23 May, 2016

One Day Trip : Ayer Hitam Johor

23 Mei 2016 : One day trip ke Ayer Hitam. Jam 5 pagi dah memandu ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Parit Raja. Buat sekelian kalinya ke pusat pendidikan tersebut. Jom terjah. Hari ini menemani anak untuk ujian Medsi sebelum layak untuk panggilan temuduga ke UPSI. 

Jom jalan-jalan, lama tak memandu pepagi begini, nostalgia lama : pandu 0430 pagi memecah kesejukan Pasir Besar,Gemas ke Bentong..meredah Bukit Mancis, Telemong, Karak. Syukur segalanya dirahmati Allah SWT.

Hari ini ke UTHM : masuk Tol Jasin keluar Tol Ayer Hitam dengan bayaran RM 14.10. Terus menuju Ayer Hitam (laluan ke Batu Pahat) , sempat bersolat Subuh di Masjid Parit Sonto. 

Buat sekian kalinya ke UTHM :



Selesai Khairina menjalani ujian Medsi : Jom jengah Restoran Kari Kambing 40 Hari laluan jalan lama Ayer Hitam - Yong Peng, lebih kurang 8km dari bandar tersebut. Asyik baca dalam blog saja tentang Restoran tersebut, hari ini dapat merasai roti canai cicah kuah kari kambing (RM6.50)...tidaklah bersesak-sesak beratur hari ini. Dan bungkus pula nasi arab ayam/kambing (RM12). Sebelum ke Tol Ayer Hitam, singgah sebentar ke Gerai Putu Bambu Juriah. Perasa asli sahaja tidak seperti di Merlimau, ada perasa pandan dan durian. 

Jalan Jalan cari makan 

Buka jam 0730 pagi - 3 petang

Tapau jangan tak tapau : RM 12 nasi arab ayam/kambing

Resit Putu Bambu Juriah Ayer Hitam

One day trip Ayer Hitam : semoga dipermudahkan segalanya dan semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT.

01 May, 2016

Koleksi Menarik Edisi Terhad : Castrol dan GoodYear

Bertambah lagi koleksi cenderahati dari Castrol dan GoodYear. Pembelian minyak pelincir Castrol dapat payung 30", beli tayar GoodYear dapat 'mini toolbox'. Pelbagai cara dilakukan syarikat berjenama untuk memikat hati pelanggan. 

Pastinya Castrol terus memberi cenderahati edisi terhad  : powerbank, payung, bantal, sarung telefon bimbit, tshirt, mini toolbox...entah apa pula edisi terhad menjelang Euro 2016..




Tahun 2016 beralih ke tayar GoodYear : dapat pula mini toolbox edisi terhad..info dari tauke kedai  tersebut, ini cenderahati lama, tak kisah lah janji dapat...







TQ GoodYear

Selamat meneruskan hobi : mengumpul koleksi menarik edisi terhad. Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.


Diari Santai : Mei 2016

Bulan Mei kembali lagi, pantas masa berlalu. Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Berikut aktiviti menarik Bulan Mei 2016 :

Pameran Nyawa : Bird : Sehingga 15 Mei 2016 : Muzium Alam Semula Jadi Putrajaya.

Welcome To ASEAN's Biggest Light Show : Sepanjang Tahun 2016 : MINES Wellness City, Seri Kembangan, Selangor : Masa : 0730 malam hingga 12 tengah malam : Tiket : Dewasa RM45 Kanak-kanak 3-12 Tahun, Warga Emas (60 tahun ke atas) RM25, keluarga (2 dewasa 2 kanak-kanak) RM 120

Borneo International Marathon : 1 Mei 2016 : Kota Kinabalu, Sabah :

Peristiwa Israk dan Mikraj : 5 Mei 2016 (27 Rejab) : Pengajaran yang perlu dihayati bersama.

Mount Stong International Climbathon : 7 Mei 2016 : Kelantan : Sila layari web www.tic.kelantan.gov.my untuk info lanjut.

Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun 2016 : 28 Mei - 12 Jun 2016 : Selamat berlibur untuk semua.



Ya Allah kurniakanlah kami sekeluarga kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat. Aamiin....