01 July, 2013

Julai 2013/Syaaban/Ramadan 1434H

Salam Syaaban 1434H, Bulan Julai menjelma dan bakal ditempuh Bulan Ramadan : Bulan penuh rahmat pengampunan. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat daripada Allah swt. Lewat bulan lepas penuh undangan perkahwinan, kenduri kesyukuran : rasa syukur atas perkahwinan, syukur atas cahayamata, syukur atas rumah baru dan semalam dua undangan majlis perkahwinan...alhamdulillah atas nikmat rezeki di bumi bertuah ini : Malaysia. Bulan Jun lepas dapat juga bersantai bersama keluarga tercinta ke Floria Putrajaya 2013 bertemakan bunga Orkid setelah tahun 2012 tidak dapat berkunjung ke sana. Bersama keluarga bersantai di tepian tasik Presint 2, menikmati indahnya pameran bunga-bungaan, menjelajah buat sekian kalinya di Taman  Botani Putrajaya....luas rupanya Taman Botani ini..merentas Jejambat Besi untuk ke Taman Suria, Taman Pepohon Menjalar, Taman Heliconia, indahnya seni ukiran bangunan Morocco, sempat juga melihat majlis perkahwinan di kawasan tersebut, konsep kahwin dalam taman gamaknya...hmmmm

Alhamdulillah nikmat keamanan coz risau gak nak ke Floria Putrajaya sebab takut sesak Lebuhraya menghala ke sana : ada perhimpunan besar2an nak dibuat di KL. Aku tersenyum sendiri bila melihat muka depan Berita Harian hari Isnin : Tenang di dalam Kecoh di luar...hahaha padan muka sibuk-sibuk berbaring atas jalan, berpanas yang chiefnya berdingin kat dalam angkat sumpah..hipokrit. "Sesungguhnya tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah swt".Lihat sahaja di Mesir sampai sekarang berdemonstrasi jalanan...akhirnya ekonomi terjejas, pasti ada pihak akan ambil kesempatan atas apa yang berlaku di negara Islam tersebut. 

Teringat nostalgia 90an tatkala di tengah belantara Marker India berjaga malam hanya untuk memastikan nikmat keamanan berterusan untuk Malaysia, jangan mudah pula keamanan itu kita musnahkan hanya untuk kepuasan peribadi.

Berikut antara aktiviti menarik sepanjang Bulan Julai 2013/Syaaban/Ramadan 1434H :

Borneo International Yachting Challenge 2013 : 1 Julai - 7 Julai 2013 : Labuan/Miri/Kota Kinabalu : Peserta dari seluruh dunia bakal mengambil bahagian dan berentap sepanjang kejohanan bagi merebut gelaran juara.

1Malaysia Contemporary Arts Tourism Festival : 2 Julai - 30 September 2013 : Seluruh Negara :
Anda akan dapat saksikan pelbagai pameran seni yang unik di galeri dan bengkel menarik. Bakal berlangsung di lokasi seluruh negara. Sila layari http://www.tourism.gov.my/

Port Dickson International Triathlon 2013 : 6 Julai - 7 Julai 2013 : Avillion Cove/ Admiral Marina/ Leisure Club Port Dickson, Negeri Sembilan : Cabaran sukan 3 dalam 1 paling popular di Malaysia bersaing dalam menguji ketahanan mental dan fizikal. Sila layari www.triathlonmalaysia.com untuk maklumat lanjut.

Bon Odori (Selangor) Summmer Cultural Festival 2013 : 7 Julai 2013 : Stadium Shah Alam : Satu acara budaya Jepun yang terbesar di Malaysia. Mempamerkan seni, tarian dan makanan Jepun. Kemuncak acara ini adalah perhimpunan di sekitar Yaguna di mana semua orang dijemput untuk menari dengan iringan muzik Jepun. Alami dan rasai suasana sebenar Matsuri.

Run Ipoh Run : 7 Julai 2013 : Stadium Indera Mulia, Ipoh : Larian Antarabangsa Ipoh 2013. Anda boleh layari www.ipohrun.com untuk maklumat lanjut.

Melaka UNESCO World Heritage City Celebration 2013 : 7 Julai 2013 : Bandar Hilir Melaka :
Jom memperingati bersejarah Negeri Melaka yang diisytiharkan sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda.

Awal Ramadan 1434H : Di jangka 10 Julai 2013 : Selamat Menyambut Bulan Ramadan : Bulan penuh rahmat dan pengampunan. Semoga kita semua akan mendapat rahmat dari Allah swt. Di samping pastinya dimeriahkan dengan Bazaar Ramadan seluruh negara. 

Bon Odori (Penang) Summer Cultural Festival 2013 : 20 Julai 2013 : Esplanade (Padang Kota Lama) Pulau Pinang : Terlepas Bon Odori di Shah Alam, sila berkunjung ke Pulau Pinang untuk menyaksikan pameran seni budaya Jepun.

Georgetown Festival 2013 : 7 Jun 2013 - 7 Julai 2013 : Esplanade, Pulau Pinang : Sambutan sebulan seni, muzik, teater, tarian, opera dan filem. Sila layari www.georgetownfestival.com untuk maklumat lanjut.

1Malaysia Mega Sale Carnival : 29 Jun 2013 - 1 September 2013 : Seluruh Malaysia : Musim membeli-belah kembali lagi dengan pelbagai diskaun menarik.

Akhir kata selamat menempuh Bulan Julai 2013/ Bulan Syaaban dan Ramadan 1434H...semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat Allah swt dan semoga diperkukuhkan ukhwah / perpaduan umat Islam di bumi tercinta ini.