14 December, 2014

Ini Rumah Kita : Ini Koleksi Kita : Siri 9 : Sampul Surat Hari Pertama (Tema : Burung)

Koleksi Sampul Surat Hari Pertama keluaran Pos Malaysia yang bertemakan Alam Fauna : Burung, dikumpul dari keluaran khas Tahun 1996 sehingga Tahun 2013. Setem keluaran khas bertemakan Burung tidak dicetak setiap tahun malah keluaran khas pada tahun 2009 Burung Unik di Malaysia hanya muncul semula pada tahun 2013 dengan keluaran khas Burung Belatuk.

Risalah serta lembaran mini setem yang dikepilkan bersama Sampul Surat Hari Pertama (FDC) akan menambahkan pengetahuan anda tentang maklumat pelbagai spesis serta informasi haiwan tersebut.

Lembaran Mini : yang direka bentuk khas dan dicetak dengan setem tunggal atau beberapa keping setem kenang-kenangan atau setem keluaran khas. Setem keluaran khas dikeluarkan bagi menggambarkan unsur-unsur unik di Malaysia seperti alam flora dan fauna.

FDC : Khusus untuk keluaran khas Tema Burung


Setem Lembaran Mini : Ayam Katik (Malaysian Bantams)


FDC : Burung Pemangsa : 18/5/1996


FDC : Burung Tanah Tinggi Malaysia : 4/1/1997


FDC : Burung Migrasi Di Malaysia : 3/2/2005


FDC : Burung-burung di Malaysia : 14/5/2005


FDC : Spesis Itik Liar : 26/1/2006


FDC : Burung Unik Di Malaysia : 21/1/2009


FDC : Burung Belatuk : 13/1/2013


Risalah Burung Belatuk


Maklumat yang menambah informasi

Dari Tahun 1996 sehingga 2013 : sebanyak 11 koleksi Sampul Surat Hari Pertama keluaran khas bertemakan alam fauna : Burung telah dikumpul lengkap dengan risalah serta lembaran mini namun ada juga Sampul Surat Hari Pertama dalam tahun tersebut tidak di sertakan risalah atau dicetak lembaran mini. Contohnya keluaran khas Burung Tanah Tinggi Malaysia tiada cetakan setem lembaran mini dan bagi keluaran khas Ayam Katik tiada risalah disertakan kerana maklumat tentang haiwan tersebut dicetak dibelakang Sampul Surat tersebut. 

Di harap Tahun 2015, pihak Pos Malaysia akan mengeluarkan setem keluaran khas bertemakan burung.

Selamat berlibur, semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.



No comments:

Post a Comment