28 November 2014
Hari Jumaat : Check out dari Hotel Sun Inns Tambun jam 10 pagi untuk ke percutian tanah tinggi, Cameron Highlands. Susur keluar arah Simpang Pulai untuk menempuh perjalanan pendakian ke CH. Yang penting ialah dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Brinchang. Jadi sepanjang perjalanan ke Brinchang menempuh beberapa tempat menarik seperti Lavender Garden, Bee Farm tetapi ditangguhkan sementara bagi mengejar masa solat Jumaat. Namun tetap singgah lokasi menarik pertama di Avant Chocolate /House Of Lavender Kg Raja.
|
Penambaikan jalan ke Cameron Highlands |
|
Warna warni kehidupan |
|
Strudel Strawberi..ermm |
|
Lokasi di Avant Chocolate
|
Perjalanan diteruskan menuju ke Hotel Jasmine, Brinchang untuk check in kira-kira pukul 12 tengahari. Dibenarkan check in awal walaupun ikut masa sebenar jam 2 petang. Alhamdulillah, dipermudahkan untuk santai dan persiapan solat Jumaat. Perkhidmatan dan penginapan yang selesa, kawasan parkir yang luas dan hanya 5 minit berjalan kaki ke Pasar Malam Brinchang.
Pengalaman solat Jumaat pada tahun 2011 di Masjid Tanah Rata, kali ini di Masjid Brinchang, hendak berwuduk terasa ler sangat dingin airnya. Syukur ke hadrat Allah, dipermudahkan segalanya.
Selepas solat terpaksa turun semula ke arah tempat-tempat menarik, kali ini percutian akan terjah lokasi-lokasi yang belum diteroka semasa percutian 2011. Lokasi pertama ke Lavender Garden, tempat pelakon Diana Amir berdrama..Bayaran masuk RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak. Layannn...
|
Kereta Polka Dot |
|
Kreativiti di Lavender Green |
Selepas Lavender Green bergerak pula ke BeeFarm : pelbagai perisa madu boleh dicuba, madu asli, madu halia, madu tiga...
Lokasi diteruskan ke Cactus Point, memang lokasi terbaik buat pencinta kaktus.
|
Be happy |
Sempat membeli pokok kaktus kecil 6 pasu RM10 serta tempat letaknya RM9...hobi baru isteri ,setelah benih pokok begonia hasil belian Floria 2014 berjaya bercambah dengan cantiknya...Next ke S Corner..
|
Hi Tea di S Corner..memang selekoh S sungguh lokasinya
|
|
Jom Scone kita |
Lokasi wajib : macam biasa Pasar malam Brinchang, pekena air kelapa laut, brokoli goreng, kincam goreng, cendawan goreng..memang terbaik
|
Brinchang with love |
|
Pasar Siangmalam dari kejauhan |
|
Enak sungguh kelapa laut |
Dari Pasar siangmalam Brinchang kami bergerak semula ke Hotel Jasmine untuk santai-santai dan terus parkir kereta kerana bila keluar semula susah ler pulak nak cari parkir...hahaha..renyai ujan mengiringi sejukdinginnya hari pertama di Brinchang Cameron Highlands.
|
Waktu Siang di Brinchang |
|
Malam Brinchang |
TMM 2014 : Selamat berlibur buat semua, semoga percutian diberkati Allah swt.
wah bestnya !.. sekarang musim hujan takut plak nak naik cameron ..huhuuu,
ReplyDeletejika ikut Smpg pulai(SP) jauhler ckit jika dari arah sltn tp jln OK..kami naik SP turun ikut Tapah pening muntah ibu anak, hujan ler mnambah dingin suasana, berckp mcm kuar asap..slmt blibur Cik Sal skeluarga
DeleteSaya bakal ke cameron melalui simpang pulai pada hari sabtu ni... tumpang baca, nak cari tempat yg menarik tuk dilawati :)
ReplyDeleteselamat hari raya