30 November 2014
Check out jam 10 pagi untuk kembali merentas sempadan 4 negeri : Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan untuk kembali ke Melaka. Hujan yang turun malam tadi menambah dingin suasana, pagi ni pekena Roti Telur Teh Tarik Restoran Mamu Ismail yang berhadapan Cool Point...merentas jambatan kecil berhadapan Cool Point dan melalui bawah Terminal bas Tanah Rata..melihat satu lagi pembangunan di tengah sungai kecil..apakah akan datang suhu sedingin dulu...
Selamat Tinggal Cameron Highlands ( Jagung mutiara Madu/ubi madu : tanda ingatan CH ): menuruni laluan berliku, sempat singgah di Cameron Bharat Valley untuk bergambar serta menikmati teh klasik, chicken doughnut, scone bluberi.
Cadangan pembangunan lanskap : Tanah Rata |
Retro : kunci Cool Point |
Rehat sebentar di Cameron Valley sebelum menempuh laluan berliku ke Tol Tapah hingga pening muntah Ibu dan anak....
Scone Bluberi : RM 8 |
Keluarga tersayang |
Kemudian ke RnR Hulu Bernam : terlihat restoran Tuu Diaa...Pak Tam tapi tak singgah ler makan, tengok dah dua RnR ada cawangan restoran tersebut, cer goggle..usahawan bumiputera berjaya rupanya dengan merata cawangan restoran, lain kali boleh pekena rojak pasemburnye, di RnR tersebut terpesona dengan tagline kedai aneka rendang lalu pekena nasi putih rendang daging hitam siap tapau ma..
Perjalanan balik ke Melaka diteruskan dengan singgah ke rumah sepupu di Bandar Nusa Putra, Putrajaya. Terima kasih En Mus dan Puan Lynn, pekena char kue teow. Reunion 2011...
Selamat sampai ke JB 275 pada 302100H Nov 2014...
Cameron Valley : 30 Nov 2014 |
Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah swt kerana memberkati dan merahmati perjalanan sepanjang percutian kami tanpa sebarang masalah dan di permudahkan segala urusan..
No comments:
Post a Comment