke arah Bandaraya Teknologi Hijau..

04 January, 2011

Azam 2011


Masa begitu pantas berlalu..diam tak diam dah 4 hari melayari tahun baru 2011, terasa masih baru peristiwa2 yg berlaku..dari menjelang detik berlabuhnya 2010 hinggalah ke hari ini 4 Januari 2011 bersamaan 29 Muharam 1432H. Tahun ini pastinya banyak peristiwa yang bakal aku tempuh..antaranya menghadapi situasi alam 'awam'..anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR dan ntah apa lagi...moga segala perancangan akan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t  insyaallah..
Apa pun tika menjelang tahun baru..hanya bersama Bonda, anak-anak, mengikuti kelas 'khas' pembikinan kuih 'abuk-abuk'..aduii anak2 pun tak kenal kuih ape, tau mkn je..haha

                                           Bakal Chef sibuk memerhati..hahaha

 Lepas dah siap semuanya bergerak kerumah mak sedara, hantar kuih yang telah siap..lepak2 pekene asam pedas ikan pari, pizza, roti canai terbang (nak cari ada kat restoran di Taman Teluk Emas Melaka..berterbangan roti dibuatya)..biasalah sambil2 meninjau sedara mara dan mak pun nak berkunjung sambil menghantar sambal goreng istimewa utk bakal Cikgu Fuad yg akan bertolak ke UPSI esk hari..slmt tamat belajar tahun ini...
Mengingati hari-hari lepas di tahun 2011..hantar kak long ke asrama..ermm dah 3 tahun berdikari, dulu abah mak umur 20an baru berjauhan dgn mak&abah. hehe masa berubah..tahap pemikiran anak-anak juga turut berubah mengikut peredaran zaman, bak kata guru besar semasa taklimat pendaftaran anak tahun 1, 2011  Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)..antara mata pelajaran baru ialah Pendidikan Seni dan Visual,Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)..
muzik..macam2 ada..dari 3M jadi 4M..membaca,menulis,mengira,menaakul..hmmm..

                                        'Banner' mengalu-alukan tetamu ke APIDA
Apapun tahun ini bakal menyaksikan kak long dan kak ngah menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR :

Takwim Peperiksaan Tahun 2011

UPSR - Ujian Bertulis 13 - 15 September 2011 (3 Hari)

PMR - Ujian Bertulis 4 - 6 Oktober 2011
11 - 12 Oktober 2011 (5 Hari)

Semoga berjaya dalam peperiksaan yang bakal dihadapi. Doa restu ayahbonda sentiasa mengiringi segala usaha anda berdua.

2011 - Selamat Tahun Baru, Selamat Panjang umur, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah...petikan dari majalah Solusi.
Moga 2011 - sihat mental dan fizikal..insyaallah..Selamat Tahun Baru buat semua.