11 December, 2014

Ini Rumah Kita : Ini Koleksi Kita : Siri 6 : Beg Kertas/Beg Kitar Semula

Koleksi Beg Kertas/Beg Kitar Semula terkumpul apabila membeli sesuatu produk, hadiah iringan bagi menyahut seruan pihak Kerajaan ke arah Kempen 'No Plastic Bag'. 

Bahkan apabila membeli sesuatu jenama barangan di Pusat Membeli belah pasti beg kertas akan tertera jenama barangan tersebut seperti beg kertas Parkson, Ariani, Body Shop dll. Apatah lagi menjelang Hari Raya pasti pelbagai beg kertas dengan corak yang menarik akan muncul dan menambah aura suasana perayaan.

Di Melaka sejak 1 April 2014, kerajaan negeri telah memulakan kempen Tanpa Beg Plastik di pusat membeli belah pada Hari Jumaat, Sabtu dan cadangan terbaru di tambah kepada Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Macam biasa ke arah Bandar Teknologi Hijau. Maka terpaksalah kita membawa beg kitar semula untuk mengisi barangan yang di beli pada hari-hari tersebut. Kalau tak 20 sen satu beg plastik bayar ma..atau masukkan sahaja dalam kotak kertas yang disediakan.

Koleksi dalam simpanan :





Beg Kitar Semula



Xclusif : From Boh Tea





Beg Kertas Gene Martino

Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah swt




No comments:

Post a Comment