30 August, 2011

Salam 1 Syawal 1432H

Salam Syawal buat semua. Terimakasih buat teman-teman yang mengirim SMS ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri..nostalgia kiriman kad makin terhakis hanya SMS pengganti diri..Apapun terasa pantas Ramadan meninggalkan kita..apakah kita akan bertemu kembali Ramadan akan datang, insyaallah moga ibadah di bulan Ramadan lepas akan meninggalkan kesan buat semua dalam mencapai umat yang seimbang dunia dan akhirat..

Lafaz Takbir :

Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Yang Maha Besar dan bagi Allah sahajalah kepujian. Allah Yang Maha Besar dengan kebesarannya, kepujian bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan tidak kami sembah melainkan akan-Nya. Dengan tulus ikhlas bagi-Nyalah agama, sekalipun dibenci oleh orang-orang musyrik. Tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tepatlah janji-Nya dan menolong hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan menghancurkan musuh-Nya bersendirian. Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Allah Yang Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.

Lafaz Tasbih :

Maha Suci Allah, segala puji-pujian bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah Yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan sepanjang-panjang kekalnya kekuasaan Allah.

1 Syawal menjelang tiba..Takbir bergema menggegar jiwa..sekiranya ada salah dan dosa..ampun maaf dipinta di hari mulia..Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga di Serkam Melaka.

07 August, 2011

Siaran lewat...

Alhamdulillah dah 7 Ramadan hari ini.. rindu pulak dengan mi rebus kat Pasar Malam Serkam  semalam menyebabkan cuba cari menu tersebut namun bercuti pulak taukehnya, bergerak ke bazar di Teluk Emas, cukup sesak laluan ke sana, nak parkir pun susah.. tak berjumpa le pulak mi rebus, mungkin hari ni kene ke bazar Ramadan di Merlimau..sempat juga jalan-jalan ke Crsytal Bay Alai, dah banyak kesan hakisan kat sana tapi cukup sesuai untuk melaksanakan program 10,000 langkah sehari kat area tersebut..
Bercerita tentang juadah berbuka puasa dengan pelbagai menu yang dijual, teringat pada 28 Syaaban bersamaan 30 Julai lepas sempat bersama famili mencuba Mee Bandung Muar setelah terbaca dalam Majalah Libur bulan ini dan dalam blog2..
Restoran Abu Bakar Hanipah di Jalan Abdullah, Muar..susah juga nak cari parkir, terpaksa letak lebih kurang 50 meter dari restoran tersebut. Kami sampai lebih kurang jam 4.45 petang, penuh dengan pengunjung, masa nak order cuma tinggal kueteow bandung dan sate sahaja, untuk menu lain seperti soto, masakan bergoreng dah habis..ermm memang popular le tempat tu, cepat habis nampaknya namun dapat juga order 2 pinggan mee bandung, kueteow bandung dan sate. Bahkan empunya restoran turut mengsyorkan ke gerai anaknya di Perhentian Bas/ Teksi Muar jika ingin menu lain tapi alang-alang dah sampai, makan ler saja di situ. Konsep kedai makan ala 1 Malaysia, taukeh air berbangsa Cina, taukeh sate lain, tauke mee lain jadi masa bayar pun kene berurusan dengan 3 taukeh berbeza..macam kedai makan kat depan Penjara Bandar Hilir Melaka pulak gayanya..rindu pulak nak ke sana...kuah pekat harga RM4 sepinggan dan sate yang menyelerakan buat anak-anak menyebabkan kami berhasrat berkunjung lagi ke sana lain kali..tanpa sedar rupa-rupanya bila nak ke tempat parkir, kereta dah ditutupi dengan khemah, rupa-rupanya ada pasar malam setiap hari Sabtu dan Ahad bermula jam 5.30 petang di kawasan tersebut..



Petang hari tu dihabiskan dengan berkunjung ke kawasan Komplek Marina Tanjung Emas, memang sesuai sangat kawasan tersebut untuk dijadikan lokasi riadah, lengkap dengan taman permainan kanak-kanak, kawasan jogging dan ada penjual-penjual di kawasan tersebut dengan jualan makanan seperti rojak petis, rojak buah, air minuman dan pelbagai menu lain. Memang sesuai untuk bersantai bersama famili..sempat juga berjemaah Solat Maghrib di Masjid Sultan Ibrahim..alhamdulillah..

Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa, semoga amalan kita semua akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..insyaallah

04 August, 2011

Amalan di bulan Ramadan

Dah 4 Ramadan 1432H hari ini bersamaan 4 Ogos 2011..SMS hari ini dari teman-teman rakan seperjuangan mengingatkan tentang hari ini menjadi sejarah tamatnya perkhidmatan dalam dunia ketenteraan, penuh nostalgia suka duka, pahit manis..meredah hutan belukar sempadan Msia-Thai, indahnya salji tika Ex Suman Warrior di New Zealand, bertuahnya diri menjadi guru kelas/tenaga pengajar di SPPTD, segaknya diri ketika dilantik sebagai  Pengawas Peperiksaan SPM di sekolah menengah sekitar Port Dickson..ermmm pantas masa berlalu..teringat snorkeling Pulau Kapas, canopy walk Taman Negara Pahang, cantiknya burung-burung di Fraser Hill..pengalaman ketika di Sungai Buloh, banyak sebenarnya kisah suka duka..semuanya tinggal nostalgia..esok hari baru sebagai 'pesara'..semoga hari mendatang  akan terus dipayungi rahmat Allah s.w.t..setakat ini masih terus berlibur, santai dengan kehidupan.
Ramadan 1432H yang berbeza, semoga diberkati setiap amalan..insyaallah..
Antara amalan-amalan yang menjadi keutamaan sepanjang Bulan Ramadan ini :
1. Berpuasa dengan ikhlas,hanya inginkan keredhaan Allah.
2. Jauhi sama sekali dari percubaan merosakkan puasa dengan berbuka tanpa keuzuran kerana amalan itu termasuk dosa besar yang dilaknati Allah.
3. Hidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah seperti solat Tarawih dan Tahajud, terutama malam Lailatul Qadar.
4. Pastikan sumber makanan dan minuman di sepanjang bulan ini jauh dari sumber haram atau yang meragukan supaya puasa dan doa kita dimakbulkan.
5. Berusaha untuk berbuka puasa secara beramai-ramai kerana pahalanya lebih besar dari berbuka bersendirian.
6. Sentiasa lakukan solat lima waktu secara berjemaah.
7. Perbanyakkan bersedekah kerana sedekah pada bulan ini lebih afdal berbanding bulan-bulan yang lain.
8. Awasilah diri kita dari menghabiskan waktu tanpa faedah kerana Ramadan merupakan bulan ibadah.
9. Jika berupaya, kerjakan umrah kerana umrah pada bulan Ramadan bersamaan dengan sekali ibadah haji.
10. Laksanakan ibadah puasa dengan bersahur pada akhir malamnya kerana sahur itu sunnah Rasulullah SAW.
11. Segera berbuka setelah masuk waktunya.
12. Sempurnakan mandi wajib sebelum naik fajar, supaya dapat meneruskan ibadah puasa dalam keadaan bersih dan suci dari hadas besar.
13. Banyakkan zikir terutama membaca Al-Quran yang merupakan sebaik-baik cara berzikir, supaya kita beroleh syafaat al-quran pada hari akhirat.
14. Pelihara lidah dari berdusta, mengumpat, maki hamun dan sebagainya kerana amalan ini pada bulan Ramadan lebih besar dosanya.
15. Segala gerak-geri dan tindakan kita hendaklah tenang, tidak mudah beremosi dan tidak terkeluar dari batas-batas kesederhanaan.
16. Pastikan kita dalam bulan Ramadan ini tidak melakukan sesuatu yang dilarang Allah dan mentaati segala suruhan Nya.
17. Banyakkan zikir dan istighfar dan memohon rahmat daripada Nya terutama ketika berbuka dan bersahur.
18. Banyakkan doa untuk diri sendiri, ibu bapa, anak-anak dan seluruh umat Islam supaya sama-sama dikurniakan kesejahteraan.

19. Bertaubat kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh dengan meninggalkan maksiat, menyesali segala dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.

20. Setelah selesai puasa Ramadan, teruskan dengan berpuasa enam hari pada bulan syawal kerana ganjarannyaseumpama berpuasa sepanjang tahun.
                                                                  
                            *Petikan dari Mingguan Wanita :30 Syaaban - 6 Ramadan 1430H


Akhir kata, salam Ramadan, selamat berpuasa, semoga kita semua akan sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t..insyaallah.

01 August, 2011

Salam Ramadan 1432H

Alhamdullilah..Ramadan Al Mubarak kembali lagi. Ramadan bulan rahmat dan bulan berkat. Bulan Ramadan, kehadirannya dinanti pemergiannya ditangisi. Pagi ini hujan rahmat turun mencurah di tanah yang indah ini..Merlimau...Surau yang lama ditinggalkan kembali aku kunjungi, menggamit nostalgia semasa remaja...setahun berlalu, solat terawih kembali dapat dinikmati bersama sahabat-sahabat..masyarakat setempat...

Semalam juga beberapa SMS ucapan sempena kehadiran Ramadan 1432H..terasa masih baru membaca SMS ucapan Syawal 1431H..masa begitu pantas berlalu..apakah kan bisa ketemu Ramadan akan datang..?

1. Kian jauh tirai Syaaban , kian dekat lambaian Ramadan, Luhur Iman ikhlas amalan, Luhur Ibadat diberkati Tuhan..selamat menyambut Ramadan Al Mubarak..

2. Bulan yang indah kerana cahaya, indah lagi jiwa yang suci, sucikan diri dgn pahala..Al Mubarak menjelang lagi ..sama-samalah kita imarahkan diri..selamat bersahur dan selamat berpuasa..

3. Slmt menyambut bulan Ramadan semoga puasa tahun ini mendapat kerahmatan, keampunan dan bebas diri azab api neraka Allah s.w.t ..insyaallah

4. Jika harta adalah racun, zakat lah penawarnya. Jika umur adalah dosa, maka takwa dan taubat ubatnya. Jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadan pemutihnya. Sesiapa yang mendirikan Ramadan dengan keimanan dan mengharapkan pahala maka diampunkan baginya dosa yang lalu...

5. Pesanan Jibril a.s kepada Nabi S.A.W tika hadir Ramadan ..'Jangan lupa bermohon maaf dgn 3 golongan ketika hadir Ramadan..1. maaf thdp kedua ibubapa 2. maaf sama suami isteri 3. maaf thdp klrga, sahabat dan mrk disekeliling kita..selamat myambut Ramadan Al Mubarak..semoga dimurahkan rezeki, dikuatkan iman dan diberkati Allah..Amin

6. Assalamualaikum, my name is Syaaban. I would like to remind you that my neighbour Ramadan is visiting you soon with his wife Rezeki and two children Sahur and Iftaar. They will be accompanied by three grand children Rahmat, Barakat and Taubat and will leave after 29 or 30 days by Eid Airlines. May you and your family have a blessed journey this Ramadan. Ramadan Kareem..wassalam..

Begitulah beberapa SMS yang diterima,  tetap berlegar isi yang sama tentang Ramadan Al Mubarak Bulan Penyucian Jiwa..sempena bulan Ramadan ini sama-samalah kita memohon doa agar Allah lanjutkan usia serta diberikan kesihatan yang baik..mudah-mudahan dapat bertemu Ramadan akan datang..Segala puji kepada Allah s.w.t mudah-mudahan Ramadan kali ini dapat memberi impak positif untuk diri, keluarga serta masyarakat..insyaallah