13 December, 2014

Ini Rumah Kita : Ini Koleksi Kita : Siri 8 : Sampul Surat Hari Pertama (First Day Cover)

Koleksi Sampul Surat Hari Pertama adalah koleksi keluaran Pos Malaysia. Caranya adalah membeli di kaunter pos apabila mendapat maklumat tentang keluaran Sampul Surat tersebut pada tarikh yang ditetapkan. Maklumat keluaran Sampul Surat Hari Pertama boleh di perolehi melalui website Pos Malaysia www.pos.com.my atau pemakluman di akhbar.

Bagi pengumpul koleksi yang terlepas pembelian boleh mendapatkannya di Pejabat-pejabat Pos terpilih yang mempunyai kaunter Unit Filateli atau pun yang berkunjung ke Melaka, boleh sahaja ke kedai di dalam Muzium Setem di Bandar Hilir. Masuk adalah percuma apabila anda memberitahu hanya ingin ke kedai tersebut.

Sampul Surat Hari Pertama (First Day Cover) ialah sampul surat yang direka bentuk khas dan ditampal setem keluaran baru dan tanda pembatalan istimewa yang menunjukkan tarikh keluaran hari pertama.

Cap Pos (Posmarks) yang direka bentuk khas berserta tarikh hari pertama terbitan yang digunakan pada Sampul Surat Hari Pertama amat digemari oleh pengumpul Setem.






Cap Pos Khas
  Kucing Liar Terancam Di Malaysia
23.12.2013





Butiran Teknikal
Sampul Surat Hari Pertama

Risalah  yang disertakan
menambah pengetahuan

Sampul Surat Hari Pertama Sempena
Kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010 

Sebenarnya dengan pengumpulan koleksi Sampul Surat Hari Pertama, kita akan mendapat maklumat tentang sesuatu perkara apabila membaca risalah yang disertakan di dalam Sampul Surat tersebut. Contohnya Sampul Surat Hari Pertama Rumah Tradisional menghuraikan secara ringkas seni bina Rumah Tradisional yang terdapat di Malaysia :

  Rumah Melayu Melaka :Perbezaan Rumah ini berbanding rumah melayu yang lain boleh dilihat pada anak tangga rumah. Anak tangga yang cantik dengan beraneka corak dan warna jubin merupakan kesan daripada pengaruh Cina dan Kolonial. Pada kebiasaannya, struktur utama dibina dari kayu cengal, Meranti atau Damar Laut. Atap pula diperbuat dari pelepah Rumbia atau Nipah.


Koleksi Sampul Surat Hari Pertama sekarang lebih tertumpu kepada keluaran bertemakan Burung yang kali terakhir dikeluarkan pada 13 Januari 2013.

Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah swt.


No comments:

Post a Comment